Asklegal
Home banner 08746e70 d86d 4773 8e98 585d9374f53b

Civil,Traffic

5 perkara yang anda tidak dapat tuntut jika terlibat dalam kemalangan di Malaysia

about 5 years ago ImanIbrahim

154

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


Kita harap senario ini tak berlaku, tetapi jika anda terlibat dalam kemalangan di Malaysia, satu perkataan yang biasa didengari adalah “Tuntutan”. Pada asasnya, tuntutan dalam senario kemalangan merangkumi tuntutan ganti rugi daripada orang yang melanggar kereta anda, atau daripada insurans orang tersebut. Namun begitu, terdapat lagi satu jenis tuntutan yang anda boleh lakukan, iaitu…tuntutan mahkamah dimana anda menyaman pihak yang menyebabkan kemalangan tersebut.

Perkara ini biasanya berlaku apabila pihak yang bersalah menyebabkan kerugian yang melampaui apa yang insurans mereka mampu biayai. Contohnya, liputan insurans pihak bersalah mungkin dapat membiayai kis membaiki kereta anda, tetapi ia tidak dapat menanggung kos rawatan perubatan anda jika anda mengalami kecederaan. Jika anda dalam situasi seperti ini, anda ataupun ahli keluarga anda perlu menyaman mereka di mahkamah dan tuntut perbelanjaan tersebut.

Bagaimanapun, anda harus maklum bahawa hanya terdapat beberapa perkara yang anda boleh tuntut daripada pihak yang telah melanggar anda di mahkamah. Hakim tidak akan membenarkan anda untuk membuat tuntutan terhadap segala perbelanjaan, kerana terdapat batas terhadap apa yang boleh dituntut dalam sesebuah kes mahkamah – terutamanya dalam kes kemalangan kenderaan bermotor. Jadi, antara perkara-perkara yang anda tidak dapat tuntut selaku seorang mangsa kemalangan adalah....

 

1. Kos rawatan di hospital swasta

Secara amnya, jika anda mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, anda boleh tuntut jumlah penuh perbelanjaan anda di situ. Tetapi, jika anda mendapatkan rawatan di hospital swasta, mahkamah tidak akan membenarkan anda untuk menuntut kos belanja tersebut – kecuali jika anda mempunyai alasan yang munasabah.

Oleh itu, kalau anda bermati-matian ingin mendapatkan rawatan di hospital swasta dan anda ingin pastikan ia munasabah, kita boleh lihat justifikasi yang diberikan dalam kes Chai Yee Chong v Lew Thai. Dalam kes ini, Chai telah menyaman majikannya (Lew) kerana dia telah mengalami kecederaan ketika bekerja. Dia telah mendapatkan rawatan di hospital swasta dan cuba untuk menuntut kos perbelanjaanya daripada Lew. Namun begitu, mahkamah telah memutuskan bahawa dia tidak boleh menuntut kos untuk rawatan di hospital swasta kecuali atas sebab-sebab yang berikut:

  • Hospital kerajaan tidak menyediakan rawatan yang diperlukan
  • Anda memerlukan rawatan segera dan terdesak untuk ke hospital swasta
  • Hospital kerajaan tidak mempunyai alatan atau doktor pakar yang diperlukan

Dalam erti kata lain, anda tidak lah boleh pilih hospital yang paling mahal dan mewah untuk mendapatkan rawatan kerana tujuan anda ke hospital adalah untuk sembuh.

 

2.Kos perubatan tradisional 

Bagi sesetangah orang, apabila mereka demam atau dijangkiti selsema, mereka akan memilih untuk menggunakan perubatan tradisional daripada perubatan moden. 

Sama seperti ubat, realiti yang anda terlibat dalam kemalangan merupakan sesuatu yang pahit untuk ditelan, dan sesetengah orang mungkin inginkan perubatan tradisional untuk merawat kecederaan mereka. Bagaimanapun, jika anda memilih pilihan itu, anda harus tahu bahawa mahkamah mungkin tidak akan membenarkan tuntutan anda untuk perbelanjaan tersebut. Mengikut undang-undang, anda tidak boleh tuntut kos belanja perubatan tradisional.

Walaupun pandangan ini tidak begitu popular, undang-undang sebenarnya merupakan entiti yang memahami kerana terdapat beberapa pengecualian di mana mahkamah boleh membenarkan tuntutan kos belanja bagi perubatan tradisional. Merujuk kepada kes Seah Yit Chen v Singapore Bus Service, Cik Seah berlanggar dengan sebuah bas ketika menunggang motosikal, dan memerlukan pembedahan tulang belakang, pembedahan plastik, dan beberapa rawatan lain untuk merawat kecedaraan yang dialami akibat kemalangan tersebut. Memandangkan kemalangan tersebut disebabkan oleh si pemandu bas, Cik Seah menyaman syarikat bas tersebut untuk kos rawatan hospitalnya dan juga untuk Perubatan Tradisional Cina (PTC) yang diambilnya.

Mahkamah memutuskan bahawa seseorang itu tidak dapat tuntut kos rawatan traditional kecuali jika:

  • Ianya munasabah untuk mendapatkan rawatan tersebut
  • Rawatan tersebut dilakukan setelah mendapatkan nasihat daripada sumber boleh dipercayai

Malangnya, mahkamah tidak menganggap bahawa rawatan PTC Cik Seah memenuhi kehendak di atas, jadi dia cuma dapat tuntut kesemua kos rawatannya...kecuali untuk PTC.

