Asklegal
Home banner e6083cc4 3b27 4904 b07c 46587ad529d5

Civil

Apa sebab seseorang tu di-'Bin Abdullah' dan kenapa ada yang lawan isu ni?

about 6 years ago adlykiddy

178

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


(Click here to read this article in English, the original version)

Baru-baru ni ada beberapa kisah yang terpampang di media sosial yang telah berjaya menarik perhatian orang di mana ia berkaitan dengan agama Islam. Sementara isu penukaran agama anak oleh Indira Ghandi dan penukaran semula agama Rooney Rebit merupakan salah satu isu yang sudah pun berlalu, kini kes ‘Bin Abdullah’ pula telah menjadi perhatian orang ramai.

Mungkin ada yang tidak tahu tapi ada sesetengah kanak-kanak Islam di Malaysia di ‘bin’-kan Abdullah walaupun nama bapa sebenarnya adalah lain. Menurut fatwa Islam, terdapat dua sebab kenapa ia berlaku sedemikian:

      1. Kanak-kanak tersebut dilahirkan melalui perhubungan ibubapa yang tidak sah (tidak berkahwin menurut Islam)

  1. Kanak-kanak yang dilahirkan kurang dari 6 bulan sebelum perkahwinan ibubapa

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat:

“Berdasarkan Statistik Remaja Hamil Jabatan Kesihatan Negeri 2012 hingga 2015, tiga negeri dengan statistik tertinggi remaja berumur 10 hingga 19 tahun hamil adalah Sarawak (5,246 orang), Johor (2,427 orang) dan Selangor (1,603 orang),” – Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Free Malaysia Today
 

Manakala sebanyak 532,158 kelahiran anak tidak sah taraf atau anak luar nikah telah dilaporkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Untuk artikel ni kami akan memperlihatkan dua kes, yang pertama adalah mengenai sebuah keluarga di KL yang telah berkahwin 12 tahun dahulu tetapi mempunyai kesukaran untuk mendaftarkan nama anak mereka ber ‘bin’-kan kepada ayah kerana tarikh lahir anak yang ‘salah’. Asklegal telah diberi peluang untuk bertemu ramah bersama mereka.  

Manakala keluarga kedua pula berada di Johor dan mereka telah mengheret JPN ke mahkamah. Kami telah menukar kesemua nama atas dasar keselamatan dan privasi.

 

Kesilapan pasangan ibubapa ni yang menghantui mereka sejak 12 tahun yang lalu

Kisah ni bermula pada tahun 2003 apabila Rahman dan Aisyah telah melahirkan anak mereka 3 bulan selepas berkahwin. Pasangan tersebut telah ke JPN untuk mendaftarkan kelahiran anak mereka, Adam. Pada mulanya mereka ingat bahawa sijil beranak Adam akan didaftarkan dengan nama Adam bin Abdullah sebab mereka pernah dengar cerita tentang isu bin Abdullah ini. Tetapi, apabila pasangan tersebut melihat balik sijil anak beranak Adam, mereka terkejut dengan kenyataan ini – Adam bin Rahman “Permohonan s.13”.

Walaupun Rahman dan Aisyah terkejut, mereka tidak fikir banyak dan cuma ingat bahawa permahaman mereka tentang isu bin Abdullah ini salah. Pada mulanya, Rahman dan Aisyah hanya pandang isu ni dengan sebelah mata saje. Tapi keadaan bakal menjadi lebih rumit 12 tahun kemudian...

Daripada surat beranak Adam

Adam yang sudah pun 12 tahun telah menyambut hari kelahirannya pada bulan Disember dan Rahman mengambil kesempatan ni seperti mana-mana ibubapa di Malaysia dengan membawa anak mereka ke JPN untuk mendapatkan IC. Sewaktu pendaftaran, pegawai yang bertugas telah terima borang Adam tanpa sebarang isu. 3 jam kemudian, pejabat JPN tersebut telah menghubungi Rahman untuk pulang semula ke pejabat JPN kemudian hari untuk apply semula IC Adam kerana Adam tidak dibenarkan untuk ber-‘bin’-kan Rahman. Malah nama Adam sepatutnya menjadi Adam bin Abdullah.

