Asklegal
Home banner ff5f128b 8de3 4435 aaf4 b880fb9d46dd

Civil

Boleh kena saman tak kalau menyamar jadi selebriti?

over 4 years ago adlykiddy

28

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


Mengikut laporan social media dan artikel online pada akhir bulan Oktober 2018, seorang lelaki di Kuala Lumpur telah menghadiri parti Halloween sebagai Datin Seri Rosmah Mansor. Lelaki tersebut bukan sahaja telah mendapat pujian malah tawa orang ramai manakala, di Singapura pula, seorang blogger bernama Xiaxue telah membuat satu video tutorial tentang macam mana hendak ‘jadi Rosmah untuk parti kostum’.

Berbanding dengan sambutan yang diterima oleh “Rosmah” di KL, “Rosmah” versi Xiaxue telah mendapat kecaman orang lain bukan sebab dia warga Singapura, tapi kerana apa yang dia telah lakukan boleh dikatakan agak melampaui batas, malah ada yang tak sokong Rosmah pun tak setuju dengan tindakan Xiaxue. Apa yang membuatkan tindakan Xiaxue boleh kena marah dengan orang ramai?

Jadi, adakah memakai kostum untuk menyamar selebriti salah di sisi undang-undang, dan bolehkah kita “disaman malu”? Untuk menjawab kesemua persoalan ini, kami telah bertemu dengan Azlan Abdul Razak – seorang peguam yang sekarang ni sedang mempunyai firma guamannya sendiri dan pernah menang kes saman fitnah yang berprofil tinggi. Azlan bermula dengan menyatakan...

 

Istilah saman malu tak wujud, sebetulnya adalah saman fitnah

Contoh saman fitnah antara selebriti, gambar dari myMetro.

Bagi yang mengetahui atau ada basic dalam dunia perundangan, perkara pertama yang bermain dalam minda mengenai kes-kes di atas ni mestilah defamation atau saman fitnah. Selalu kita akan dengar kes saman fitnah, atau nama glamournya di media “saman malu” ni antara artis-artis atau selebriti. Tapi sebenarnya ni tak tertakluk kepada mereka sahaja, sesiapa sahaja (ye rakyat marhain pun sama) boleh saman atau kena saman fitnah. 

Bila berbicara tentang defamation atau saman fitnah ni, ada dua perkara akan diketengahkan; iaitu ‘Libel’ yang bermaksud perkara yang dibuat secara lisan dan juga ‘Slander’ iaitu percakapan. Azlan berkata dalam dunia perundangan ia terbahagi kepada dua, iaitu tindakan sivil dan juga tindakan jenayah di bawah kanun keseksaan.

Saman fitnah ni terjatuh dalam tindakan sivil katanya lagi, ini adalah kerana ia melibatkan antara satu pihak ke satu pihak manakala kanun keseksaan pula lebih kepada ketenteraman awam. Menurut Azlan lagi, “saman malu” sebenarnya tak wujud dan nama betulnya adalah saman fitnah.

“Secara amnya kes defamation ni jatuh kepada civil action. Contohnya I nak saman you sebab you telah menyebarkan fitnah tentang I, dan fitnah you tu telah menjatuhkan reputasi I.

Lagi satu pula is criminal charge atau kanun keseksaan, yang ni lebih kepada public order. Contohnya I buat cerita fitnah yang boleh menyebabkan satu negara ni kelam-kabut atau kecoh (Sic)” – Azlan Abdul Razak

Untuk sesuatu perkara tu terbukti menjadi dakwaan fitnah kes tersebut hendaklah memenuhi tiga kehendak undang-undang iaitu: 

  1. Perkataan atau percakapan yang disebarkan secara umum (senang cerita semua orang boleh dengar atau tau)
  2. Perkataan atau percakapan yang disebarkan tu ada ‘mangsa’ yang tertentu dan bukannya secara rambang 
  3. Perkataan atau percakapan yang disebarkan khas untuk ‘mangsa’ tersebut mempunyai unsur fitnah

Salah satu kes defamation yang kita boleh lihat balik adalah antara ahli politik Amanah dan UMNO iaitu antara Khalid Samad dan Hasan Ali. Dalam kes tersebut, Hasan Ali telah diarahkan oleh mahkamah untuk membayar ganti rugi kepada Khalid Samad kerana Hasan telah menyebarkan berita khas ditujukan kepada Khalid Samad yang didengari beberapa orang lain termasuk juga Khalid Samad. Percakapan yang dilemparkan oleh Hassan Ali mempunyai unsur fitnah mangatakan bahawa Khalid merupakan seorang pemimpin yang megkhianati Islam. 

