Criminal
Aktiviti penipuan ini memang menakutkan... kerana anda dipanggil oleh "PDRM"
over 7 years ago KTLim[Artikel asal ditulis dalam Bahasa Inggeris. Click here for English version]
Berita Baik! Ada
seorang putera Nigeria yang memerlukan bantuan anda untuk memindahkan
wang sebanyak 5 juta USD keluar daripada negara dan dia akan membayar
anda 1 juta USD jika anda sudi menolongnya!
Kita semua
sudah lali dan tahu ini adalah satu penipuan (scam) yang sering
dihantar ke emel anda, (kebanyakannya akan terus masuk ke dalam
folder spam) kerana kes sebegini sudah diketahui ramai selepas begitu
banyak amaran di Internet. Malangnya, penipuan-penipuan yang cuba
mencuri wang anda ataupun maklumat sulit anda seperti kata laluan
akaun bank masih berleluasa kerana ada orang masih terpedaya dengan
helah
penipuan “Putera Nigeria” yang bermacam-macam.
Akan tetapi, Davina
tidak merasa lucu kerana dia menerima satu panggilan yang kononnya
daripada bank tempatan yang belarutan ke satu perbualan telefon
selama 2 setengah jam di mana “pihak polis” menuduh dia terlibat
dalam aktiviti pengedaran dadah.
Inilah “Penipuan
Macau” dimana rakyat Malaysia sudah
ditipu sebanyak RM2.7 juta.
Muka surat hadapan surat khabar The Star pada 4hb Julai 2017
Stail penipuan ini bukanlah baru dengan berita penangkapan sudah dibuat pada tahun 2014 yang lalu. Ada kemungkinan kegiatan masih berjalan kerana tangkapan baru dibuat pada 4hb Julai tahun ini.
Perlu diingatkan
bahawa penipuan-penipuan ini sentiasa bertukar corak dan rupa dan
apa yang diketahui sekarang ialah Penipuan Macau adalah agak mirip
kepada
Penipuan IRS di AS dimana penipu-penipu menyamar sebagai
pegawai pemungut cukai IRS yang memanggil mangsa-mangsa yang tidak
mengesyaki langsung, dan diberitahu bahawa mereka tidak membayar cukai ataupun
melakukan jenayah penipuan cukai.
Mereka (penipu) akan menrancang dan menyamar dengan begitu teliti sekali seperti dalam kes Davina di mana mereka menggunakan nombor ibu pejabat kontinjen polis Pulau Pinang secara perdayaan (spoofing) dan mempunyai seorang “Inspektor Kanan” memainkan peranan “menengking” Davina kerana dia tidak fasih bertutur Bahasa Melayu. Anda boleh dan patut membaca kenyataan penuhnya di penghujung artikel ini yang diterbitkan semula sini dengan kebenaran Davina.
Secara ringkas:
Davina menerima panggilan daripada pemungut cukai di Bank Hong Leong cawangan Pulau Pinang dimana dia diberitahu bahawa pihak bank akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana dia tidak menjelaskan hutang pinjaman sebanyak RM50,000. Beliau berkata bahawa dia tidak mempunyai akaun di cawangan bank itu dan pemungut cukai tersebut terus menyambungkan dia ke stesen polis Pulau Pinang untuk mengfailkan laporan. Dia bercakap dengan seorang “Sarjan” yang memaklumkan dia bahawa panggilan ini akan direkod dan meminta dia mengesahkan nombor telefon itu adalah daripada Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang.
Sarjan itu berkata nama dia terlibat dalam kes pengedaran dadah dimana wang hasil jualan dadah tersebut sejumlah RM250,000 masih belum dijumpai. Berdasarkan kepada bukti-bukti dan keterangan oleh pengedar dadah yang diberkas, pihak polis percaya bahwa dia telah menjual IC dan butir-butir akaun bank kepada pengedar dadah.
Dia diminta menyatakan berapa baki simpanan wang dalam akaun-akaun
banknya (TAPI bukan kata laluanya kerana kononnya pihak polis tidak
ada hak untuk mendapatlan maklumat itu) dan sebarang wang yang tidak
diisytiharkan akan digunakan sebagai bukti untuk mendakwa dia dalam
makhamah. Sarjan itu juga memberi amaran bahawa dia mesti merahsiakan
kes ini untuk mengelakkan siasatan kes tersebut tergugat.
