Asklegal
Home banner 32160f01 cdf1 4e6d 8ea8 277ad1953cbf

General

Ini hak-hak anda sebagai pekerja asing di Malaysia

over 4 years ago Azar Ishak

24

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


Kalau anda ditahan oleh mana-mana Pihak Berkuasa Malaysia, ada beberapa peraturan dan undang-undang yang anda dan pihak berkuasa perlu patuhi. Berikut adalah panduan tentang apa yang anda perlu lakukan ketika ditangkap dan ditahan, bersama dengan hak-hak anda sebagai pekerja asing di Malaysia.

 

1. Bawa dokumen asal anda bersama

Bawa pasport atau kad UNCHR anda bersama. Pastikan ia adalah dokumen asal. Jika pasport anda di imigresan untuk diperbaharui, bawa salinan (fotokopi) dan surat daripada majikan anda yang menjelaskan alasannya

Jika diberhentikan oleh pihak berkuasa, perkenalkan diri anda dan jelaskan mengapa anda berada di Malaysia (sama ada untuk bekerja atau bercuti). Jika pihak berkuasa itu adalah pegawai polis, ambil maklumat ini:

  • Nama atau nombor pegawai berkenaan
  • Jenis uniform yang dipakai oleh pegawai berkenaan – (ini untuk kenal pasti pihak berkuasa mana yang terlibat)

 

2. Jika anda diberhentikan oleh pihak polis

Mana-mana pegawai penguatkuasa boleh memberhentikan anda di tempat awam. Tapi, penahanan selalunya dilakukan oleh pegawai polis. Cuma dalam keadaan tertentu, Ketua Kampung ada kuasa untuk menahan anda.

Tanya mereka dengan sopan, kenapa mereka menahan anda.

Minta dengan sopan supaya pegawai itu menunjukkan identitinya (Kad Polis)

Kad berwarna biru adalah untuk inspektor dan ke atas

Berwarna merah pula bermaksud pegawai itu digantung tugas dan dia tak ada kuasa terhadap anda. (Dalam situasi begini, lebih selamat untuk anda pergi dari situ).

Warna lain untuk dikenal pasti:

  • Kad Kuning: Di bawah pangkat Inspektor
  • Kad Putih: Polis simpanan

Selepas menahan anda, mereka mesti menghantar anda ke Balai Polis berdekatan secepat mungkin.

Pegawai polis boleh menahan anda tanpa waran untuk jenayah serius. Tapi kalau jenayah itu kurang serius, mereka mesti mempunyai waran tangkap

 

3. Soalan-soalan yang pegawai polis boleh tanya 

Pihak polis sebenarnya boleh bertanya sebarang soalan yang mereka rasakan releven. 

Ini adalah 3 soalan yang biasanya ditanya:

  • Boleh saya lihat dokumen asal?
  • Apa nama penuh anda?
  • Apa alamat penuh anda?

Jika anda rasa tak selesa untuk menjawab soalan-soalan selain di atas, anda ada hak untuk berdiam diri.

Jika polis tak menahan anda, anda boleh pergi dari situ

(Perhatian: Kadang kala, dengan berdiam diri, ia juga berisiko menambahkan lagi tekanan)

Tapi, kalau anda diminta untuk ikut polis ke balai, anda mesti ikut mereka kerana ia adalah prosedur standard. Tapi anda masih boleh tanya – mengapa anda dibawa ke balai. 

 

4. Butiran yang perlu diberikan SELEPAS ditahan

Apa yang anda harus berikan kepada polis adalah:

  1. Nama penuh anda (seperti yang ada dalam pasport)
  2. Nombor pasport anda
  3. Butiran majikan anda, dan;
  4. Butir-butir kenalan dan saudara mara yang boleh dihubungi. 

 

5. Anda boleh hubungi orang yang anda percaya, jika anda ditangkap atau ditahan

Anda sebenarnya ada hak untuk menghubungi saudara terdekat, kedutaan negara, peguam atau mana-mana NGO seperti Tenaganita. 

Anda boleh menghubungi Tenaganita di talian hotline 24 jam mereka:

  • Hotline 1: +6012 335 0512
  • Hotline 2: +6012 339 5350

Pastikan juga anda sediakan maklumat kepada orang/agensi yang anda hubungi:

  • Lokasi semasa anda (cth: balai polis, tempat tahanan, etc)
  • Nama pegawai penyiasat
  • Masa dan tempat ditahan

PERHATIAN: Mungkin lebih mudah hubungi kawan dan minta dia hubungi Tenaganita.

Anda hanya boleh ditahan maksimum selama 14 hari. Selepas tempoh itu, anda mesti dibawa ke mahkamah untuk didakwa, jika anda didapati terlibat dalam jenayah.

Jika anda didapati bersalah, anda mungkin akan ditahan lebih lama lagi di Pusat Tahanan, sehingga anda dihantar pulang.

 

6. Jika pemeriksaan badan dijalankan

Pihak polis hanya boleh menjalankan pemeriksaan badan dalam 2 situasi:

  1. Bila mereka mengesyaki adanya bukti jenayah

  2. Selepas anda ditahan

Anda ada hak untuk minta pemeriksaan badan dilakukan secara tertutup, dan secara profesional. 

Jika anda seorang wanita, pemeriksaan itu mestilah dilakukan oleh pegawai polis wanita.

 

7. Keselamatan barangan anda semasa ditahan

Barangan peribadi anda seperti telefon bimbit, dompet dan sebagainya, mestilah diserahkan kembali kepada anda, sejurus selepas anda dibebaskan. 

Polis mesti membuat rekod dan meletakkan semua barang peribadi anda dalam penjagaan yang baik.

Buat nota barangan peribadi anda yang telah diserahkan kepada polis.

 

8. Minta jurubahasa di mahkamah

Jika anda tak faham apa yang dikatakan oleh pegawai polis atau dakwaan yang dibacakan di mahkamah, anda mesti beritahu perkara itu dan minta penterjemah/jurubahasa

Jangan mengaku bersalah di mahkamah, jika anda tak faham pertuduhan. Mintalah untuk bercakap dengan peguam atau NGO seperti Tenaganita. 

Anda boleh menghubungi Tenaganita di talian hotline 24 jam mereka:

  • Hotline 1: +6012 335 0512
  • Hotline 2: +6012 339 5350

 

Tags:
pdrm
undang-undang malaysia
tenaganita
pekerja asing malaysia
ditahan
ditangkap
imigresen malaysia

24

Shares

A+

A-