Asklegal
Home banner dr. rohani idp

General

Isu Perlindungan Orang Terpinggir Secara Dalaman (IDP) di Malaysia

over 6 years ago afiqahmad10

3

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


THIS IS THE PERSONAL OPINION OF THE COLUMNIST. The opinions, beliefs and viewpoints expressed by the author do not necessarily reflect ASKLEGAL's position on the issue, nor should it be reflective of the regular content published by ASKLEGAL. We do not make any claims on the legal accuracy of this article as it has not been verified by a practicing lawyer.

oleh Dr. Rohani Abdul Rahim, Kamarudin Abu Bakar & Muhammad Afiq Ahmad Tajuddin | rar@ukm.edu.my

 

Perbandaran dan perlaksanaan dasar-dasar pembangunan yang intensif dan besar-besaran sering di kaitkan dengan berlakunya peminggiran warga setempat. Sebagai negara yang memicu kearah negara maju, Malaysia tidak terlepas daripada usaha menjana dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan yang meluas dalam aspek infrastruktur, projek mega, dan pengenalan projek-projek pembangunan yang memenuhi keperluan lapisan masyarakat tertentu tetapi sebaliknya memiggirkan sekelompok orang yang lain. Orang Terpinggir akibat Pembangunan Dalaman (Internal Development Induced People) sukar di jangka jumlahnya kerana ia berlaku dalam situasi cepat, terdesak dan kurang kefahaman terhadap undang-undang. Mereka terpinggir atas nama kemiskinan, kurang pendidikan, rasisme, golongan minoriti, golongan yang lemah seperti kanak-kanak, wanita, orang kurang upaya (OKU), berpenyakit, warga tua dan seumpamanya. Orang terpinggir ini biasanya akan cuba memulihkan diri dengan mengikuti arus pembangunan semampu boleh untuk keluar daripada kelompok ini. Namun begitu ramai pula kini yang memerlukan bantuan untuk keluar daripada perangkap viktimisasi ini. Bantuan ini boleh jadi dalam bentuk sokongan ekonomi, kemudahan awam dan akses kepada Perundangan.

Malaysia mempunyai 31.1 juta rakyat, 98.0% adalah warganegara dan 2.0% merupakan migran (antarabangsa dan nasional). Daripada jumlah migran, 88.7% (19.4 juta) merupakan Migran Dalaman dan 11.3% merupakan Migran Antarabangsa. Menurut servei penghijrahan Migran Dalaman (2015-2016) (Laporan Survei Migrasi 2016; Portal Rasmi Jabatan Statistik),dua pertiga daripada 63.9% migran berlaku dalam sesebuah Negeri dan 24.9% adalah merentas negeri lain. Misalnya, Negeri Selangor merupakan negara penerima migran yang utama (19.4 juta). Daripada jumlah itu (4.2% berhijrah daripada luarbandar ke bandar, manakala daripada bandar ke bandar 73.6%). Kecenderungan penghijrahan ke bandar-bandar di sebabkan sebahagian besar wilayah sudah berstatus bandar kerana pembangunan yang pesat. Ini menyebabkan penduduk bandar terpaksa bertahan secara ekonomi untuk kekal di wilayah berkenaan kerana beberapa alasan seperti mengikut keluarga (46.5%), Persekitaran yang kondusif (21.6%), kehendak pekerjaan (21.4%), Perkahwinan (5.7%), Pendidikan (3.7%) dan lain-lain (1.1%).

Pada akhir 2016 jumlah penduduk dunia yang dalam pemerhatian UNHCR ialah 67.7 juta orang (65.6 juta terdiri daripada orang yang di pinggir secara paksa seperti pelarian, pencari suaka politik dan orang yang terpinggir secara dalaman), termasuk orang yang tidak di bawah mandat perlindungan UNHCR (seperti orang tanpa negara dan pemulangan orang). Instrumen Panduan Pembangunan bagi orang terpinggir secara Dalaman, (National Instruments on Internal Displacement - A Guide to their Development (Ogos,2013)) memberi panduan bagi pembentukan polisi, strategi dan Perundangan kepada pihak berkuasa nasional. Bagi memastikan perlindungan hak-hak IDP UN Guiding Principles on Internal Displacement (Guiding Principles)(1998) menjadi alat yang penting sebagai panduan. Panduan IDP 2013 menggariskan kepentingan instrumen IDP atas prinsip;

  1. Kerajaan sebagai negara berdaulat memiliki tanggungjawab untuk menangani IDP
  2. Orang terpinggir mempunyai hak kepada perlindungan dan bantuan yang berkesan 
  3. Negara mempunyai tanggungjawab di sisi perundangan antarabangsa dan serantau untuk melindungi dan membantu IDP 
  4. Instrumen nasional boleh meningkatkan kebolehpercayaan dan kredibiliti respon kerajaan terhadap IDP dan membantu kerjasama antarabangsa dan domestik berkaitan masalah peminggiran dalaman 
  5. Instrumen nasional boleh di acuankan untuk merespon kepada sesuatu situasi peminggiran tertentu, dan (vi) melalui pembangunan instrumen di peringkat nasional, respon kerajaan kepada IDP boleh di buat secara lebih efisien dan berkesan.