Kemudian, Sarjan itu menghubungkan Davina ke orang atasannya - yang berpangkat Inspektor - supaya dia (Davina) boleh menerangkan situasinya tetapi Inspektor itu tidak mahu mendengar penjelasan dia, malah memarahi Davina kerana dia tidak bertutur dalam Bahasa Melayu jadi dia terus memotong panggilan. Sarjan itu menelefon Davina semula dan dia merasa Davina tidak terlibat dengan kes dan sudi membenarkan Davina untuk menghulurkan bantuan menyiasat kes tersebut. Davina ada dua pilihan – kerjasama dengan Sarjan tanpa pengetahuan sesiapa pun ataupun akan direman dalam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang selama 45 hari minima untuk siasatan lanjut. Dia juga mengingatkan Davina bahawa hukuman mati akan dikenakan dalam kes jenayah dadah.
Adalah tidak menghairankan Davina memilih untuk berkerjasama, Sarjan itu mengatakan Davina oleh kerana bank itu akan mengenakan denda dalam tempoh satu jam jadi dia perlu memindahkan kesemua baki simpanan wang dalam akaun-akaun bank ke akaun Makhamah Majistret untuk tujuan audit. Sarjan itu akan menolong proses pemindahan wang menerusi telefon akan tetapi Davina baru sedar ini adalah satu penipuan pada masa itu jadi dia terus menamatkan perbualan.
Kes-kes penipuan sebegini seringkali mengeksploitasikan kelemahan manusia seperti ketakutan, ketamakan ataupun kejahilan, oleh sebab itu ada beberapa elemen ataupun kesilapan fakta yang boleh menjadi tanda-tanda amaran. Kami akan memeriksa kesemua lima elemen tersebut supaya anda tidak akan terkena tipu apabila pihak “berkuasa” menghubungi anda.
Kami merujuk kes ini kepada peguam Fahri Azzat untuk pandangan dari segi undang-undang.
1. Pihak berkuasa tidak akan menjalankan siasatan menerusi panggilan telefon
Untuk illustrasi sahaja. Imej dari AllSingaporeStuff.
Tidak mengira sama ada PDRM, Bank Negara ataupun LHDN, pihak berkuasa tidak akan menjalankan siasatan penuh menerusi panggilan telefon ataupun meminta anda menyerahkan “bukti” kepada mereka.
Fahri menjelaskan bahawa walaupun tiada prosedur ataupun rang undang-undang yang menghalang polis menyoal siasat anda atas talian telefon tetapi ini tidak masuk akal kerana Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah boleh mendesak anda tampil terus ke stesen polis untuk memberikan keterangan jika perlu.
“Saya tidak pernah dengar sesi soal siasat menerusi talian telefon oleh polis. Mereka tidak akan melakukannya kerana mereka perlu mengambil kenyataan dalam bentuk tulisan, cetak kenyataan itu, memberikannya kepada anda untuk tujuan pembacaan, dan turunkan tandatangan.
Memang tidak masuk akal dari segi prosedur ataupun logistik untuk membuat panggilan telefon sebegini”
- Fahri Azzat dalam emel kepada ASKLEGAL.
Akan tetapi penipu-penipu cukup licik dengan percubaan untuk menonjolkan diri seolah-seolah mereka adalah pihak berkuasa tulen. Seperti dalam kes ini, sarjan polis itu menjelaskan Davina tidak boleh memberikan kara laluan akaun banknya (prosedur yang tepat) dan meminta dia mengesahkan nombor ini adalah daripada ibu pejabat polis menerusi carian Google:
“Dia kata sahkan nombol panggilan sekarang dengan Google dan pastikan inilah nombor ibu pejabat kontinjen polis Pulau Pinang. Sepatutnya saya syaki sesuatu tetapi malangnya saya tidak sedar pada masa itu.” - Davina apabila dihubungi oleh ASKLEGAL.
Perlu diingatkan bahawa ini tidak bermakna pihak polis terlibat dalam penipuan. Panggilan ini menggunakan “call spoofing” ataupun panggilan perdayaan yang lazimnya digunakan dalam skim penipuan panggilan dari “bank”. Malah bank seperti RHB telah memberikan amaran mengenai skim penipuan sebegini.
