Asklegal
Home banner 721b91df 5a87 4514 8b9f caa25b98aa6b

General

Boleh ke pihak berkuasa paksa korang buat ujian saringan wabak?

2020-04-21 Default avatar Azar Ishak

17

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever.

A+

A-


[Click here for English version]

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham pada awal April lepas ada mengatakan yang ujian saringan COVID-19 akan dipertingkatkan di seluruh negara. Sehingga artikel ni ditulis, pihaknya dah mula menjalankan sekitar 3000 sampel ujian sehari di 18 buah hospital

Tapi, disebabkan peningkatan kes – maka usaha untuk mengesannya mula dipergiatkan lagi apabila Kementerian Kesihatan merancang untuk meningkatkan kapasiti ujian sehingga 16,500 orang sehari. Kebanyakan ujian ni dibuat terhadap mereka yang bergejala atau dah berhubung rapat dengan seseorang yang dah diuji positif COVID-19. 

Bagaimanapun, hal ni juga menimbulkan persoalan sama ada boleh ke pihak berkuasa paksa kita atau seseorang yang kita kenal buat ujian virus ni? Walaupun mungkin seseorang tu tak ada sebarang gejala atau tak pernah berhubung rapat dengan orang dah disahkan positif COVID-19. 

Selalunya pilihan tu terletak di tangan korang sendiri. Tapi, bila ia melibatkan pandemik global…

 

Pesakit selalunya buat keputusan, tapi tidak dalam kes begini

Imej dari MakeAGif.

Untuk menjawab persoalan ni, kita kena tengok pada undang-undang kes UK dari tahun 1993. Dalam kes Airedale NHS Trust v Bland, mahkamah ada kata yang pesakit boleh buat keputusan sendiri bila ia melibatkan sesuatu yang melibatkan kesihatan mereka. Pada asasnya, pesakit ada hak untuk menolak rawatan atau ujian, dan ia mestilah dihormati, berdasarkan kepentingan mereka. 

Akan tetapi, dalam situasi macam ni – bila peningkatan kes pandemik global ni berlaku secara berterusan dan mengorbankan nyawa manusia setiap hari, prinsip yang diamalkan dalam kes UK tu tak boleh digunapakai lagi. Sebabnya, COVID-19 ni dah jadi ancaman kesihatan kepada masyarakat, dan ia bertentangan dengan undang-undang kita yang nak membendungnya dari terus menular. 

Seksyen 12, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 menyatakan: 

“Tiada seorang pun yang tahu atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa dia menghidap sesuatu penyakit berjangkit boleh mendedahkan orang lain kepada risiko jangkitan melalui kehadiran atau kelakuannya di mana-mana tempat awam atau mana-mana tempat lain yang digunakan bersama-sama oleh orang selain anggota keluarga atau rumahnya sendiri.”

Jadinya, kalau seseorang tu dah tahu yang dia ada virus, tapi masih lagi mendedahkan risiko kepada orang lain dengan pergi ke tempat awam misalnya – dia boleh didenda, dipenjara sehingga 2 tahun atau kedua-dua jika sabit kesalahan. 

Disebabkan itulah pihak berkuasa boleh jalankan tugas mereka.

 

Pihak berkuasa boleh paksa korang buat ujian saringan

Imej dari Benar News.

Baru-baru ni, Ketua Pengarah Kesihatan ada buat kenyataan tentang 69 kes sporadik (jangkitan yang tak diramalkan) dah direkodkam dalam negara. Ini bermakna, asal usul jangkitan kepada mereka tu tak dapat diketahui dari mana.

Dalam keadaan yang membimbangkan ni, maka salah satu cara nak mengawalnya adalah dengan buat ujian saringan kepada orang ramai, walaupun melalui cara paksa. Memandangkan Akta dah pun menetapkan menyebarkan virus sebagai satu kesalahan, makanya pihak berkuasa boleh paksa seseorang tu menjalani ujian saringan untuk kesan COVID-19. 

Seksyen 11(3), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 menyatakan:

“...sah di sisi undang-undang bagi mana-mana pegawai diberi kuasa mengarahkan supaya mana-mana orang yang tinggal di dalam sesuatu kawasan tempatan jangkitan atau di dalam mana-mana bahagian…
(b) diasingkan, diperhatikan atau diawasi selama tempoh yang ditetapkan mengikut hal keadaan; atau
(c) dikenakan apa-apa langkah lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh pegawai diberi kuasa untuk mengawal penyakit itu.
(4) Adalah sah bagi seseorang pegawai diberi kuasa menggunakan kekerasan, dengan bantuan atau tanpa bantuan, yang perlu dan menggunakan apa-apa cara yang mencukupi untuk memastikan bahawa apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3) dipatuhi.

Akta ni pada asasnya menyatakan yang pihak berkuasa ada hak undang-undang untuk menggunakan paksaan (mahupun kekerasan) kepada sesiapa yang tak patuh dengan langkah-lagkah yang mereka anggap perlu. Jadi, kalau korang disyaki ada virus, tak kisahlah kalau korang ada hubungan rapat orang yang dah disahkan, atau korang berada di zon merah, pihak berkuasa boleh paksa korang buat ujian saringan.

Untuk maklumat, istilah “pegawai diberi kuasa” dalam keadaan ni adalah pegawai perubatan (macam doktor), pegawai kesihatan dan pihak-pihak berkuasa lain yang difikirkan sesuai oleh Menteri. Dengan itu, pihak berkuasa berhak untuk buat siasatan dan paksa seseorang tu buat ujian saringan – selagi mana Menteri Kesihatan bagi kebenaran untuk mereka buat sebegitu. 

Oleh itu, kalau korang rasa korang tak dijangkiti virus, tapi pihak berkuasa syak korang dan nak korang buat ujian saringan – jalan terbaiknya adalah korang berikan saja kerjasama dan buat pemeriksaan, dari kena denda atau penjara. 

Tags:
pdrm
kkm
penguatkuasa
pihak berkuasa
paksa buat ujian saringan
ujian saringan
ujian covid
ketua pengarah kesihatan
kementerian kesihatan
Default avatar

About the Author Azar Ishak


17

Shares

A+

A-