Rahman yang terkilan dan bingung mula bertanyakan pelbagai soalan kepada pegawai JPN tersebut tapi hanya mendapat jawapan yang tidak memberangsangkan dan pegawai tersebut berkeras bahawa isu ‘Bin Abdullah’ ni adalah diluar bidang kuasanya. Memikirkan tentang anaknya, Rahman mengambil keputusan untuk menarik semula permohonan IC tersebut dan tidak apply yang baru. 

Tanpa mempunyai IC, Rahman sedar Adam akan menghadapi kesukaran tapi pada yang sama anaknya tu juga tidak akan memahami mengapa namanya tidak di ‘bin’-kan bapanya. Selain dari tu, ‘Bin Abdullah’ sering mendapat stigma negatif dari masyarakat setempat di mana ia boleh mempermainkan jiwa dan raga Adam pada masa sekarang dan mungkin masa depan juga. Malah Aisyah (si ibu) juga berkata:

“Kalau anak kami di ‘bin’-kan dari mula lagi mungkin kami boleh perlahan-lahan memberitahu Adam dan kami juga mempunyai masa untuk menerimanya tapi memandangkan Adam sudah pun 12 tahun, ia telah menjadi sukar untuk kami jelaskan apatah lagi menjawab persoalan dari rakan-rakannya. Kami tidak mahu kesilapan lampau kami menghantui Adam” – Aisyah, ibu Adam, sewaktu interview dengan ASKLEGAL

Kisah keluarga ni boleh di baca dengan lebih lanjut di Malay Mail yang ada sekali sewaktu interview. Jadi persoalannya di sini pula adalah….

 

Antara agama dan sekularisma

So… nak ikut undang-undang mana ni?

Untuk memahami apa yang telah berlaku kepada keluarga tesebut, kita akan lihat macam mana undang-undang sivil menangani kes kanak-kanak yang lahir dari perkahwinan yang tidak sah dan kemudiannya dari sudut agama Islam pula.

Sekularism

Seperti Rahman telah sebutkan tadi, masa dia nak registerkan nama anaknya di JPN di sebelah namanya ada “permohonan s.13” yang bermaksud Permohonan Seksyen 13. Permohonan tu sebenarnya merujuk kepada Akta 299 Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 dan telah tertulis disitu bahawa: 

“….. Bagi anak yang tidak sah taraf, nama ibu (Ibu secara sukarela memberi maklumat tentang dirinya) boleh diletakkan sebagai nama keluarga dengan syarat orang yang mengaku dirinya menjadi bapa kanak-kanak itu mengikut seksyen 13 meminta sedemikian” 

Seksyen 13 juga menyatakan bahawa sewaktu pendaftaran anak tidak sah taraf/anak luar nikah, pendaftar tidak perlu mencatit maklumat bapa melainkan atau sehingga ibunya dan sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada kanak-kanak tersebut diminta untuk mendaftar. Perlu diingatkan bahawa mengikut definisi JPN, anak tidak sah taraf ni bermaksud kanak-kanak tersebut dilahirkan hasil dari perhubungan ibubapa yang tidak berkahwin.

Tapi menurut Islam pula (seperti yang telah dinyatakan di atas tadi), ada tempoh masanya sendiri untuk membenarkan kanak-kanak tersebut di ‘bin’-kan bapanya berkahwin dengan ibunya. Untuk memahami lebih lanjut, skrol bawah lagi…

Islam
Seramai 60% rakyat Malaysia merupakan orang Islam.
Gambar dari Astro Awani.

Sebelum tu, mari kita tengok apa maksud fatwa. Fatwa merupakan satu perundangan yang telah dipersetujui oleh golongan bijak pandai agama (mufti) berkenaan dengan agama Islam terutama sekali sesuatu perkara tu tidak terang diperjelaskan.

Fatwa 1981

“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke 1 yang bersidang pada 26-29.1.1981 telah membincangkan Penamaan Anak Tak Sah Taraf (Anak Luar Nikah). Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Anak zina atau luar nikah (anak tak sah taraf) sama ada diikuti dengan perkahwinan kedua pasangan ibu bapanya atau tidak hendaklah dibinkan atau dibintikan kepada Abdullah.” 

