Asklegal
Home banner 78ce6287 742b 400c 9166 140e5f7eef07

Consumer,Criminal,General,Traffic

Adakah motosikal memerlukan insuran untuk dapatkan cukai jalan?

about 5 years ago Arjun

98

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


Memang tepat untuk mengatakan bahawa motosikal adalah sejenis mod pengangkutan yang cepat dan mudah. Malah, secara amnya ramai sedar bahawa menunggang motosikal tidak begitu selamat. Ia amat berbeza dengan kereta yang mempunyai rangka besi serta beg udara untuk mengelakkan kesan hentaman, manakala penunggang motor pula akan terdedah kepada kesan kemalangan jalan raya yang lebih teruk.

Selain kemalangan, ada juga malapetaka lain yang boleh mencederakan penunggang moto. Menurut suatu laporan oleh Majlis Pencegahan Kecurian Kenderaan (VTRC), motosikal merupakan kenderaan yang mempunyai kadar kecurian yang paling tinggi di Malaysia. – 6,502 motosikal berbanding 4,472 kereta pada tahun 2016.

Oleh sebab membonceng motosikal boleh mengakibatkan masalah yang lebih kronik, dikatakan lebih mahal, serta boleh membawa maut; sekarang, anda mungkin terfikir akan kebaikan yang boleh didapati  jika  penunggang motosikal akan mendapati apa-apa manfaat, untuk mengatasi masalah-masalah yang dijelaskan di atas apabila mereka memohon insuran. Serta, apakah kelebihan memohon insuran untuk motosikal berbanding dengan penunggang kereta. Malangnya, menurut Loanstreet dalam siaran akhbar semasa pelancaran sistem pembelian cukai jalan dan insuran atas talian, jumlah besar penunggang motosikal di Malaysia tidak mempunyai insuran lebih kurang 9.5 juta.

Ini merupakan satu masalah sebab…

 

Anda boleh dipenjarakan jika ditangkap menunggang motosikal tanpa cukai jalan dan insuran

Related image

Menunggang motosikal melebihi had laju boleh mendatangkan denda saman lebih kurang RM150 – RM300, selain itu menunggang motosikal tanpa cukai jalan serta insuran boleh mendatangkan hukuman penjara. Loanstreet menyatakan* Seksyen 90 Akta Pengangkutan Jalan merupakan undang-undang yang dirujuk dengan insuran kenderaan, dan seksyen tersebut menyatakan bahawa menunggang motosikal tanpa insuran merupakan kesalahan yang boleh didakwa. Jika ditangkap, anda boleh disaman jumlah yang tidak melebihi RM1000 ataupun dipenjarakan tidak melebihi 3 bulan.

Tambahan pula, Loanstreet juga mengatakan bahawa tanpa polisi insuran motosikal yang sah, JPJ tidak akan mengeluarkan cukai jalan untuk motosikal tersebut. Dan jika anda membuat keputusan untuk mengambil risiko menunggang motosikal anda tanpa cukai jalan, bersedialah untuk disaman lebih kurang RM 3000 jika ditangkap. Jadi, jika anda penunggang motosikal yang suka makan di restoran-restoran yang atas, bersedialah untuk makan nasi bujang untuk beberapa bulan.

Oh dan jangan lupa ya, jika anda didapati tiada insuran dan merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam suatu kemalangan, anda perlu membayar kos kemalangan tersebut, bukan pihak insuran yang perlu menanggung kos tersebut.

Ya, kami faham benda alah insuran ini agak mengelirukan, ini disebabkan kerana insuran bukannya mempunyai suatu jenis sahaja, tetapi...

 

Terdapat 3 jenis insuran motosikal 

Apabila berbincang tentang hal liputan insuran, anda mungkin tersempak dengan perkataan-perkataan seperti “insuran pihak ketiga”, “insuran kebakaran dan kecurian”, dan “insuran komprehensif”. Perkataan-perkataan ini agak sukar difahami, namun usah risau sebab kami akan menerangkan istilah-istilah ini – sebab sebagai penunggang moto, ia amatlah penting untuk anda mengetahui jenis-jenis perlindungan insuran yang ada.

