Asklegal
Home banner 03af6ec7 33e2 4bb0 a638 2628b3913f24

Criminal,General

Noh Omar kata mencuri tak salah selagi tak ditangkap... ini sebab kenapa dia mungkin betul

Not published yet ago Azar Ishak

3

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


Pada persidangan parlimen lepas, ahli politik dari Barisan Nasional (BN) ada bagi satu analogi yang dah menarik perhatin ramai pihak dan netizen. Sebenarnya, kenyataan dia ni juga dah tarik perhatian kitorang, tapi sebabnya taklah macam mana yang korang fikir.

Ini dia kata-kata Noh Omar:

“Mencuri tidak salah. Bila kena tangkap, itu baru salah. Naik motor tiada topi keledar itu tidak salah, bila polis tahan baru jadi salah.” – katanya di Dewan Rakyat

Screenshot komen-komen terhadap kenyataan Noh Omar.

Jadi, nampaknya mudahlah kita nak faham kenapa orang labelkan kenyataan ni sebagai ‘tak masuk akal’. Jenayah tu salah, dan orang yang buat jenayah adalah penjenayah. Tapi itulah yang kita nak bincang kat sini, sebab ada pelajar undang-undang yang tak berapa setuju dengan kenyataan macam ni, tapi ada juga agak setuju dengan Noh Omar.

Sebabnya, kalau sorang pelajar undang-undang menganalisis kenyataan Noh Omar tu secara sebahagian ataupun menyeluruh, diorang sebenarnya perasan dengan beberapa asas undang-undang – mengikut beberapa teori dan konsep undang-undang yang diorang belajar. Dan nama yang mungkin akan muncul dalam fikiran diorang mestilah Hans Kelsen (seorang ahli falsafah undang-undang), dan dia mengatakan…

 

Undang-undang jenayah tak panggil jenayah sebagai jenayah 

Senyumlah sementara boleh...

Sebelum kitorang bincang pasal point ni, kitorang nak beritahu dulu apa yang kitorang bincangkan ni cuma separuh daripada kenyataan Noh Omar –  “mencuri tidak salah”. 

Kadang-kadang dalam tahun akhir pengajian undang-undang, para pelajar akan belajar satu subjek yang dikenali sebagai jurisprudens. Ada pelajar yang tak suka subjek ni dan ada juga yang suka. Tapi pada dasarnya, subjek ni membahaskan teori-teori tertentu sebagai sifat undang-undang tu sendiri.

Terdapat dua pemikiran utama dalam hal ni yang dipanggil sebagai Natural Law (undang-undang semula jadi) dan positivisme. Natural law dalam bahasa mudahnya mengatakan undang-undang bukanlah undang-undang kalau ia tak ada rasa moral dalamnya. Dengan kata lain, undang-undang mestilah mencerminkan moral masyarakat. Sebagai contoh, seorang ahli falsafah Nature Law pernah menggambarkan undang-undang sebagai:

"Undang-undang: suatu peraturan untuk kebaikan bersama, yang dibuat oleh orang yang mahu menjaga masyarakat." – Thomas Aquinas

Jadinya, kalau ada yang setuju bahawa moral dan undang-undang perlu saling bergandingan, mungkin akan tak setuju dengan kenyataan Noh Omar yang kata – “mencuri tu tak salah”. Sebabnya, dah terang-terang mencuri tu tindakan tak bermoral.

Tapi di sisi lain, ahli falsafah undang-undang positif pula kata undang-undang dan moral adalah dua benda berbeza (walaupun kedua-duanya mempengaruhi satu sama lain) dan undang-undang tu cumalah undang-undang. Satu daripada ahli falsafah tu adalah seorang Austria bernama Hans Kelsen yang kitorang beritahu kat awal tadi.

Kalau seseorang tu mentafsirkan teori dan hasil kerja Kelsen, diorang mungkin akan kata yang dia akan setuju dengan Noh Omar bila kata “mencuri tu tak salah” atau mencuri tu tak bermoral. Atau lebih tepat lagi, dia mungkin tak kisah sangat sama ada mencuri tu salah/tak bermoral. Bagi Kelsen, bila dia kaji pasal Nature Law, dia letakkan setiap faktor luaran tu kat ‘luar tingkap’ – sama ada ia moral atau politik, dia fokus pada undang-undang tu sendiri.

Dengan menggunakan kaedah ni, dia dapat satu perkara, sebaik je korang buang apa je benda di sekeliling undang-undang, korang akan tahu yang undang-undang tak suruh korang untuk buat atau tak buat sesuatu, tapi ia terserah kepada hakim-hakim untuk menghukum seseorang tu kalau dia buat sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang.