 

3. Kehilangan pendapatan jika anda telah mencapai umur persaraan

Sebelum kita mengakaji undang-undang ini, kami ingin terangkan bahawa undang-undang ini bukan merujuk kepada seseorang yang telah bersara, tetapi seseorang yang telah mencapai umur bersara daripada pandangan undang-undang kerana kadangkala, ada orang yang masih bekerja selepas umur persaraan tersebut.

Dalam situasi yang paling buruk, sebuah kemalangan bukan sahaja menyebabkan kecederaan, tetapi kecederaan itu amatlah serius sehingga menyebabkan mangsa terpaksa berhenti bekerja. Kami berharap situasi ini tidak akan berlaku kepada anda, tetapi kalau ianya berlaku, jangan risau kerana undang-undang membenarkan anda untuk menuntut pendapatan yang anda telah hilang dan akan kehilangan. Walau bagaimanpun, terdapat had terhadap tuntutan tersebut, dan ianya bergantung kepada umur penuntut. Menurut Seksyen 28A(2)(c)(i) Akta Undang-undang Sivil, seseorang tidak dibenarkan untuk membuat tuntutan kehilangan pendapatan serkiranya dia berumur 55 tahun dan ke atas.

Misal katanya, apabila seseorang yang telahpun berhenti bekerja pada umur 55 tahun terlibat dalam kemalangan, dia tidak dapat menuntut kehilangan pendapatan pada masa akan datang kerana dia tidak lagi mempunyai pendapatan ketika itu. Perkara yang sama terpakai jika seseorang itu masih bekerja tetapi berumur 60 tahun (sudah menjangkau usia persaraan di sisi undang-undang), di mana dia tidak dapat tuntut kehilangan pendapatan yang akan datang.

 

4. Kehilangan pendapatan daripada punca haram.

Sama seperti apa yang dibincangkan di atas, kali ini ianya bukan faktor umur, tetapi anda tidak dapat tuntut kehilangan pendapatan jika pendapatan anda datang daripada sumber yang tidak sah di sisi undang-undang. Dalam kes Chua Kim Suan v Government of Malaysia, Chua terlibat dalam kemalangan maut. Keluarga mendiang menyaman kerajaan Malaysia untuk pampasan bersama dengan pendapatan yang mendiang sepatutnya peroleh jika dia masih hidup. Namun begitu, Chua menjalankan perniagaan teksi yang tidak sah dan ianya tidak dapat dituntut.

Kalau anda terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan anda cedera parah dan tidak dapat bekerja, tetapi anda penjual DVD cetak rompak, anda mungkin akan menghadapi kesukaran untuk meyakinkan hakim bagi membolehkan anda menuntut kehilangan pendapatan.

 

5. Wang untuk kesakitan dan penderitaan....ketika anda tidak sedarkan diri

Mungkin untuk anda kesakitan yang paling perit anda hadapi adalah apabila terlanggar kaki di bucu meja, dan walaupun kesakitan itu mungkin menyeksakan, kesakitan daripada kecederaan kemalangan adalah jauh lebih perit.

Disebabkan itu undang-undang Malaysia membenarkan mangsa kemalangan menuntut wang bagi kesakitan dan penderitaan yang dialami akibat daripada kecederaan kemalangan. Tetapi, perkara tersebut juga mempunyai had tertentu. Jika kita lihat kes Lim Poh Choo, Lim mengalami kecederaan ketika menjalani sebuah prosedur perubatan akibat daripada kecuaian staf hospital. Lim cuba untuk tuntut ganti rugi terhadap kesakitan dan penderitaan yang dia terpaksa alami dariapda kecuaian tersebut. Apabila mahkamah mengutuskan perkara tersebut, mereka mengatakan bahawa mangsa hanya boleh menuntut untuk kesakitan dan penderitaan sekiranya dia  dalam keadaan sedarkan diri. Pada dasarnya, mahkamah hanya akan memberikan ganti rugi jika mangsa sedar akan kesakitan yang dialami dan dapat merasakannya.

 

Tuntutan hanyalah untuk mengembalikan anda kepada keadaan kewangan anda sebelum kemalangan, bukan untuk menjadikan anda kaya 

Kalau anda rasa ianya tidak adil apabila anda tidak dapat membuat tuntutan terhadap beberapa perkara, hal ini sebenarnya ada sebab. 

Tuntutan kemalangan berada di bawah tort kecuaian. Oleh itu, jika seseorang mengakibatkan kemalangan akibat cuai, dia harus memberikan ganti rugi kepada mangsa dengan tujuan untuk meletakkan mangsa kembali ke posisi kewangan yang asal seolah-olah kemalangan itu tidak berlaku.

Ini tidak bermakna mangsa patut diberikan pampasan atau manfaat yang berlebihan. Kiranya, ini adalah cara mahkamah memastikan bahawa keputusan kehakiman adalah adil. Jika anda rasa jumlah asal yang diputuskan oleh mahkamah tidak adil bagi anda, anda masih boleh membuat rayuan kepada mahkamah yang lebih tinggi.

 

 

 

 

Tags:
tort
undang-undang sivil
kemalangan
tuntutan

154

Shares

A+

A-