Asklegal
Home banner 78148c5b 0607 443a 9485 e33a6c6be8e8

Criminal,General

Korang ambil dadah masa bercuti, boleh ke polis tangkap korang bila korang balik?

about 5 years ago Azar Ishak

52

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


This article was originally written in English. Click here to read it. 

 

Bercuti boleh dikatakan sebagai antara perkara yang cukup bermakna. Dengan bercuti kita boleh pergi ke negara-negara lain dan rasa pengalaman berbeza dari segi budaya, makanan dan kadang-kadang juga undang-undang. 

Perbezaan undang-undang tu pulak kadang-kadang boleh sampai kepada kebenaran menggunakan dadah. Mengambil contoh Amerika Syarikat, baru-baru ni beberapa negeri di negara itu (seperti Colorado) dah membenarkan penggunaan ganja untuk rekreasi – dan kepada yang ‘kaki stone’ tu, ni mungkin jadi antara 101 sebab kenapa diorang nak melawat negara Uncle Sam tu.

Sekarang ni, kalau korang ada perasaan nak tahu pasal ganja, korang mungkin nak pergi ke Calorado. Sebabnya, di sana keadaan lebih selamat dan pihak berkuasa Amerika juga tak akan tangkap korang sebab ambil benda tu. Tapi, macam mana pula kalau korang balik ke Malaysia nanti? Boleh ke PDRM tahan korang yang dah ambil dadah di negara yang membenarkannya?

Errr… ya… mereka boleh

Secara asasnya, terdapat beberapa kesalahan dadah di Malaysia, dengan menyaksikan pemilikan dan pengedaran dadah sebagai salah satu kesalahan serius (mengedar boleh membawa hukuman gantung). Tapi, di sana terdapat juga kesalahan kecil dadah macam pemberian dadah kepada diri sendiri yang mana membolehkan korang dikenakan tindakan, walaupun korang ambil dadah tu di luar negara.

Menurut Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya:

(1) Mana-mana individu yang – 

(a) mengambil, memberikan dadah untuk dirinya atau menyiksa orang lain, bertentangan dengan seksyen 14 untuk memberikan pada dirinya apa-apa dadah berbahaya yang dinyatakan dalam Bahagian III dan IV Jadual Pertama; atau

(b) dijumpai di mana-mana premis yang disimpan atau digunakan untuk apa-apa maksud yang dinyatakan dalam seksyen 13 mana-mana dadah berbahaya yang boleh digunakan atau dihisap atau sebaliknya digunakan olehnya,

adalah bersalah atas suatu kesalahan terhadap akta ini dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Jadi, berdasarkan seksyen ini, sesiapa yang menggunakan dadah akan didapati bersalah melakukan kesalahan, dan tak disebut di situ sama ada ia hanya terpakai kalau korang melakukannya di Malaysia.

Tapi kalau korang buat benda tu di luar negara, macam mana diorang boleh tahu? Kalau diorang tanya, korang boleh je cakap yang korang pergi Colorado sebab nak mendaki Rocky Mountains kan? 

Mereka boleh dapatkan ujian air kencing 

Jadi inilah antara jalan paling logik untuk PDRM dapat tahu sama korang ambil dadah atau tak. Mereka boleh je minta korang buat ujian air kencing.

Menurut Seksyen 13 Akta Penagihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983, PDRM dibenarkan untuk mengambil ujian air kencing korang, kalau korang disyaki mengambil dadah. Tapi, PDRM terlebih dulu mestilah kena tahan korang dan letakkan korang dalam jagaan sebelum ujian air kencing tu diambil.

Jadi, kalau korang baru je balik dari Amsterdam dan pakai baju yang ada kata “#LEGALIZE”, PDRM dah tentu akan syak korang ambil dadah. Jadi, diorang mungkin akan tahan korang dan minta orang kencing dalam cawan. 

Lebih baik tengok je pemandangan

Jadi, kalau korang tak rancang nak pergi buat selama-lamanya dan masih nak balik ke Malaysia, pilihan yang paling tepat adalah jauhkan diri dari bereksperimen kalau korang takut kena tangkap masa balik nanti.

Bagaimanapun, kalau korang berada dalam keadaan diminta untuk kencing dalam cawan oleh pihak berkuasa. Ketahuilah hak-hak korang dan balas dengan sopan. Korang tak boleh tolak ujian dadah tanpa sebab yang munasabah, jadi tanya kepada pihak berkuasa tu sama ada korang boleh berunding dengan peguam dulu sebelum korang kencing dalam cawan yang diserahkan. 

Tags:
ujian air kencing
dadah berbahaya
kebenaran mengambil dadah
undang-undang dadah malaysia
ambil dadah luar negara

52

Shares

A+

A-