Consumer
Apakah tindakan yang boleh diambil jika anda menjadi mangsa penipuan online shopping?
over 7 years ago khaliq[Artikel asal ditulis dalam Bahasa Inggeris. Click here for English version.]
Masyarakat kini lebih gemar membeli barangan secara online – lebih mudah dan selesa kerana dapat melakukannya di rumah.
Bagaimanapun, tidak bermakna tiada risiko dari online shopping ini... Anda mungkin tidak menerima barangan yang dibeli; atau mungkin barangan yang dibeli tidak sama dengan apa yang dipesan. Berbeza dengan kedai-kedai di shopping mall, di mana anda boleh mendapat refund atau mengganti barangan yang telah dibeli.
Biasanya, jika situasi sedemikian berlaku, anda harus terus menghubungi penjual atau market website tersebut (seperti Lazada, eBay atau Amazon). Tapi, sekiranya langkah ini gagal, bolehkah anda boleh mengambil tindakan undang-undang?
Pertamanya, apakah masalah dalam pesanan anda?
Tindakan yang akan diambil bergantung kepada situasi anda. Terdapat tiga keadaan yang biasa terjadi dalam hal ini:
JIKA BARANGAN YANG DIBELI TIDAK SAMPAI KEPADA ANDA ATAU BARANGAN YANG DITERIMA TIDAK SESUAI DENGAN YANG DIPESAN:
Mangsa membeli iPhone secara online tetapi sebaliknya menerima mangga kunci. Cerita penuh di Cilisos.my
Pertama sekali, anda dinasihatkan supaya menghubungi penjual berkenaan. Biasanya mereka akan membantu menyelesaikan masalah anda dengan memulangkan wang anda (refund) atau mengganti barang tersebut. Membawa kes ke mahkamah sebaiknya menjadi cara terakhir.
Beberapa perkara yang anda perlu tahu jikalau kes di bawah ke mahkamah:-
Transaksi jual beli yang berlaku adalah dinamakan kontrak. Dengan kata lain, ia adalah suatu perjanjian yang dikuatkuasa oleh mahkamah. Aturannya adalah sama untuk pembelian barangan secara online maupun offline. Jadi, sekiranya penjual bersetuju menerima wang anda sewaktu melakukan pembayaran, telah terjadinya suatu kontrak di situ berdasarkan Seksyen 10 Akta Kontrak 1950 (Tiada versi BM rasmi):
“Semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah, dan dengan sesuatu tujuan yang sah; dan tidak ditetapkan dengan nyata di bawah peruntukan Ordinan ini bahawa ianya batal”
Dengan itu, anda sebagai pembeli harus membayar sesuai dengan harga yang ditetapkan manakala penjual pula mempunyai peranan memberi barangan kepada anda setelah menerima bayaran. Penjual dikatakan telah melanggar kontrak jika anda tidak menerima barangan yang dibeli ataupun barangan tersebut tidak berada dalam keadaan sempurna / rosak.
[Klik sini untuk membaca artkel tentang kontrak tak bertulis]
Apakah akan terjadi sekiranya penjual melanggar kontrak? Berdasarkan Seksyen 40 Akta Kontrak 1950, anda boleh menamatkan kontrak (membatalkan transaksi jual beli). Tambahan pula, Seksyen 76 menyatakan bahawa anda boleh menuntut kerugian dengan, dalam hal ini, mengambil tindakan saman ke atas penjual.
SEKIRANYA PENJUAL SILAP MENGGAMBARKAN PRODUKNYA:
Warna pakaian di atas menjadi isu suatu ketika dahulu. Imej dari Wired.
Bayangkan jika suatu pakaian cantik yang berwarna putih dan emas menangkap perhatian anda dan telah mencabar kewibawaan anda untuk memilikinya. Anda terus membelinya dan menunggu ia dikirm sehari dua. Tetapi ternyata pakaian yang dibeli itu berwarna hitam dan biru!
Ini adalah kes kesilapan dalam penyampaian yang bermaksud penjual telah salah menggambarkan produknya yang mendorong anda untuk membelinya. Dalam hal sebegini, anda boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap si penjual itu – anda dinasihatkan untuk cuba mendapatkan refund atau penggantian produk terlebih dahulu.
Jika penjual itu didapati bertanggungjawab ke atas kesilapan tersebut, anda mempunyai pilihan untuk menamatkan atau meneruskan kontrak:
- Menamatkan kontrak – Seksyen 34(1) Akta Relief Spesifik 1950 menyatakan bahawa kontrak boleh dibatalkan dengan cara penjual mengembalikan wang dan pembeli mengembalikan barangan yang dibeli seperti tidak berlakunya urusan jual beli tersebut.
- Meneruskan kontrak - Seksyen 19 Akta Kontrak 1950 menyatakan bahawa jika anda memilih untuk meneruskan kontrak, anda mungkin akan behak untuk mendapat gantirugi, jika mengalami apa-apa kerugian daripada transaksi tersebut. Anda boleh juga memaksa penjual untuk menggantikan pakaian yang telah dihantar itu.
Sebab kami menegaskan bahawa membawa kes ke mahkamah adalah pilihan terakhir kerana biaya tuntutan mahkamah adalah mahal dan mengambil masa yang lama kerana terdapat prosedur-prosedurnya tersendiri. Terutamanya jika barangan yang dibeli tidak terlalu mahal, anda pasti tidak mahu meletakkan diri anda di dalam situasi sedemikian, bukan? Namun, terdapat satu lagi cara yang lebih mudah…
Anda masih mempunyai cara lain, sekiranya kes terlalu kecil untuk dibawa ke mahkamah
Menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK):
- Menyuarakan aduan ke Bahagian Pengurusan Pengguna supaya siasatan boleh dijalankan
- Menyalurkan kes anda ke Tribunal Tuntutan Pengguna
Tribunal Tuntutan Pengguna adalah suatu badan bebas yang ditubuhkan melalui Akta Perlindungan Pengguna 1999 - boleh dikatakan sebagai “mahkamah peribadi” atau alternatif kepada makhamah sivil. Cara ini lebih berpatutan dan cepat jika nilai tuntutan anda kurang daripada RM25,000, di mana tidak boleh ada penglibatan peguam dari kedua-dua pihak. Sebaliknya, anda sendiri yang akan membicarakan kes anda di mahkamah dengan bantuan ahli Tribunal.
Terakhir sekali, anda harus juga membuat laporan polis, di mana boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah maupun dengan Tribunal Tuntutan Pengguna. Pihak polis akan menjalankan siasatan dan mengenakan tindakan kepada penjual di bawah Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan yang menyatakan larangan perihal dagangan palsu. Walaubagaimanapun, harus diingatkan bahawa sesi online shopping yang kurang memuaskan dikira sebagai masalah awam, dan pihak polis mungkin tidak boleh (atau tidak akan) mengambil tindakan bergantung kepada keadaan.