2. Awasi taktik “Good Cop – Bad Cop” ataupun 'sebelah tangan mahu bersalam, sebelah tangan lagi mahu menumbuk'
Imej dari 116Boyz
Taktik ini adalah berdasarkan kepada teknik psikologi yang wujud, ini adalah
lazim dalam beberapa scenario seperti soal siasat oleh polis dan
perundingan bisnes dimana satu akan cuba mengasari mangsa manakala
satu lagi adalah serba faham dan mempunyai simpati terhadap mangsa
demi membina kepercayaan. Kemudian mereka akan menggunakan
kepercayaan tersebut untuk memperdayakan si mangsa.
Taktik
ini tidak terhad kepada penipu-penipu yang menyamar sebagai polis
sahaja. Sebagai contoh, satu variasi penipuan IRS di AS mensasarkan
pendatang ke negara itu - mereka akan menggunakan seorang “ejen”
yang mengancam mangsa dengan pengusiran dari AS sebelum memindahkan
panggilan telefon kepada satu lagi “ejen” yang menjanjikan
semuanya akan beres jika pembayaran dibuat.
Seperti
dalam kes Davina:
“Saya dihubungkan untuk menjelaskan kes saya kepada Inspektor yang memarahi saya kerana tidak bertutur dalam Bahasa Melayu dan terus memotong panggilan.
Sarjan itu memanggil Inspektor itu kembali semasa saya masih dalam talian untuk menerangkan bahawa dia rasa saya tidak bersubahat dan mahukan pertolongan saya dalam siasatan kes ini”
3. Jia ada tempoh masa terhad, inilah masa untuk meletakkan telefon
Gif dari Kotaku
Prinsip kekurangan (scarcity principle) adalah satu teknik yang biasa
digunakan dalam strategi pemasaran dan malangnya agak berkesan dalam
kes penipuan juga. Perkataan “tawaran buat masa ini sahaja”
bermakna peluang ini hanya datang sekali dalam seumur hidup dan tidak
akan kembali selepas tempoh itu berlalu.
Keberkesanannya dari dua segi...kita sering menggangap sesuatu yang terhad sebagai lebih bernilai. Satu lagi adalah masa terhad tidak memberikan banyak ruang untuk kita berfikir secara logikal. Konsep ini mendorong kita membuat keputusan berdasarkan kepada emosi, bukan logik. Ini menyebabkan banyak kesilapan yang boleh dielakkan.
Sebagai contoh, Putera Nigeria yang perlu mengeluarkan wang sebelum penukaran kerajaan ataupun kes “Penipuan Poyais” oleh seorang Scotland yang bernama Gregor MacGregor pada tahun 1822. MacGregor menggunakan prinsip ini (disamping beberapa teknik-teknik lain) untuk memujuk para pelabur untuk melaburkan duit dalam satu ekspedisi yang dianggotai oleh 250 orang peneroka Scotland ke Pulau Poyais yang serba kaya. Tetapi pulau itu hanyalah satu cerita dongeng dan 70% peneroka dalam ekspedisi menemui maut dalam pencarian pulau itu.
Dalam kes Davina pula, prinsip ini muncul dalam bentuk dakwaan
jenayah dan tindakan undang-undang oleh bank:
“Seorang Pemungut Hutang memberitahu saya sudah lambat dalam pembayaran hutang RM50,000 yang saya pinjam daripada Bank Hong Leong cawangan Pulau Pinang dan saya akan dikenakan kompaun jika saya tidak menjelaskan hutang dalam tempoh masa 2 jam...
...jadi Sarjan itu mengatakan langkah seterusnya, “Oleh kerana bank akan mendenda saya dalam tempoh masa 1 jam, saya perlu bertindak segera””
4. Mereka meminta anda merahsiakan pekara ini
Imej dari 83UnsungHeroes
dan pemindahan wang) ataupun melarang anda mempunyai apa-apa diskusi dengan orang lain.
“Saya dilarang membincangkan kes ini dengan sesiapa pun kerana banyak lagi suspek masih belum ditangkap dan ada kemungkinan salah satu kawan saya adalah suspek juga.”
Apabila penipu menghubungi anda dengan dakwaan yang mereka adalah
pihak berkuasa seperti bank ataupun kerajaan, adalah satu tindakan
bijak untuk anda memanggil nombor telefon bank ataupun agensi sebenar
secara sendri, tidak menghiraukan apa-apa nombor yang penipu berikan
pada masa tiu. Jangan risau, anda tidak akan mengalami sebarang
masalah jika anda berbuat demikian.