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia menguruskan perlindungan IDP dengan mengadakan program social outreach untuk mendekati masyarakat terpinggir, daif, miskin dan yang sukar mendapat bantuan termasuk warga emas, kanak-kanak, orang kurang upaya, orang papa, orang yang di timpa bencana. Bagi setiap usaha penjagaan dan perlindungan ini terdapat dasar-dasar khusus setiap satunya mengurus kebajikan semua orang terpinggir secara dalaman. Wujud Peraturan dan Kaedah yang digunakan sebagai panduan pengurusan IDP, antaranya;

PERATURAN – PERATURAN

Peraturan-peraturan Jawatankuasa Kebajikan Budak-budak (Perlembagaan dan Kewajipan) 1976

Peraturan-peraturan Sekolah Yang Diluluskan 1981

Peraturan-peraturan Asrama Akhlak 1982

Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak (Di Institusi) 1985

Peraturan-peraturan Pusat Jagaan 1994

Peraturan-peraturan Pasukan Perlindungan Kanak-kanak (Prosedur dan Amalan) 1995

Peraturan-peraturan Kanak-kanak (Borang dan Daftar ditetapkan) 2007

Peraturan-peraturan Kanak-kanak (Tempat Selamat) 2007

Peraturan-peraturan Kanak-kanak (Orang yang layak dan sesuai) 2009

KAEDAH – KAEDAH

Kaedah-kaedah bagi Pusat-pusat Pemulihan Cacat Akal 1977

Kaedah-kaedah Pengurusan Rumah-rumah Pesakit Melarat 1978

Kaedah-kaedah Workshop Terlindung 1979

Kaedah-kaedah (Rumah Kebajikan) Orang-orang Papa 1981

Kaedah-kaedah bagi Pengurusan Rumah Orang Tua 1983

Kaedah-kaedah Perlindungan Wanita dan Gadis (Tempat Perlindungan) 1982

Pegawai Kebajikan Masyarakat yang diwartakan di bawah Jabatan ini pula mempunyai kad kuasa bagi menjalankan kuasa-kuasa yang diberi mengikut peruntukan akta-akta berikut:

Akta Kanak-kanak 2001

Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984

Akta Pusat Jagaan 1993

Jabatan Kebajikan Masyarakat juga di berikan bidang kuasa mengurus perkara-perkara yang di gariskan dalam beberapa akta utama,seperti:

Akta Pengangkatan 1952 [Akta 257]

Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 [Akta 253]

Akta Penjagaan Budak 1961 [Akta 351]

Akta Antipemerdagangan Orang 2007 [Akta 670]

Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 [Akta 676]

Akta Kaunselor 1998 [Akta 580]

Akta Kanun Tatacara Jenayah [Akta 59]

(Bagi bidang perundangan lain wujud perundangan khusus lain yang mengatur pengurusan hak IDP seperti Kanun Tanah Negara, Akta Pengambilan Tanah,1960 (Akta 486) dan seumpamanya)

Kesimpulannya, perhatian khusus perlu bagi menghentikan wujudnya IDP ditengah-tengah perbandaran dan pembangunan. Langkah mengatasi masalah IDP secara jangka pendek perlu di gantikan dengan satu strategi, dasar dan panduan perlindungan secara perundangan supaya IDP tidak di salah ertikan sebagai gagal untuk memenuhi tuntutan pembangunan negara. Sebaliknya, kegagalan mengsejahterakan rakyat perlu di lihat sebagai suatu liabiliti di atas kegagalan menjalankan tanggungjawab paternalistik (penjaga) terhadap seseorang warganegara. Tanggungjawab penguatkuasaan di bawah pelbagai perundangan menuntut komitmen yang tinggi ke atas pihak pentadbir negara. Ketiadaan perundangan khusus berhubung tanggungjawab ini menyebabkan sukar untuk menghasilkan perlaksanaan dan penguatkuasaan berkesan dan pada suatu tahap boleh menimbulkan persoalan ketidak berkesanan atau liabiliti dalam konteks hubungan kontrak sosial dan undang-undang lazim. Dengan itu, garis panduan di peringkat Antarabangsa boleh membantu dalam pembentukan satu dasar dan garis panduan yang bersepadu dengan mengambil kira keperluan antarabangsa dan nasional agar Hak Asasi IDP boleh di berikan selaras dengan kehendak perundangan.

 

Dr. Rohani Abdul Rahim, Kamarudin Abu Bakar & Muhammad Afiq Ahmad Tajuddin

Fakulti Undang-undang

Universiti Kebangsaan Malaysia

Tel: 03-89216374

Email:rar@ukm.edu.my

Tags:
idp
internal development induced people
jabatan kebajikan masyarakat malaysia

3

Shares

A+

A-