Fatwa 2003

“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke 57 yang bersidang pada 10.6.2003 telah membincangkan mengenai Anak Tak Sah Taraf. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

a. Anak Tak Sah Taraf ialah:

1. Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.

2. Anak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh).

b. Anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu, mereka tidak boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali.”

Senang cerita, menurut fatwa pada tahun 1981 telah menyatakan bahawa anak tidak sah taraf perlu di ‘bin’-kan Abdullah (atau binti) manakala fatwa tahun 2003 pula menyatakan kanak-kanak yang dilahirkan kurang dari 6 bulan daripada tarikh ibubapa bersetubuh dianggap sebagai anak tidak sah taraf. Jadi untuk isu Rahman dan Aisyah bermula apabila anak mereka Adam dilahirkan 3 bulan selepas mereka berkahwin.

Jadi nak ikut yang mana satu? Yang mana lebih berkuasa?

 

 Kedudukan syariah dan fatwa di dalam undang-undang Malaysia

Gif dari Giphy.com

Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mengandungi pelbagai agama dan budaya, kadang-kadang tu kita kena selitkan apa yang patut supaya semua agama dan budaya dapat terlibat sama. Tapi sayangnya tak semua benda boleh dicampur aduk macam rojak, malah masalah keluarga Rahman bermula apabila 2 fatwa agama telah bercanggah dengan undang-undang sivil. 

Untuk memahami kedudukan fatwa di dalam undang-undang sivil, kita dahulu perlu merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan terutama sekali di Artikel 3, 76, dan Jadual Kesembilan.  

Artikel 3 menyatakan bahawa Islam merupakan agama rasmi Malaysia dan segala perundangan agama Islam berada di bawah kuasa negeri dan Sultan di negeri masing-masing. Di artikel 75 pula menyatakan bahawa jika undang-undang negeri bertentang atau bercanggah dengan undang-undang sivil maka undang-undang negeri tersebut secara automatik tidak mempunyai kuasa.

Di bawah Hal Perkara undang-undang persekutuan dan Negeri, Jadual Kesembilan ada menyatakan bahawa terdapat beberapa kawasan di negeri-negeri Malaysia dibenarkan untuk mengadakan undang-undang mereka sendiri yang digubal oleh Dewan Undangan Negeri yang berkenaan. Ini termasuk jugalah hal ehwal agama Islam di mana perkara seperti wasiat, perkahwinan, penceraian, pengambilan anak angkat, dan macam-macam lagi. 

Untuk memudahkan pemahaman lagi: 

  1. Sultan dan mufti di setiap negeri mempunyai kuasa untuk mengeluarkan fatwa dan jika mendapat persetujuan dari Dewan Negeri masing-masing, ia boleh menjadi undang-undang negeri berkenaan.
  2. Mufti di setiap negeri boleh memilih sama ada untuk mengambil atau menolak fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia
  3. Fatwa hanya boleh menjadi undang-undang kalau ia berkaitan dengan undang-undang syariah seperti perkahwinan, penceraian, wasiat, dan macam-macam lagi
  4. Kalau fatwa yang menjadi undang-undang negeri bertentangan dengan undang-undang sivil maka undang-undang fatwa tersebut secara automatik akan tidak mempunyai kuasa
  5. Undang-undang negeri biasanya dikenali sebagai enakmen atau ordinan

Seperti yang telah ceritakan tadi, kisah ‘Bin Abdullah’ bukanlah satu cerita yang asing, malah ada satu lagi keluarga ni berjaya mengheret JPN ke mahkamah.

 

Keluarga di Johor saman JPN kerana isu ‘Bin Abdullah’

Gambar dari Giphy.com

Secara ringkasnya, pasangan di Johor ni telah melahirkan anak mereka 5 bulan 24 hari selepas tarikh perkahwinan mereka. Ayahnya (media telah mengelarnya sebagai MEMK) telah mendaftarkan anaknya tu di bawah seksyen 13 setelah mendapat perakuan dari ibunya (media mengelar si ibu sebagai NAW), dan anak mereka telah diberikan nama ‘Bin Abdullah’ di surat beranak dengan kelulusan dari pihak JPN.

