Asklegal
Home banner 63b49f60 7e30 4163 aa0d f6dedbcd5c0f

General,Property

Bolehkah anda menghalang jalan dengan khemah kenduri di kawasan perumahan?

about 5 years ago Matdura S.

128

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


Sebagai rakyat Malaysia, ramai daripada kita sudah pasti pernah menghadiri rumah terbuka yang dianjurkan oleh jiran-jiran kita, terutamanya semasa musim perayaan. Biasanya, sebuah khemah akan didirikan di hadapan rumah untuk majlis perkahwinan, upacara pengebumian dan apa-apa jenis majlis yang diadakan di rumah atas sebab-sebab peribadi. 

Kebanyakan masa, khemah-khemah ini mengambil separuh, ataupun seluruh kawasan perumahan di hadapan rumah yang mengadakan majlis tersebut. Soalan ini mungkin bermain dalam fikiran anda, iaitu, adakah penubuhan khemah di kawasan perumahan adalah sah dari segi undang-undang...ataupun tidak?

Gambar dari themalaysiantimes.com

Jawapannya adalah, ia tidak sah, namun boleh dilakukan. Anda mungkin keliru dengan pernyataan tersebut. Jadi, mari kita membahagikan penjelasan ini kepada dua perkara utama.

 

Tindakan menghalang jalanraya adalah salah dari segi undang-undang 

Related image
GIF dari gifaday.blogspot.com

Di bawah Seksyen 46(1)(a) Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974, ia merupakan satu kesalahan untuk mendirikan dan menyelenggara sesesuatu halangan di tempat awam.

“(1) Mana-mana orang yang –  
(a) membina, menegakkan, mendirikan atau menyenggara atau membenarkan dibina, ditegakkan, didirikan, atau disenggara sesuatu tembok, pagar, susur, tiang atau apa-apa himpunan sesuatu benda, atau halangan lain, di mana-mana tempat awam;”

Akta tersebut menyatakan bahawa penubuhan apa-apa jenis bahan yang boleh menghalang kawasan awam dianggap suatu kesalahan. Anda bertanggungjawab untuk kesalahan tersebut, di mana anda boleh ditangkap tanpa waran atau didenda tidak melebihi RM500. Sekiranya kesalahan ini berterusan, denda akan ditingkatkan, sabitan kali kedua atau kali kemudian didenda tidak melebihi RM1,000.

Walau bagaimanapun, terdapat suatu pengecualian yang diberikan kepada peraturan ini untuk halangan sementara pada hari kebesaran, dsb.

“(4) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh menghalang pihak berkuasa tempatan daripada membenarkan apa-apa binaan sementara di sesuatu tempat awam atau penggunaan sementara mana-mana bahagian sesuatu tempat awam pada hari kebesaran dan upacara.”

Ini bermaksud, bahawa Akta ini memberikan kuasa kepada pihak berkuasa tempatan untuk membenarkan orang awam menubuhkan khemah di hadapan rumah mereka semasa majlis, perayaan ataupun upacara.

Jadi soalan seterusnya adalah, di manakah anda boleh memohon permit?

 

Mestilah memohon kepada pihak berkuasa tempat anda!

Gambar dari mpjasin.blogspot

Setiap daerah di Malaysia mempunyai dewan tempatan sendiri (sbg contoh: MBPJ, MBJB, MBPP) yang menguatkuasakan undang-undang yang diluluskan oleh kerajaan. Oleh itu, apabila mendirikan sebuah khemah untuk majlis di rumah anda, anda sebaiknya mendapatkan permit daripada majlis tempatan kawasan perumahan anda untuk mengelak daripada melanggar undang-undang...ataupun pihak berkuasa tempatan pula yang akan menghadiri kenduri anda – dengan saman.

Kami telah dapatkan informasi daripada dua pihak berkuasa tempatan, iaitu Majlis Perbandaran Kajang dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengenai perkara ini dan telah diberitahu bahawa anda boleh mendapatkan borang-borang ini terus daripada pejabat berkenaan, bergantung pada kawasan yang anda tinggal. Sebagai contoh, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah mempunyai borang permohonan di laman sesawangnya untuk mempermudahkan permohonan untuk mendirikan khemah. Permohonan hendaklah dilakukan dua minggu sebelum majlis untuk diberi kebenaran. 

Namun, anda mungkin masih tertanya-tanya, ”Mak cik Rosmah adakan kenduri untuk anaknya hari tu tak dapat permit pun...” dan ini mungkin berlaku kerana…

 

Jiran-jiran tidak mempunyai masalah dengan pendirian khemah untuk majlis

Pada akhir hari, undang-undang bukan semuanya, tetapi semangat kejiranan harus dipupuk. Jadi, satu cara yang bagus adalah dengan memaklumkan kepada jiran-jiran sama ada anda telah mendapatkan permohonan/permit daripada majlis perbandaran. Dengan itu, jurucakap Majlis Perbandaran Kajang telah menjelaskan secara puitisnya 

“[Meminta permit] bukan sesuatu yang amat penting, tapi baguslah kalau dapat permit. Tapi kena ingat, rambut semua orang hitam tapi hati lain-lain” 

Dan beritahulah jiran tetangga jika ada majlis yang akan dibuat dan laluan jalan perlu ditutup. Kebanyakkan jiran biasanya okay je dengan ini. Satu idea yang baik adalah untuk mengingatkan tetamu supaya lebih prihatin apabila meletakkan kereta di kawasan kejiranan dan elak daripada membuat bising pada waktu-waktu tertentu...dengan kecualian jika seluruh kejiranan juga berada di kenduri tersebut.

 

 

 

Tags:
dbkl
kenduri
rumah terbuka
akta jalan parit dan bangunan 1974
majlis pembandaran
khemah
495282a8 0b1a 41c9 adbb 5b04da481d30
Matdura S.

Very aunty-social.


128

Shares

A+

A-