Asklegal
Home banner 5ab14863 72e8 4d36 8ab7 531b3dcedec1

Consumer,General

Betul ke Malaysia haramkan 'Android box'? Ini apa yang SKMM kata

almost 5 years ago Azar Ishak

68

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


Smart Android TV Box, Videocon, XiaoMi MiBox dan banyak lagi nama. Itulah dia Android Box yang ada di sekeliling kita sekarang ni. Tapi nampaknya kita tak boleh suka sangat, sebab benda ni mungkin tak boleh digunakan lagi di Malaysia tak lama lagi.

Ini kerana, kerajaan ada rancangan nak haramkan penggunaan Smart TV box ni diseluruh negara. Rancangan ni dah menimbulkan perbincangan yang hangat di kalangan masyarakat, selain yang suarakan rasa tak puas hati. Ini kerana, diorang tak nampak keperluan kenapa nak diharamkan Android Box ni.

Kalau ada di antara korang yang masih blur pasal apa dia Android Box (atau dikenali sebagai Smart TV kadang-kadang). Android Box ni sebenarnya lebih kepada peranti yang berhubung dengan TV untuk korang tengok movie. Ia bagi korang akses dengan banyak aplikasi berbeza, yang korang boleh akses melalui Play Store korang. Ia juga membolehkan korang melayari internet, baca berita, beli barang atas talian, dan termasuk juga hantar email. Tapi semuanya tu dibuat pada skrin yang lebih besar.

Kalau peranti ni banyak gunanya dan bawa lebih banyak kebaikan dari keburukan, kenapa pula kerajaan nak haramkan? Dan apa pula yang akan jadi pada korang kalau korang dah ada Android Box ni?

 

Apa sebab di sebalik pengharaman ni?

Imej dari memegenerator.net

Jawapannya… kita ada berita baik dan berita buruk. Berita baiknya… tak semua Android Box diharamkan.

Berita buruknya pula, tak semua Android Box ada sijil yang diperlukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Disebabkan benda ni agak mengelirukan, penjelasan SKMM mungkin dapat membantu.

Kitorang pun hubungi SKMM untuk dapatkan maklumat pasal benda ni, dan jurucakap tu beritahu kitorang – sebenarnya Android Box tu sendiri tak diharamkan. Sebabnya, ia cuma peranti biasa yang berhubung dengan pelbagai aplikasi berbeza dalam talian. Tapi, kalau sambungan kabel/satelit antarabangsa yang tak dibenarkan berhubung dengan Android Box tu, barulah ia dikatakan sebagai menyalahi undang-undang. 

Dengan kata lain, kalau Android Box tu dihubungkan ke sambungan kabel yang TAK datang dari sambungan talian darat Malaysia atau sambungan WIFI yang diiktiraf, maka ia melanggar peraturan SKMM.

Benda lain yang membuatkan sesuatu Android Box tu diharamkan adalah, bila ia tak dapat pengiktirafan dari Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM). Ini bermakna, ia tak boleh digunakan di negara ni. SIRIM dah dilantik sebagai badan kawal selia yang diberi kuasa untuk menguji dan meluluskan penggunaan Android Box yang sampai ke negara ni. Jadi, kalau Android Box tu tak ada sijil/logo SIRIM, ini bermakna ia adalah peranti tak sah dan haram.

Imej dari therakyatpost.com

Ini kerana, kandungan Android Box haram boleh melanggar undang-undang harta intelek, terutamanya Akta Hak Cipta. Pihak SKMM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dah menjejaki Android Box haram ni, sebab kebanyakan darinya menyediakan laman strim haram kepada orang ramai untuk menyiarkan filem, dokumentari dan berita.

Jadi, kalau korang sekarang ni ada Android Box dan korang tak pasti sama ada ia sah atau tak, maka persoalan yang muncul adalah… apa akan jadi kalau korang ditangkap ada Android Box dengan rangkaian haram?

 

Macam mana kalau Android Box korang tu tak sah?