MEMK kemudian membuat permohonan kepada JPN untuk menukar nama anaknya dari ‘Bin Abdullah’ kepada ‘Bin MEMK’ (obviously bukan nama betul, semata-mata untuk artikel ni sahaja) tetapi permohonan mereka telah ditolak di mana MEMK dan NAW telah ke mahkamah untuk menyaman JPN.

Sewaktu di Mahkamah Tinggi, hakim telah menyebelahi pihak JPN dan berkata bahawa JPN telah mengikuti undang-undang di mana ia selari dengan undang-undang Islam. Tidak puas hati dengan tindakan tersebut, MEMK telah membuat rayuan di mana Mahkamah Rayuan telah menolak keputusan Mahkamah Tinggi. Berikut merupakan beberapa soalan yang telah dikemukan kepada Mahkamah Rayuan:

  1. Adakah Pengarah JPN mempunyai kuasa untuk memberi nama ‘Bin Abdullah’ kepada anak luar nikah
  2. Adakah Seksyen 13 perlu ditulis di sebelah nama kanak-kanak tersebut di surat beranak untuk mengetengahkan status luar nikah tersebut?
  3. Adakah fatwa tersebut boleh digunakan sebagai sumber kuasa undang-undang untuk menentukan nama keluarga (Ayah) kanak-kanak tersebut di bawah Seksyen 13A(2)?
  4. Adakah fatwa tersebut mempunyai kuasa undang-undang?
  5. Apakah alasan asas JPN untuk memasukkan isu agama dalam proses membuat keputusan mereka?

Secara ringkasnya, Mahkamah Rayuan tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi kerana undang-undang tertulis di Seksyen 13A(2) adalah terang dan nyata. Sudah tertulis disitu bahawa anak luar nikah perlu diberi nama berdasarkan:

  1. Si ibu secara sukarela untuk memberi maklumat atau
  2. Ayahnya sendiri mendaftarkan dirinya di bawah Seksyen 13 dan memohon untuk anaknya diberi kebenaran untuk meletakkan nama ayahnya sekali. Tidak ada yang tertulis bahawa kanak-kanak tersebut perlu menggunakan ‘Bin Abdullah’ sebagai nama bapa.

Selain dari itu, mahkamah telah menyatakan bahawa Akta 299 tidak membuat sebarang penyataan bahawa ia patutnya tertakluk kepada kanak-kanak Islam atau tidak. Keputusan JPN untuk merujuk kepada fatwa yang dikeluarkan pada tahun 2003 telah bercanggah dengan Seksyen 13A(2), malah hakim juga telah berkata: 

“Kuasa JPN hanya tertakluk kepada undang-undang sivil… Dan kerana itu, pegawai tersebut tidak mempunyai kwajipan atau kuasa untuk mengikuti fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Agama…Ini secara tidak langsung telah menarik hak MEMK seperti yang telah tertakluk di bawah Seksyen 13A(2) untuk menamakan nama anaknya di surat beranak. Fatwa mahu pun pengumuman agama oleh Jabatan Agama tidak mempunyai kuasa undang-undang...JPN tidak mempunyai kuasa untuk mengambil undang-undang Islam dan meletakkannya di bawah Seksyen 13A(2), maka tiada sebarang alasan untuk menggunakan isu agama sebagai faktor dalam membuat keputusan” – (SIC) Abdul Rahman Sebli JCA, A Child & Ors lawan Jabatan Pendaftaran Negara & Ors, 25 Julai 2017

Gif dari Giphy.com

Menurut Mahkamah Rayuan, fatwa tidak mempunya kuasa undang-undang malah untuk kes ni JPN tidak mempunyai alasan untuk membawa isu agama sewaktu membuat keputusan. Malah mahkamah rayuan tersebut berkata bahawa jika fatwa tersebut mempunyai kuasa undang-undang, ia hanya tertakluk dengan hukum syarak dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan tugas atau objektif JPN. 

Mahkamah juga berkata bahawa Seksyen 13 hanyalah prosedur untuk bapa mendaftarkan anaknya yang luar nikah. Ia bukanlah satu keperluan untuk meletakkan seksyen 13 di sebelah nama anak di surat beranak. Selepas naik turun mahkamah, ia telah diputuskan bahawa MEMK dibenarkan untuk di ‘bin’-kan oleh anaknya kerana JPN tidak mempunyai kuasa untuk menarik hak bapa tersebut. 