5. Mereka mengambil kesempatan kerana anda kurang berpengetahuan
Imej dari Narratively. Lukisan oleh Marley Allen-Ash
Menurut Microsoft, kebanyakan mangsa kurang memahami teknologi.
Penipu akan sentiasa menyamar sebagai pihak berkuasa (seperti dalam Penipuan Macau, biasanya mereka menyamar sebagai polis) untuk memperdayakan mangsa supaya mereka akur terutamanya dalam bidang seperti undang-undang dan teknologi. Seperti dalam kes Davina, jikalau dakwaan itu adalah benar, dia tidak akan dihukum mati jika disabitkan dalam kesalahan subahat:
“Dengan tanggapan bahawa dakwaan itu benar, dia boleh didakw menjual kad IC-nya. Manakala untuk dakwaan jenayah dadah, pihak polis memerlukan banyak bukti untuk mensabitkan dia.” - Fahri Azzat.
Untuk menangani situasi seperti ini, pengetahuan undang-undang asas dan hak asasi anda mungkin membolehkan anda sedar akan penipuan secara awal dan memecahkan tembelang mereka:
“Satu repons yang baik ialah katakan, “Sila hantar notis Seksyen 111 kepada saya dan saya akan datang”. Ini akan membuatkan mereka faham bahawa (1) Anda tahu tentang prosedur jenayah dan; (2) Anda bukan satu mangsa yang mudah ditipu” - Fahri Azzat.
Mungkin anda boleh menimba pengetahuan undang-undang Malaysia dengan membaca artikel di ASKLEGAL seperti undang-undang jenayah dadah pada misalannya.
Ini memanglah satu penipuan yang ketara....melainkan apabila ia berlaku kepada anda
Sekarang anda mungkin ketawa/sengih sinis apabila membaca kes ini tetapi jika anda terkena, mungkin anda tidak akan sedari pada masa itu. Nasib baik Davina sempat sedar bahawa dia sedang ditipu sebelum apa-apa duit lesap pada masa itu (selain daripada kesemua rancangannya tergendala), mangsa-mangsa lain tidaklah senasib baik.
Skim penipuan mempunya evolusi yang terus berkembang jadi tidak ada satu cara ataupun teknik yang membuatkan anda tidak lut kepadanya melainkan sentiasa menggunakan akal fikiran dan mempunyai pengetahuan hak anda (dan undang-undang) apabila dihubungi oleh orang-orang yang mendakwa mereka adalah pihak berkuasa.
Kisah Davina (diterjemah)
Saya menerima panggilan dengan siri nombor bermula dengan 00. Saya menjawabnya dan “Pemungut Hutang” menerangkan bahawa saya sudah lewat dalam pembayaran kembali pinjaman saya sebanyak RM50,000 di Bank Hong Leong cawangan Pulau Pinang dan saya akan dikenakan denda jika saya tidak menjelaskan hutang tersebut dalam tempoh 2 jam. Saya menerangkan bahawa saya tidak mempunyai sebarang akaun di bank itu dan saya menginap di KL sekarang. Pemanggil tersebut (seorang wanita) memberikan butiran akaun itu untuk tujuan rujukan and menghubungkan saya dengan satu stesen polis di Pulau Pinang untuk tujuan membuat laporan. Saya disambungkan kepada seorang Sarjan yang mencatatkan butir-butiran asas dan memaklumkan saya bahawa orang atasannya akan memanggil saya semula untuk catatan rekod di atas talian telefon.
Seterusnya, saya
menerima panggilan yang mempunyai nombor ibu pejabat Polis Pulau
Pinang yang sahih dimana seorang Sarjan lain mencatatkan laporan atas
talian telefon secara sulit. Semasa perbualan, dia memastikan
butiran-butiran saya secara terperinci terutamanya latarbelakang saya
menerusi walkie-talkie.