GIF dari  tenor.com

Jadinya, kalau korang boleh strim lebih dari 3000+ saluran dengan Android Box dan korang boleh pulak tengok filem yang baru je keluar wayang dekat rumah, maka ada kemungkinan yang korang boleh didakwa di bawah Seksyen 239, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurut akta tersebut:

Seseorang yang – (a) menggunakan apa-apa kelengkapan atau peranti tidak standard; (b) ada dalam milikannya apa-apa kelengkapan atau peranti tidak standard yang dia tahu atau ada sebab untuk percaya merupakan suatu kelengkapan atau peranti tidak standard bagi maksud memasang, mengerjakan, mengendalikan atau menggunakan kelengkapan atau peranti itu;

Makanya, memiliki Android Box yang tak memenuhi piawaian SKMM dan kalau rangkaiannya berhubung dengan sumber yang haram, korang boleh didakwa di bawah akta ni. Jadi, kalau korang ada Android Box dan korang tahu yang ia berhubung dengan rangkaian tak sah, atau korang buat sesuatu yang tak sah dengannya, pihak berkuasa boleh datang dan tahan korang.

Ia sama je macam korang muat turun filem cetak rompak atau software haram dalam laptop. Ia tak membuatkan laptop korang tu haram, tapi apa yang korang buat tu sebenarnya yang salah.

Tapi persoalan lain pun muncul juga, macam mana kalau korang jual Android Box ni, dan dengan larangan yang ada sekarang, apa yang akan jadi pada korang?

 

Ya benar, jual Android Box pun sebenarnya diharamkan

Imej dari murder57.com

Kalau nak tahu pasal sah di sisi undang-undang ni, ia dinyatakan dalam dua akta iaitu Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.

Di bawah Peraturan 16(1), Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia 2000 menerangkan larangan terhadap penjual yang secara haram mengedarkan Android Box dalam peraturannya sebagai:

Tiada seorang pun boleh menggunakan, menawarkan untuk menjual, menjual atau ada dalam miliknya dengan tujuan untuk menjual apa-apa kelengkapan komunikasi; (b) yang tidak diperakui sebagaimana yang dikehendaki oleh Peraturan-Peraturan ini;

Peraturan ni bagitau pasal larangan terhadap apa je peranti yang tak memenuhi peraturan, dan ni termasuklah Android Box sekali.

Hukuman terhadap kesalahan menjual Android Haram ni dah diceritakan dalam satu laporan media baru-baru ni. Bila sepasang suami isteri dah ditahan sebab menjual Android Box yang tak memenuhi piawaian SKMM. Diorang dah didakwa di bawah Seksyen 239 Akta Multimedia dan Komunikasi kerana mengguna, memiliki atau membekalkan peranti tak standard (Android Box), yang membawa hukuman penjara tak lebih dua tahun dan denda tak melebihi RM100,000.00 atau kedua-duanya.

 

Pastikan Android Box korang tu sah 

Imej dari u-Pustaka

Buat masa sekarang ni, SKMM dah menyekat lebih dari 246 laman web yang menyediakan penyiaran haram, dan tengah menahan para pengedar dan penjenayah Android Box haram ni. Seperti mana keinginan korang nak akses berbagai saluran dan rangkaian dalam satu peranti yang harganya berpatutan, melihat kesan dan akibatnya sama juga penting sebenarnya.

Muat turun konten tak sah dan strim melalui Android Box yang tak ada kelulusan juga boleh membahayakan. Sebab, ada di antara peranti android ni boleh digunakan sebagai alat intipan untuk mengumpul data-data peribadi korang, yang boleh digunakan untuk keuntungan komersial. Pelaksanaan pengharaman ini juga boleh mengekang aktiviti cetak rompak dan menghentikan pelanggaran undang-undang hak cipta.

Mungkin, jalan terbaik untuk korang adalah dengan pastikan Android Box korang tu sah, yang bukan je ia lebih bagus, tapi juga menyelamatkan korang dari… dipenjara. 

Tags:
akta komunikasi dan multimedia 1998
android box malaysia
smart tv
android box
skmm
sirim

68

Shares

A+

A-