Dengan kata lain, Kelsen kata, undang-undang tak kata - jangan mencuri sebab benda tu salah, dan kalau korang mencuri, korang akan dihukum. Tapi, ia kata – kalau seseorang tu ditangkap mencuri, hukumannya adalah ini atau ini

Dan cuba teka? Kalau korang tengok undang-undang terhadap kesalahan mencuri dalam kanun keseksaan, ia nampaknya macam setuju!

Seksyen 379 Kanun Keseksaan:

“Mana-mana yang mencuri hendaklah dipenjara selama tempoh boleh sampai tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya”

Perasan tak macam mana seksyen ni kata, ia tak suruh korang jangan mencuri, tapi ia kata apa yang akan jadi kalau korang buat kesalahan tu? Ya, itulah sebabnya kenapa Kelsen kata macam tu. Tapi korang kena tetapkan dalam fikiran dulu yang ini cuma teori dan ada berlambak lagi teori undang-undang kat luar sana. Sebab itulah kitorang kata – apa yang dibincang dalam point ni cuma separuh dari kenyataan Noh Omar. Jadi kitorang fahamlah kenapa korang mungkin tak setuju dengan point ni.

Tapi sekarang ni, kita nak tengok kenyataan Noh tu secara menyeluruh untuk konsep undang-undang yang seterusnya, dan inilah dia di mana pelajar undang-undang atau orang lain akan ada sikit rasa tak setuju. 

 

Semua orang tak bersalah, selagi tak dibuktikan bersalah

Kadang-kadang, korang mesti pernah nampak laporan kes penjenayah yang ditangkap masa buat jenayah. Dalam kes macam ni, dah terang-terang yang orang tu dah buat jenayah. Persoalannya sekarang, kalau dah terang dia buat jenayah, kenapa dia mesti kena pergi mahkamah dan kenapa kita tak campak je dia masuk penjara, jimat sikit masa dan duit kan?

Ini kerana, di Malaysia dan di seluruh dunia, terdapat satu konsep undang-undang yang berlaku untuk sistem keadilan jenayah yang dipanggil 'anggapan tidak bersalah'. Konsep ni asasnya mengatakan seseorang suspek tu tak bersalah sehinggalah pihak pendakwa boleh membuktikan yang dia bersalah melebihi keraguan munasabah.

Makanya, pihak pendakwa perlu membuktikan kesalahannya, sementara pembelaan hanya perlu menimbulkan keraguan bila perlu. Di akhir perbicaraan, hakim yang akan buat keputusan nak memihak kepada pihak yang mana satu. Jadi, kalau kita tengok dengan cara ni, hakimlah satu-satunya pihak yang bertanggungjawab melaksanakan undang-undang; sekali lagi kita berbalik kepada Kelsen yang kata undang-undang terarah kepada hakim-hakim.

Hal ni dilakukan bagi memastikan orang yang tak bersalah, tak menerima hukuman yang tak adil untuk apa dia sebenarnya tak buat. Untuk tekankan lagi perkara ni, mungkin petikan kata-kata daripada orang yang lebih terkenal daripada Kelsen –  Benjamin Franklin boleh kita renungkan: 

"Lebih baik seratus orang bersalah terbebas, daripada satu orang yang tidak bersalah merana"

Kitorang tahu sesetengah daripada korang mungkin terfikir idea pasal 100 penjenayah bebas tu agak menakutkan. Tapi ia nampaknya menjelaskan point yang nak disampaikan tu. Walau bagaimanapun, berbalik pada persoalan asal, apa nak tanya… 

 

Noh Omar tu betul ke?

Semuanya terserahlah macam mana korang nak melihatnya. Sebab, bila cakap pasal teori dan konsep undang-undang, ada berlambak lagi kat luar sana. Ada juga ahli falsafah dan sarjana yang menentang prinsip Kelsen, macam Thomas Aquinas. Malah, mereka yang bersetuju dengan Kelsen pun mungkin akan berbeza dengan cara mentafsirkan hasil kerja dan teorinya.

Jadi, nak tahu Noh Omar tu betul ke salah, ia sepenuhnya bergantung dengan macam mana korang melihat undang-undang tu sendiri. Tapi kalau korang betul-betul nak tahu, cuba fikirkan ni…

Kita mungkin selalu je langgar undang-undang, sama ada macam – double parking, tak pakai tali pinggang keledar atau merokok dekat kedai mamak. Tapi masa kita buat benda-benda tu, kita mungkin ada andaian yang kita tak ditangkap. Adakah ini boleh dikira salah? Beritahu kitorang kat bahagian komen. 

Tags:
kanun keseksaan
dewan rakyat
hans kelsen
noh omar
mencuri tak salah
tak bersalah selagi dibuktikan bersalah

3

Shares

A+

A-