Asklegal
Home banner 65e9dd40 0b73 413d a440 5ec7c0381589

Consumer,Criminal,General

Bolehkan anda membeli alat mainan seksual di Malaysia?

about 5 years ago Clarence Kuna

41

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


Sempena Hari Kekasih (Valentine’s Day) yang lalu, mungkin ada di antara kita yang mencari hadiah bermakna untuk kekasih masing-masing. Biasanya pada Hari Kekasih, hadiah yang biasa diberikan adalah seperti coklat, bunga ataupun barang kemas. Tetapi, kemungkinan pada tahun ini pula anda mungkin ingin memberi hadiah berbeza, hadiah yang boleh menghangatkan situasi dalam kamar. Dan, hadiah jenis apa yang sanggup menggegarkan situasi dalam kamar (bateri tidak disertakan)? 


Biarlah dibeli untuk kegunaan peribadi ataupun hadiah gurauan kepada rakan anda yang hobinya melayan komik anime, ia bukannya rahsia bahawa alat mainan seks ini senang di cari kat Google ataupun kedai di pusat membeli-belah.

Tetapi soalannya, jika nak melawat laman web lucah pun perlu tukar DNS, bagaimana pula dengan membeli alat mainan seks? Adakah membeli benda tersebut sah dalam sisi undang-undang?

 

Haram jika anda memiliki barangan yang tidak senonoh

Kami sebenarnya mendapat banyak soalan tentang kesahihan alat mainan seks daripada pembaca Asklegal, dan kami telah mengambil masa yang agak lama untuk membentang artikel ini kerana tiada banyak maklumat yang ada berkenaan perkara ini. Tetapi jangan risau ya, kami ada terjumpa satu rang undang-undang yang bersesuaian dengan perihal ini.

Menurut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan (dalam bahagian dan diterjemahkan oleh Asklegal):


Sesiapa yang– 
(a)    Menjual, menyewakan, membahagi-bahagikan, menunjukkan secara awam, atau dengan apa-apa cara mengedarkan, atau bagi maksud menjual, menyewakan, membahagi-bahagikan, menunjukkan secara awam atau mengedarkan, membuat, mengeluarkan atau ada dalam miliknya apa-apa buku, risalah, kertas, rajah, lukisan, gambaran atau patung lucah atau apa-apa jua benda lain yang lucah;

....hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.

 

Seksyen ini mengulangi istilah “lucah” berkali-kali dan bagi tujuan topik ini apa yang perlu anda ketahui adalah – undang-undang menyatakan bahawa ianya haram untuk memiliki apa-apa objek lucah. Sesiapa yang ditangkap memiliki objek lucah boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan/atau didenda.

Jadi soalan cepu emas di sini adalah, adakah mainan dewasa boleh dikategorikan sebagai barangan lucah? Untuk menjawab soalan ini, kita perlu ketahui maksud lucah/tidak senonoh.

Berdasarkan undang-undang dari UK dan Malaysia, objek lucah/tidak senonoh terdiri daripada objek yang boleh merosakkan atau memesongkan akhlak awam. Secara amnya, orang awam menganggap objek-objek ini sebagai menyinggung hati dan menjijikkan. Namun, pandangan awam dan undang-undang terhadap definisi ini mungkin berbeza dari segi definisi. Sebagai contoh, kebanyakan rakyat biasa di Malaysia mungkin menganggap koew teow goreng cheese sebagai sesuatu yang menyinggung hati dan menjijikkan, tetapi ini tidak bermaksud pihak berkuasa akan menyerbu restoran yang menghidangkan masakan ini.

YANG INI MEMANG JENAYAH BERAT. Gambar dari Business Insider

Jadi untuk memastikan jika definisi undang-undang terhadap objek lucah boleh digunakan ke atas mainan dewasa, kami menghubungi Fahri Azzat, seorang peguam, untuk mendapatkan pendapat beliau. Fahri berpendapat bahawa mainan dewasa tidak termasuk di bawah seksyen ini kerana ianya tidak dipasarkan atau dibuat untuk tujuan lucah/tidak senonoh.

 

“Saya rasa bahawa ianya tidak harus dimasukkan di bawah seksyen ini kerana alat mainan seks tidak dibuat dan dipasarkan untuk tujuan lucah/tidak senonoh...[kerana] lucah/tidak senonoh didefinisikan sebagai sesuatu yang menyinggung hati dan menjijikkan di bawah piawai moral dan tatasusila yang diterima umum”.
[Namun begitu] ianya boleh digunakan sebagai bukti jika ianya digunakan untuk tujuan lucah/tidak senonoh.
– Fahri Azzat melalui temu ramah dengan Asklegal

 

Fahri juga menyarankan bahawa mainan sebegini boleh digunakan sebagai bukti jika ianya digunakan dalam perlakuan yang lucah/tidak senonoh, seperti memuat naik video atau gambar anda ketika menggunakan mainan dewasa ataupun memperkosa seseorang dengannya. Walaupun ada yang berhujah bahawa beberapa jenis buah-buahan dan sayuran boleh digunakan untuk tujuan ini (ya kami tahu apa yang bermain dalam fikiran anda), tetapi dalam kes ini, adalah amat sukar untuk memakan bukti seperti mainan dewasa.

 

Perihal kamar seharusnya dirahsiakan

Jawapan muktamad yang boleh kami berikan dalam persoalan ini adalah seperti berikut: perkara sebegini harus dijadikan rahsia peribadi.

Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, mainan dewasa bukannya barangan pasaran gelap – ianya dijual atas talian dan juga di kedai rantaian penjagaan kesihatan yang namanya sama dengan nama teman akrab Sherlock Holmes (pandai-pandailah Google ya). Jika ianya dibeli di atas talian, anda mungkin juga perasan yang barangan ini akan dihantar melalui pakej dengan cara bungkusan yang tidak mendedahkan bahawa ianya alat mainan seks. Kami juga pasti jika anda membelinya di kedai biasa, anda akan diberi beg plastik. Dalam erti kata lain, tiada siapa yang akan tahu bahawa anda membeli mainan dewasa.

Mmmmm….beli aper tu bossku...

Jadi adalah selamat untuk kami katakan bahawa anda boleh membeli mainan dewasa, melainkan anda berhajat untuk berlawan pedang dengannya.

Satu pengecualian di sini adalah jika anda membelinya dari luar negara, di mana kemungkinan pihak Kastam akan membuka bungkusan untuk tujuan pemeriksaan – barangan anda mungkin dirampas atau (lebih teruk lagi) anda mungkin terpaksa menjelaskan kepada mereka apa tujuan anda membeli Bad Dragon

Tags:
kanun keseksaan
alat mainan seks
kedai seks
lucah
seksyen 292
hari kekasih
Abb3569d 1a37 409d ae68 577ef094832e
Clarence Kuna

clarencekuna@gmail.com


41

Shares

A+

A-