 

Beza kena saman dan tidak, bergantung kepada unsur-unsur fitnah 

Berbalik kepada insiden “Rosmah”, salah satu sebab kenapa lelaki yang dress up sebagai Datin Seri Rosmah untuk parti Halloween tidak didakwa mungkin adalah kerana tak ada asas untuk dikenakan dakwaan. Tiada unsur fitnah mahu pun apa-apa perkara seperti tindakan atau percakapan yang boleh menjatuhkan maruah terhadap Rosmah, dengan melihat cara pemakaian lelaki tersebut boleh dikatakan tindakannya tu tak merosakkan imej Rosmah. 

Gambar ‘Rosmah’ yang telah jadi viral kat dalam Facebook

Seperti yang dilihat kat dalam gambar di atas, cara pemakaiannya hanyalah normal. Malah beg tangan berjenama tu pun telah terbukti bahawa ia milik Rosmah. Walaupun beg tangan berjenama Bijan itu mungkin merujuk kepada hasil rampasan dari kediaman bekas Perdana Menteri Najib oleh pihak PDRM, ia tetap tak boleh dijadikan asas untuk lelaki tersebut dikenakan dakwaan saman fitnah. Menurut Azlan…

“Mamat tu pakai beg tangan Bijan untuk menunjukkan Rosmah ada beg tangan yang mahal dan sepatutnya tak mampu dimiliki oleh seseorang yang berstatus seperti dirinya, tapi mamat tu masih tak boleh kena dakwa sebab realitinya pihak polis telah rampas beg tangan Bijan yang sebenar dari Rosmah.

Walaupun ia menunjukkan yang Rosmah ada barang yang mahal, ia bukanlah fitnah kerana benda tu dah memang betul-betul jadi.”  – Azlan Abdul Razak dalam temuramah dengan AskLegal

Azlan juga berkata bahawa tak kisahlah benda tu memalukan macam mana pun, kalau perkara yang didakwa tu adalah benar maka ia tak boleh dijatuhkan sebagai defamation atau fitnah.

Tapi ni berbeza pula dari kes XiaXue di Singapura.

Make up Xiaxue untuk parti kostum Halloween, gambar dari Says.com

Antara perbezaan yang nyata antara kedua-dua “Rosmah” ni adalah make up dan baju. Xiaxue telah post video tentang cara-cara untuk dress up sebagai Rosmah. Perkara pertama dalam video dia adalah dengan mengenakan make up yang sangat tebal dan dengan sengaja membuat muka Rosmah berkerak dan pecah. 

Bab muka tu sendiri mungkin tak mencukupi untuk dakwa Xiaxue tetapi tindakannya untuk memakai baju banduan mungkin satu tindakan yang boleh dikatakan agak melampau. Malah Xiaxue juga telah membuat hidung palsu untuk ‘costume’ ni, tambahan lagi Xiaxue berkata bahawa hidung Rosmah macam sejenis seekor monyet dan ni boleh dijadikan sebagai satu alasan atau bukti yang boleh digunakan untuk saman fitnah.  

Semasa artikel ni ditulis, Rosmah telah pergi ke SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) hanya untuk memberi keterangan dan bukannya dijatuhkan apa-apa hukuman undang-undang. Berdasarkan baju Xiaxue pakai untuk costume Rosmah, ia boleh dijadikan sebagai asas untuk menfitnah melainkan jika Rosmah dijatuhkan hukuman penjara.

Jadi berdasarkan apa yang Azlan telah beritahu, Xiaxue memang boleh kena saman fitnah la tapi kenapa dia rilex je macam tak ada kena apa-apa? Ini adalah kerana untuk disaman oleh isteri bekas Perdana Menteri tu, Rosmah kena pergi Singapura dan failkan saman fitnah di mahkamah Singapura. 

 

Boleh je nak dress up tapi kena jaga tingkah laku 

Jika anda tengok video clip kat atas ni, anda mungkin hairan samaada pihak Elizabeth Tan akan dituduh menyamar anggota PDRM. Tapi kalau tengok betul-betul tak ada pun sebiji macam PDRM yang sebenar, warna je sama tapi lencana serta topi mereka adalah lain. Kalau macam tu tak dikira menyamar sebagai penjawat awam, dan tak memfitnah PDRM.

Kalau nak dress up atau memakai kostum seperti selebriti untuk pergi ke parti Halloween atau company dinner boleh je tapi pastikan pakaian dan tingkah laku anda tak memalukan atau tak ada unsur fitnah terhadap karakter yang dipakai tu. Kalau tersilap langkah anda mungkin boleh dikenakan tindakan undang-undang tapi selain dari tu anda selamat. Selamat berpesta! 

Tags:
defamation
malaysia
menyamar
kostum
saman fitnah
saman malu

28

Shares

A+

A-