Asklegal
Home banner bf4d831e 0c11 4be6 908a ec163e002ebd

General

Ada ke undang-undang waktu kerja berbeza untuk orang Islam di bulan Ramadan?

Not published yet ago Azar Ishak

8

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


Untuk kebanyakan pekerja pejabat, perkiraan waktu kerja untuk orang Islam di bulan Ramadan – selalunya lebih awal, sebab diorang biasanya terus bekerja masa waktu rehat makan tengah hari, dan/atau balik dari pejabat lebih awal. Semua ni dah diterima sebagai perkara biasa di Malaysia. Malah, kita yang nak ke pejabat kerajaan pun selalunya akan semak balik jadual waktu pejabat diorang sepanjang bulan Ramadan.

Walaupun semua tu nampak normal, tapi kita juga mungkin ada terfikir sama ada benda ni sebenarnya berasaskan undang-undang atau tak.

Jawapannya, terus terang je sebab…

 

Tak ada undang-undang yang kawal waktu bekerja pejabat di bulan Ramadan 

Mana semua orang ni? Dah balik ke? Imej dari Lostanddesperate.com

Kebanyakan undang-undang yang memperuntukkan kebajikan pekerja pejabat diletakkan di bawah Akta Kerja 1955 (cuma terpakai di Semenanjung Malaysia). Akta ni dah menetapkan bilangan jam yang kita semua boleh bekerja dalam sehari untuk faedah minimum yang kita boleh terima sebagai pekerja di sesebuah syarikat. Dalam masa sama, ia juga sediakan penalti kalau syarat-syarat tu tak dipenuhi.

Bagaimanapun, Akta Kerja (atau apa-apa undang-undang pekerjaan yang berkait) tak kata secara spesifik pasal waktu bekerja atau polisi-polisi tertentu di bulan Ramadan. Jadi pada asasnya, ini bermakna pihak syarikat sebenarnya bebas untuk gariskan sebarang perubahan sepanjang bulan Ramadan, atau tak nak buat benda tu sama sekali.

 

Ia sama je, tak kira sektor Kerajaan ataupun Swasta

Kuanter jabatan kerajaan. Imej dari DBP

Walaupun macam tu, ada satu benda yang kita kena tahu, iaitu pihak majikan masih lagi ada hak untuk pastikan setiap pekerja diorang memenuhi waktu kerja masing-masing dan/atau sebarang kewajiban diorang (macam kontrak) di sepanjang bulan Ramadan. Bagaimanapun, ramai majikan yang akan tawarkan beberapa kelonggaran atau fleksibiliti dalam tempoh ni, seperti mana yang diceritakan kat bawah.

Untuk Sektor Swasta, fleksibiliti waktu bekerja di bulan Ramadan boleh jadi sama ada sebagai dasar syarikat, tulisan memo atau perkara yang dah difahami semua pihak. Selain tu, ada juga yang secara ad-hoc bila mana setiap pekerja boleh maklumkan kepada bos diorang atau Jabatan Sumber Manusia (HR) tentang macam mana diorang dapat jalankan kewajiban agama sambil tetap produktif dengan pekerjaan diorang.

Bagi pekerja di Sektor Kerajaan pula, Jabatan Perkhidmatan Awam adalah pihak yang bertanggungjawab menentukan jam waktu bekerja dengan cara sebaran memo kepada seluruh kakitangan awam – dan ia akan disemak dari semasa ke semasa.

Pada tahun-tahun sebelum ni, kerajaan memperkenalkan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) yang membolehkan pekerja memilih atau ditugaskan dalam masa yang dah ditetapkan sepanjang bulan Ramadan. Tapi bermula pada 1 Mac 2019, kerajaan dah memperkenalkan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) yang dilaksanakan di seluruh kementerian dan jabatan kerajaan.

Melalui WBF, waktu kerja fleksi dah ditetapkan selama 9 jam termasuk waktu rehat sejam. Waktu pejabat akan bermula pada jam 7.30 pagi sampai 5.30 petang kecuali hari Khamis di Johor dan Terengganu, yang bermula dari jam 7.30 pagi sampai 4 petang. Dari ketetapan tu, penjawat awam boleh mulakan tugas bila-bila masa antara 7.30 pagi hingga 8.30 pagi. Kalau seorang pejawat awam tu mulakan tugas pada jam 8.07 pagi , maka dia akan menamatkan tugas pada jam 5.07 petang.

Imej dari jpa.gov.my

 

Kalau korang rasa tak pasti, pergilah periksa!

Imej dari hulukelang.com

Walaupun kebanyakan syarikat di Malaysia faham yang pekerja Islam diorang akan berpuasa pada bulan Ramadan, kadang-kadang tu ia boleh membawa kepada isu-isu yang tak perlu bila sesuatu polisi tu tak dinyatakan dengan jelas.

Kalau korang baru je masuk syarikat, polisi tentang waktu bekerja Ramadan mungkin tak selalunya ditetapkan secara bertulis. Dalam kes macam ni, mungkin lebih baik korang tanya dengan pekerja-pekerja Islam yang lain, bos korang atau Jabatan Sumber Manusia (HR). Lebih-lebih lagi untuk Sektor Swasta, sebab sesetengah orang Islam nak banyak beribadah dalam bulan ni, jadinya adalah lebih baik untuk korang beritahu bos atau HR, kalau korang nak lakukan ni untuk mengelakkan sebarang salah faham.

Akhir sekali, kitorang ucapkan selamat menyambut Ramadan kepada semua pembaca Muslim, dan diharapkan Ramadan kali ini lebih bermakna dari sebelumnya. 

Tags:
waktu pejabat bulan puasa
waktu pejabat bulan ramadan
waktu pejabat kerajaan
waktu pejabat swasta
balik awal bulan puasa
ramadan
puasa

8

Shares

A+

A-