Asklegal
Home banner 2c4b1f11 0e47 42b3 8b2b 14b267d8a446

Criminal,General

Menggalakkan seseorang bunuh diri adalah jenayah di Malaysia... walaupun dengan undian Instagram

Not published yet ago Azar Ishak

2

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


Pada 13 Mei 2019 lepas, seorang remaja dah bertindak membunuh diri dengan terjun dari tingkat 3, dari sebuah lot kedai. Kematian remaja perempuan tu dah mendapat perhatian global disebabkan tindakannya membuat undian di Instagram dengan tanya pengikut-pengikutnya sama ada dia patut “L” atau “D” (bermaksud “live” atau “die”). Dilaporkan mangsa dapat undian 69% untuk “D”.

Imej dari Dodo l'espiègle’s YouTube account​​

Kebanyakan yang baca berita ni memang akan rasa marah dan juga terkejut. Malah, berita ni juga dah menarik perhatian wakil rakyat – Ramkarpal Singh, seorang peguam dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor. Ramkarpal kata, sesiapa yang undi untuk remaja tu bunuh diri sepatutnya bertanggungjawab. Jadinya di sini, adakah menggalakkan seseorang tu bunuh diri salah di Malaysia? Jawapan jelas pasal perkara ni terjawab kerana…

 

Bunuh diri itu sendiri adalah jenayah di Malaysia

Imej dari PressReader

Seseorang yang membunuh diri dah pastilah tak boleh dihukum, jadi undang-undang ni sebenarnya ditujukan kepada orang yang cuba bunuh diri, tapi terselamat. Undang-undang bunuh diri di Malaysia boleh kita dapat dalam Kanun Keseksaan. Seksyen 309, Kanun Keseksaan menyatakan:

Sesiapa yang cuba membunuh diri, dan melakukan apa-apa tindakan terhadap pelakuan kesalahan itu, hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai satu tahun atau denda atau dengan kedua-duanya.

Kalau seseorang tu terselamat dari cubaan bunuh diri, dia akan dihantar ke hospital dulu jika perlu, tapi lepas dah pulih, dia akan berdepan dengan perbicaraan mahkamah. Kalau didapati bersalah, dia boleh dihantar untuk dapatkan kaunseling, terapi dan mungkin juga dihukum penjara.

Walaupun ada beberapa orang menteri yang minta undang-undang ni dimansuhkan, tapi setakat masa artikel ni ditulis, ia masih lagi berjalan.

 

Menggalakkan seseorang bunuh diri juga adalah jenayah

Imej dari NewsX

Ada banyak contoh di mana korang boleh dianggap sebagai bersubahat kepada sesuatu jenayah, walaupun korang tak membantu melakukannya. Sebagai contoh, kalau seseorang tu beritahu kawannya macam mana nak bunuh isterinya, dia akan dianggap sebagai rakan subahat pembunuh, walaupun dia tak bunuh isteri kawannya tu. Sama jugalah dengan kes bunuh diri, ada undang-undang yang sebenarnya secara langsung kata –  ia adalah jenayah bila kita menggalakkan seseorang membunuh diri.

Jadinya, bila Ramkarpal kata dia nak orang-orang yang terlibat mengundi untuk remaja tu bertanggungjawab, dia sebenarnya bukan cakap sebab marah je. Ini kerana, memanng ada undang-undang untuk perkara tu.

Seksyen 306, Kanun Keseksaan menyatakan:

Jika mana-mana orang melakukan bunuh diri, sesiapa yang bersubahat dengan bunuh diri itu hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sehingga sepuluh tahun, dan juga dikenakan denda.

“Bersubahat” di sini bermaksud membantu seseorang. Dalam kes ni, ia boleh jadi membantu seseorang untuk melakukan tindakan bunuh diri atau menggalakkan/mendesak seseorang untuk membunuh diri.

Bagaimanapun, dalam kes remaja Sarawak ni, ada undang-undang lain dalam Kanun Keseksaan yang digunapakai disebabkan dia masih lagi di bawah umur. Perkara tu boleh kita dapat dalam Seksyen 305, Kanun Keseksaan yang menyatakan:

Jika mana-mana orang yang berumur bawah lapan belas tahun, mana-mana orang yang tidak waras, mana-mana orang yang tidak stabil mindanya (delirious), mana-mana orang bodoh, atau mana-mana orang dalam keadaan mabuk, melakukan bunuh diri, sesiapa yang bersubahat dengan melakukan bunuh diri itu hendaklah dihukum dengan hukuman mati atau dipenjarakan untuk tempoh boleh menjangkau sehingga dua puluh tahun, dan juga boleh dikenakan denda.

Jadi, disebabkan remaja tu di bawah umur, hukuman yang paling berat boleh dikenakan kepada sesiapa yang mengundi untuknya membunuh diri. Tapi apa yang kita kena tahu adalah, walaupun pihak berkuasa kenakan dakwaan kepada orang-orang yang mengundi untuk bunuh diri tu, ia tak bermakna diorang automatik bersalah. Mungkin di antara diorang ada hujah-hujah munasabah bila diorang pergi ke mahkamah nanti, contohnya, tak tahu apa maksud sebenar “D” dalam undian tu.

 

Apa yang kita nampak macam tak bahaya, sebenarnya boleh bawa maut 

Imej dari Merimbula News

Dalam banyak negara seperti UK, New Zealand, Australia dan Ireland, cubaan membunuh diri bukanlah jenayah, bagaimanapun, menggalakkan atau membantu seseorang tu membunuh diri dianggap sebagai jenayah.

Sebagai contoh, ada satu kes melibatkan seorang warga Australia bernama Graham Morant yang menggalakkan isterinya, Jennifer untuk membunuh diri. Dia dah bawa isterinya tu ke kedai hardware untuk beli alatan-alatan yang isterinya boleh guna untuk bunuh diri. Graham dah didakwa dengan dua jenayah dan dia kemudiannya dihukum penjara 10 tahun. Hal ni disabitkan di bawah Seksyen 311, Kanun Jenayah Queensland 1899: menggalakkan seseorang bunuh diri dan juga membantu seseorang berbuat demikian.

Satu-satunya perbezaan antara negara-negara ni dengan Malaysia adalah di Malaysia, cubaan membunuh diri tu sendiri adalah jenayah. Tapi dalam setiap kes, tak kisahlah dekat mana-mana negara, hakim tak akan secara terus jatuhkan hukuman penjara dan denda kepada yang didapati bersalah. Keadaan dan fakta akan menjadi faktor penentu untuk hukuman yang akan diberikan.

Sebagai pengguna media sosial, kita perlu ingatkan diri kita di sebalik akaun yang memaparkan pemikiran atau mesej bunuh diri, ada manusia macam kita yang ada masalah. Kalau korang terjumpa mesej macam ni, cara terbaik yang mungkin korang boleh buat adalah mesej diorang dan tanya sama ada diorang okay. Dalam kes yang lebih serius macam remaja Sarawak ni, lebih baik korang maklumkan kepada pihak berkuasa sebaik je korang nampak.

Bagi korang yang alami kemurungan dan perlukan seseorang untuk berborak, jangan ragu-ragu hubungi Befrienders di nombor berikut:

Imej dari Befrienders

 

Tags:
kanun keseksaan
bunuh diri
instagram
jenayah bunuh diri
bersubahat
undi bunuh diri

2

Shares

A+

A-