Jadi, jenis insuran pertama yang akan dibincang adalah…

 
JENIS INSURAN MOTO JENIS LIPUTAN
INSURAN PIHAK KETIGA

TUNTUTAN KOS DARIPADA ORANG YANG ANDA LANGGAR

INSURAN PIHAK KETIGA SERTA KEBAKARAN DAN KECURIAN

1.TUNTUTAN KOS DARIPADA ORANG YANG ANDA LANGGAR

2.KOS YANG DISEBABKAN KEBAKARAN ATAU KECURIAN KEPADA MOTO ANDA

KOMPREHENSIF

1.TUNTUTAN KOS DARIPADA ORANG YANG ANDA LANGGAR

2.KOS YANG DISEBABKAN KEBAKARAN ATAU KECURIAN KEPADA MOTO ANDA

3.KOS KEROSAKAN KEPADA MOTO ANDA DISEBABKAN KEMALANGAN

1. Insuran Pihak Ketiga

Apabila dilihat daripada aspek dating, “pihak ketiga” merupakan lelaki hensem yang awek anda mengurat secara rahsia. Namun, dengan topik insuran kenderaan pula, “pihak ketiga” merujuk kepada orang yang anda langgar dalam suatu kemalangan.

Insuran ini sebenarnya merupakan sejenis bantuan kewangan yang agak murah, tetapi dengan liputan yang paling sedikit. Secara amnya, insuran ini hanya akan membayar kos perbelanjaan terhadap orang yang dilanggar. Insuran jenis ini tidak akan menganggung kos memperbaiki motosikal anda.

Andaikanlah bahawa anda seorang penunggang moto dan terlanggar kereta orang lain secara tidak sengaja, dan orang tersebut mengalami kecederaan serta keretanya mengalami kerosakan yang teruk; jangan risau, sebab insuran akan bayar segala  kos perubatan dan pembaikian kenderaan pihak tersebut.

2. Insuran Pihak Ketiga Serta Kebakaran dan Kecurian

Insuran yang ini hampir sama dengan insuran pihak ketiga, tetapi ia mempunyai kelebihan yang berbeza sedikit. Insuran ini akan menanggung kos perubatan dan pembaikian kenderaan orang yang anda melanggar, dan juga akan meliputi kerugian yang anda akan menanggung jika motosikal anda terbakar atau dicuri.

3. Insuran Komprehensif

Ini merupakan “bapa segala insuran”, kerana insuran ini mempunyai liputan yang terbanyak berbanding dengan dua insuran yang telah diterangkan tadi. 

Seperti “insuran pihak ketiga”, insuran ini akan menanggung kos perubatan serta pembaikian kenderaan pihak yang anda terlanggar.

Seterusnya,  dengan “insuran pihak ketiga + kebakaran dan kecurian”, kos kerugian yang disebabkan kebakaran atau kecurian kepada motosikal anda juga akan ditanggung dan diliputi dalam pakej insurans ini.

Apa yang agak unik and melainkan insuran ini daripada yang lain adalah, insuran ini memberi liputan untuk kos perbaikkan moto anda juga. Jadi, andaikanlah motosikal anda dilanggar (simpang malaikat 44 ia tak berlaku), kos untuk memperbaiki enjin, cover set, dan lain-lain akan ditanggung juga!

 

Nak insuran? Dah boleh beli guna smartphone

Tekan sini untuk membeli insuran motor anda!

Pada zaman dahulu, jika nak dapatkan insuran atau cukai jalan yang baru, kenalah cari ejen insuran atau mengunjungi penjual kenderaan. Nasib baik, perkara seperti itu mungkin akan lebih jarang berlaku sekejap lagi. Ini sebab sekarang, kita dah boleh dapatkan dokumen-dokumen ini atas talian. Untuk kali yang pertama di Malaysia, Loanstreet telah melancarkan sistem baharu dimana anda boleh membeli insuran serta cukai jalan atas talian.

Faedah-faedahnya juga tidak berakhir di sini sahaja, ini kerana dalam sistem Loanstreet anda boleh mengubahsuai polisi insuran anda. Jadi, katakanlah anda takut kalau motosikal anda akan terosak akibat bencana alam, ataupun pembonceng anda akan tercedera dalam kemalangan, anda bolehlah menambahkan liputan ini dalam polisi insuran anda. 

Jadi sekarang, apa yang anda perlu lakukan adalah, buka laptop ataupun smartphone anda, dapatkan maklumat geran motosikal anda dan insuran lama, serta sistem perbankan atas talian atau kad kredit/debit, lawati laman web ini, dan tekan “GET QUOTE”. Jika anda menekan pautan ini, anda juga akan menolong Asklegal membuat duit sedikit jika anda membeli insuran (jangan risau tiada kos tambahan yang akan ditambahkan untuk anda pula), jadi kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa anda yang mulia ini.

Jika anda tidak mempunyai insuran, dan ingin menunggang motosikal secara sah, ini adalah cara yang paling senang untuk manfaat anda.

Tags:
jpj
akta pengangkutan jalan
loanstreet
insuran moto
tuntutan insuran
7de42938 3101 43ce b96f 46cc61109eae
Arjun

I'm so woke I don't sleep


98

Shares

A+

A-