Asklegal
Home banner 80017aec 93f4 417b 87ce 3d4f52dda97d

Gaji anda di bawah paras minimum? Majikan anda boleh didenda

10 days ago Nur Sabihah

30

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


Isu majikan membayar gaji terlalu rendah kepada pekerja merupakan isu yang sering diperkatakan di negara Malaysia. Pada pembentangan Belanjawan 2019, kerajaan telah mengumumkan kenaikan gaji minimum ke RM1,100 bagi pekerja di seluruh negara berkuatkuasa 1 Januari 2019. Perkara ini merupakan satu berita gembira bagi pekerja kerana perkara ini sedikit sebanyak membantu dalam mengurangkan kos sara hidup seharian mereka.

Walaubagaimanapun, realitinya masih ramai majikan yang gagal mematuhi paras gaji minimum yang ditetapkan kepada pekerja mereka. Wujudkah tindakan undang-undang yang boleh diambil kepada majikan anda? 

 

Kadar gaji minimum sentiasa meningkat

Tapi sebelum tu, ada beberapa perkara asas mengenai gaji minimum yang anda perlu ketahui. Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) yang menetapkan kadar gaji minimum dalam negara Malaysia dikaji sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun. Dasar gaji minimum dijalankan oleh kerajaan dengan beberapa objektif utama iaitu:

  1.  Memastikan keperluan asas pekerja dan keluarga mereka dapat dipenuhi.
  2. Memberikan perlindungan sosial yang mencukupi kepada pekerja-pekerja.
  3. Mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing yang tidak mahir.

Sebelum pengumuman yang terbaru mengenai kenaikan gaji minimum dibuat, undang undang Perintah Gaji Minimum 2016 telah digunakan sebagai dasar penetapan gaji minimum bagi pekerja di Malaysia. Dalam Perintah Gaji Minimum 2016, kadar gaji minimum bulanan ditetapkan pada kadar RM1,000 sebulan bagi pekerja di Semenanjung Malaysia dan RM920 bagi pekerja di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Tapi gaji minimum ini telah dikaji, dan pada 2019 telah ditetapkan...

 

Satu negara, satu gaji minimum

Berkuatkuasa pada 1 Januari 2019, Perintah Gaji Minimum (Pindaan) 2018 telah dikuatkuasakan dan dengan ini, Perintah Gaji Minimum 2016 dibatalkan. Kadar gaji minimum ini sama untuk pekerja di seluruh Malaysia, berbanding dengan Perintah Gaji 2016, di mana pekerja di Semenanjung Malaysia mempunyai gaji minimum yang lebih tinggi. Tapi, perintah ini tidak terpakai untuk pekhidmat domestik seperti penjaga rumah, tukang masak, tukang kebun dan jaga.

Dalam perintah ini, kadar gaji minimum yang perlu dibayar adalah seperti jadual berikut:

Sumber rujukan: Pindaan Gaji Minimum (Pindaan) 2018

Bagi kadar gaji pekerja yang dibayar hanya berdasarkan upah mengikut kerja, berat tan, dan sebagainya, kadar gaji bulanan yang perlu dibayar kepada pekerja itu hendaklah tidak kurang dari RM1,100.00.

Tapi, bagaimana kalau majikan gagal membayar pekerja di bawah paras gaji minimum?

 

Denda dikira untuk setiap pekerja

Majikan anda boleh didenda, dan denda itu dikira bagi setiap pekerja yang gagal dibayar gaji minimum. Di bawah Seksyen 43 Akta Majlis Perundangan Gaji Negara 2011 (Akta 732):

Majikan yang tidak membayar gaji pokok sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah gaji minimum kepda pekerjanya melakukan suatu kesalahan, dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap pekerja.

Penalti untuk ketidakpatuhan bagi undang-undang ini adalah seperti jadual berikut:

Sumber rujukan:NHRC 

Tahu yang majikan buat kesalahan tu satu hal. Tapi nak pergi mana kalau nak buat aduan?

 

Kalau anda tak dibayar, Kementerian akan mendengar

Sebagai seorang pekerja anda perlu sentiasa peka terhadap undang-undang yang melindungi hak anda tidak kira dari segi kebajikan, kesihatan dan juga dari segi pembayaran gaji anda. Jika anda rasa majikan anda tidak mematuhi gaji minimum ini, anda mempunyai dua pilihan bagi  membuat aduan iaitu:

  1. Membuat aduan terus ke Jabatan Tenaga Kerja berdekatan dengan anda dengan membawa butiran lengkap mengenai aduan yang ingin dibuat
  2. Membuat aduan terus ke laman web Kementerian Sumber Manusia di sini. Pastikan butiran aduan yang mengandungi butiran seperti berikut bagi memudahkan proses siasatan aduan dijalankan.

Maklumat yang perlu disediakan dan diisi lengkap bagi setiap aduan adalah:

  • Nama 
  • Jenis Pengadu
  • No Kad Pengenalan
  • Tajuk aduan
  • Jantina
  • Butiran aduan
  • Alamat
  • Aduan terhadap Bahagian/Jabatan/Agensi
  • Negara/Negeri/Daerah
  • Tindakan yang telah diambil pengadu
  • Telefon/emel
  • Tindakan yang dikehendaki dari Kementerian Sumber Manusia
  • Pekerjaan

Majikan anda mungkin boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana tidak membayar gaji minimum kepada anda, namun anda sebagai pekerja harus mempamerkan perkhidamatan dan komitmen yang terbaik bagi majikan anda, agar industri pekerjaan di Malaysia bukan sahaja melalui gaji minimum yang dibayar, tetapi menghasilkan kualiti yang  terbaik bagi perkhidmatan yang diberikan.

Tags:
majikan
gaji minimum
perintah gaji minimum 2018
perintah gaji minimum 2016
pekhidmat domestik
kementerian sumber malaysia
akta majlis perundangan gaji negara 2011
pekerja

30

Shares

A+

A-