Selepas itu, dia
mengatakan bahawa nama saya terlibat dalam satu kes jenayah dadah
yang besar yang baru berlaku. Pengedar dadah tersebut telah diberkas
dengan 16kg meth dan sudah meraih keuntungan kasar sebanyak
RM500,000. Menurut Sarjan itu, hanya separuh daripada wang itu dapat
ditemui. Pengedar dadah itu mengaku dalam kenyataannya bahawa dia
telah menjual IC dan butiran akaun bank saya dalam operasinya. Dia
juga mendakwa mempunyai banyak bukti menunjukkan saya adalah seorang
rakan sejenayah secara rela. Sarjan tersebut menuduh saya cuba
menyembunyikan sesuatu tetapi saya menafikan tuduhan dia
sekeras-kerasnya.
Saya disuruh memberikan keterangan mengenai baki simpanan wang dalam semua akaun-akaun bank saya secara rasmi supaya memastikan ia bukan wang gelap untuk tujuan rekod. Saya terpaksa mengorek kesemua kenyataan akaun bank saya dan senaraikan satu demi satu. (Sarjan ini menyuruh saya jangan memberitahu maklumat sulit seperti kata laluan kerana pihak berkuasa seperti dia tidak boleh ambil tahu daripada orang awam). Apa-apa baki simpanan wang yang saya tidak laporkan akan digunakan sebagai bukti dakwaan di makhamah menurut dia. Saya juga dilarang memberitahu sesiapa pun mengenai kes ini kerana ada beberapa suspek masih belum diberkas dan ada kemungkinan salah satu daripada mereka adalah rakan saya sendiri menurut Sarjan itu.
Selepas
sessi rekod itu, saya dihubungkan dengan seorang pegawai atasan yang
berpangkat Inspektor. Dia naik marah kerana saya tidak bertutur dalam
Bahasa Melayu dan terus meletakkan telefon secara biadap. Sarjan itu
memanggil orang atasannya semula semasa saya masih dalam talian
telefon, menerangkan bahawa dia merasa saya tidak bersubahat dengan
pengedar dadah tersebut dan saya ingin membantu siasatan kes ini.
Selepasnya, Sarjan menamatkan panggilan itu dan memaklumkan saya bahawa Inspektor itu memberikan saya dua jalan: membantu siasatan itu secara sulit ataupun saya akan ditangkap dengan waran dan ditahan di Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang selama 45 hari minima. Jika saya memilih opsyen no 1, kerjaya Sarjan itu akan tergugat jikalau saya disabitkan kesalahan dan saya dingatkan oleh Sarjan itu bahawa hukuman gantung akan dikenakan untuk semua jenayah dadah.
Setentunya
saya memilih untuk membantu siasatan dan Sarjan
mengingatkan saya perlu percayakan dia bulat-bulat untuk langkah seterusnya.
Makhamah majistret akan membuat audit ke atas semua akaun-akaun bank
saya jadi saya perlu memindahkan kesemua baki simpanan saya daripada
bank-bank to satu akaun makhamah untuk tujuan siasatan. Pada masa
itu, saya hanya berkata “ Sarjan, aku tidak percayakan kau” dan
teus menamatkan panggilan yang belarutan selama 2 setengah JAM. Saya
terus menjerit dan menangis dengan kuat sambil suami aku cuba memujuk
saya walaupun dia terpinga-pinga pada masa itu. Kami terus pergi ke
stesen polis yang terdekat dan membuat laporan TULEN.
Pihak kakitangan polis memberitahu saya bahawa banyak penipuan sedemikian kerap berlaku sekarang. Mereka juga merasa kagum akan betapa telitinya cubaan penipuan ini.
Saya juga memanggil
Bank Hong Leong untuk membuat laporan kes tersebut dan mereka sedang
menjalankan siasatan mengenai isu ini sekarang.
Saya mengalami
trauma kerana insiden ini. Saya merasa sangat marah kerana terpaksa
membatalkan banyak rancangan-rancangan pada hari itu dan betapa
senangnya saya ditipu oleh mereka. Agak mengecewakan juga bagi saya
kerana sekarang saya tahu ada orang yang sanggup membuat penipuan
seperti ini secara teliti. Alangkah baiknya jikalau mereka boleh
menggunakan kesemua akal dan masa untuk menyara hidup secara sah. Apa
yang saya risaukan sekarang bahawa ada insan-insan yang celik dan
mempunyai akal seperti saya masih boleh menjadi mangsa penipuan dan
mungkin tidak senasib baik seperti saya, memyerahkan wang simpanan
mereka dan tidak akan mendapatkannya semula buat selama-lamanya.