 

Pertempuran bagi dua keluarga ni masih belum berakhir

Setakat artikel ni ditulis, JPN sudah pun membuat permohonan ke Mahkamah Persekutuan dan sedang menunggu perbicaraan yang akan berlangsung pada bulan Febuari ni. Jika Mahkamah Persekutuan menyebelahi pihak MEMK dan NAW, ia juga akan menjadi berita baik untuk Rahman dan Aisyah (kes pertama tadi yang kami ceritakan). Ini bermaksud anak mereka, Adam, akan mempunyai IC dan sempat untuk Adam mengambil peperiksaan PT3.

Jika Mahkamah Persekutuan berpihak kepada JPN, Rahman dan Aisyah akan mempunyai satu dari tiga pilihan tersebut:

  1. Mendaftarkan Adam sebagai Adam bin Abdullah dan hadap kesannya kemudian hari
  2. Melakukan proses tabbani – iaitu mengambil Adam sebagai anak angkat (memandangkan di mata undang-undang Adam bukannya anah Rahman yang sah) dan nasabkan Adam (jadikan Adam secara rasminya keturunan Rahman)
  3. Tukar nama Rahman (berpandukan undang-undang) kepada salah satu 99 nama Allah dan ‘bin’-kan Adam kepada nama tersebut

Sudah tentu pilihan mereka tidak menarik kepada Rahman mahu pun Aisyah memandangkan Adam terpaksa dibelengu dengan pelbagai soalan dan serangan emosi. Aisyah juga telah berkata:

“Kalau pihak JPN kata mereka merujuk kepada fatwa untuk menbin Abdullahkan anak saya sekarang, saya nak tanya pihak JPN, anak saya kafir lah dari masa bayi sampai umur 12?” – Aisyah, ibu Adam, sewaktu interview dengan ASKLEGAL

Adam yang sekarang ni baru masuk Tingkatan 2 (14 tahun) masih tidak mempunyai IC dan paling teruk untuk Rahman dan Aisyah, Adam sudah mulai syak sesuatu benda tidak kena kerana dia masih tidak mendapat IC-nya. Setakat ni Rahman dan Aisyah masih tidak menceritakan kisah ni kepada Adam lagi kerana tidak mahu menggangu dengan emosi Adam. Perbualan kami tamat apabila kita keluar dari bilik interview dan ternampak Adam yang duduk menunggu ibubapanya. Kami mengucapkan selamat tinggal kepada Rahman dan Aisyah yang kelihatan sedih. 

 

[Kemas kini Feb 2020: Mahkamah menjatuhkan keputusan]

Mahkamah Persekutuan telah membalikkan keputusan mahkamah pada 2017, yang membenarkan anak orang Islam yang tidak sah taraf untuk di bin atau bintikan nama bapanya, dan tidak perlu ‘di bin atau binti Abdullah’. Mahkamah memutuskan bahawa:

1. Anak orang Melayu Islam yang tidak sah taraf tidak dibenarkan untuk menggunakan nama bapanya. Ini kerana Seksyen 13A Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (BDRA) tidak terpakai bagi pendaftaran kelahiran anak orang Melayu Islam kerana orang Melayu tidak menggunakan nama keluarga.

2. JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) diarahkan untuk mengeluarkan ‘bin Abdullah’ daripada sijil kelahiran kanak-kanak itu dalam kes ini. Sebelum ini, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mewartakan bahawa anak tidak sah taraf perlu di bin atau binti Abdullah. Tetapi, apabila kes ini bermula, fatwa untuk menamakan anak tidak sah taraf belum lagi diwartakan di Johor – tempat lahir anak di dalam kes ini. Dengan sebab itu, JPN tidak boleh menguatkuasakan fatwa tersebut untuk kes ini.

Masih lagi belum ada keterangan sama ada anak tersebut akan menggunakan apa-apa nama akhir. Kami akan mengemaskinikan artikel ini apabila kami mendapat pengesahan.

 

 

Tags:
bin abdullah
fatwa
jabatan pendaftaran negara
anak tak sah taraf
undang-undang sivil
akta 299 pendaftaran kelahiran dan kematian 1957

178

Shares

A+

A-