Asklegal
Home banner 64f0

General

Kalau korang langgar kereta dari belakang, memang automatik salah korang ke?

almost 7 years ago Khaliq

70

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


[Artikel asal ditulis dalam Bahasa Inggeris. Click here for English version]

Mitos

Secara automatik menjadi kesalahan anda sekiranya melanggar kenderaan orang lain dari belakang.


Latar belakang

Oh tidak! Anda baru sahaja terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya. Semasa dalam perjalanan di lebuhraya sambil memikirkan menu makan malam nanti, kereta di hadapan anda tiba-tiba berhenti secara mengejut. Percubaan untuk memberhentikan kereta gagal; lantas kedengaran suatu bunyi dentuman yang kuat akibat daripada perlanggaran yang berlaku.

Anda pasti tidak mahu perkara seperti di atas berlaku kepada anda. Imej dari GTSpirit.com

Anda terkejut dan tergamam seketika dan keluar dari kereta untuk menemui pemandu di hadapan itu. “Bukan salah saya!”, anda membantah. “Kamu berhenti secara tiba-tiba!” Tetapi malangnya pemandu tersebut bertegas bahawa anda yang melanggar dia dari belakang, jadi secara automatik anda yang bersalah.


Adakah ini benar?

Jawapannya memang tidak terduga kerana..


Ini adalah kerana..

Seksyen 22 Kanun Lebuhraya Malaysia – dasar kepada ujian undang-undang jalan raya dalam mendapatkan lesen memandu - dengan jelas menyatakan (diterjemah daripada Bahasa Inggeris):

Penunggang atau pemandu kenderaan yang berhemah hendaklah membenarkan sekurang-kurangnya jarak sebuah kenderaan antara kenderaannya dan kenderaan di hadapan bagi setiap 10km/j kelajuan. Contohnya pada kelajuan 30km/j sepatutnya jarak ialah 3 kenderaan antara kenderaannya dan kenderaan di hadapan. Sekiranya penunggang atau pemandu kenderaan melanggar bahagian belakang atau tepi kenderaan di hadapannya, itu merupakan kesalahannya sendiri dan ini bermakna penunggang atau pemandu kenderaan tersebut mengikut terlalu dekat.

Kanun Lebuhraya bukan sahaja dipakai dalam ujian memandu bahkan ia telah dikuatkuasa melalui Seksyen 68 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadi, pemandu di belakang haruslah menjaga jarak dengan kenderaan di hadapan. Jika tidak, ia memang menjadi kesalahan pemandu di belakang. Walaubagaimanapun, tidak semestinya ia menjadi kesalahan pemandu di belakang secara menyeluruh jika pemandu di hadapan cuai (negligent).

Dalam kes seperti itu, pemandu di hadapan juga menyumbang kepada kemalangan akibat kecuaian dan ini mempengaruhi jumlah ganti rugi yang dikenakan terhadap anda.


Dalam situasi begini, fakta-fakta tersendiri yang terlibat dalam perlanggaran dari belakang ini harus diambilkira; seperti yang ditekankan dalam kes Leng Yang Sua & Anor v Ng Yen Ken & Anor [1986] CLJ (Rep) 448.

Sebagai contoh, dalam kes Abdullah Karim v Ahmad Abdullah & Anor [1991] 2 CLJ (Rep) 238, hakim memutuskan bahawa pemandu di hadapan menyumbang 25% kepada kemalangan kerana tidak memerhati sekeliling terlebih dahulu semasa memberhentikan bas untuk mengambil penumpang manakala 75% lagi pula adalah menjadi kesalahan pemandu di belakang kerana tidak menjaga jarak dengan kenderaan di hadapannya.

Kesalahan pemandu di hadapan jarang-jarang berlaku dalam kes perlanggaran dari belakang ini tetapi berdasarkan kes Kamaruddin Mohd Nor & Anor v Soon Soo Moe & Anor [1998] 4 CLJ Supp 301:

"Adalah menjadi 100% kesalahan pemandu di hadapan sekiranya pemandu di belakang tidak berkesempatan untuk mengelak daripada berlanggar dengan kenderaan di hadapannya akibat dari kemasukan secara tiba-tiba kenderaan di hadapan sewaktu ia mahu menukar lorong ataupun semasa membuat U-turn."

Menurut sumber dari polis trafik ketika ditemuramah oleh ASKLEGAL, sebahagian besar dari kes kemalangan adalah bukan dari kesalahan kenderaan yang melanggar dari belakang semata-mata. Ia adalah akibat dari pemandu di hadapan yang menukar lorong dengan cuainya ketika memandu. Dalam situasi begini anda berkemungkinan tidak bersalah jika perkara sedemikian berlaku.

Jadi sekiranya anda terlibat dalam kemalangan iaitu langgar dari belakang (tapi haraplah tidak!), kenalpasti semua faktor yang boleh mengakibatkan kemalangan tersebut. Ada kemungkinan bahawa kemalangan tersebut bukan salah anda keseorangan. Merakamkan insiden kejadian menggunakan dashboard camera amatlah membantu.


Nota: Kenyataan berikut adalah berdasarkan perspektif undang-undang dan bukan dari kes individu. Jika anda mempunyai persoalan tentang undang-undang atau kemusykilan ke atas sustu berita seperti di atas, anda boleh menyuarakannya ke Facebook kami atau klik sini untuk emel.

Tags:

70

Shares

A+

A-