General
Adakah Busker di Malaysia memerlukan lesen untuk membuat persembahan?
over 7 years ago khaliq[Artikel asal ditulis dalam Bahasa Inggeris. Click here for English version]
Ramai yang berpendapat bahawa kerjaya dalam bidang muzik, silap mata atau bidang seni lain yang serupa sama seperti membuat persembahan di stadium besar di hadapan jutaan penonton ibarat konsert Taylor Swift atau Shila Amzah; tetapi ada sebahagian yang hanya membuat persembahan di tepi-tepi jalan sekitar KL, di hadapan orang ramai lalu lalang - dipanggil "busking".
Busking adalah persembahan secara langsung, tidak kira persembahan muzik, tarian, mime ataupun pertunjukan silap mata yang dibuat di tempat awam. Di Malaysia, dipanggil Pemuzik Jalanan bagi buskers yang bermain alat muzik. Terdapat banyak sebab kenapa seorang artis bergiat dalam busking ini - oleh sebab mereka menikmatinya, untuk mengasah lagi bakat, mendapat lebih banyak kenalan dan juga sebagai kerjaya tetap bagi sesetengahnya!
Meskipun hanya anak-anak kucing adalah penonton anda. Imej dari BoredPanda.
Akan tetapi, ada yang dihalau dan ditahan. Mengapa?
Kerana, permit.
Umumnya, undang-undang berkaitan hiburan secara langsung ini adalah di bawah bidang kuasa negeri melalui pihak berkuasa perbandaran, tetapi tidak semua negeri mempunyai undang-undang terkait yang mengeluarkan pemit busking.
Kuala Lumpur merupakan yang terkecuali. Jadi, berdasarkan Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992 sebagai contoh, ia menyatakan
1) Definisi hiburan secara lansung (Seksyen 2):
“hiburan” termasuklah - (a) lakon, opera, pantomim, lakonan aneka ragam, persembahan muzik, nyanyian, tarian, gimnastik, pertunjukan seni mempertahankan diri, akrobat dan silap mata, pertandingan ratu cantik, tablo, pertunjukan, peragaan dan perarakan, yang didalamnya orang hidup mengambil bahagian...
2) Tiada bayaran dikenakan (Seksyen 2):
...di mana-mana tempat yang orang ramai dibenarkan masuk dengan atau tanpa bayaran wang atau balasan lain;
3) Dan paling mustahak, kehendak bagi mendapatkan lesen (Seksyen 4):
(1) Tiada seorang pun boleh mengadakan hiburan di mana-mana tempat hiburan melainkan Dato Bandar telah memberi - (a) suatu lesen berkenaan dengan hiburan tersebut...
Goldman yang terkenal di Jalan Bukit Bintang. Imej dari Flickr via Hiveminer.
Memandangkan masih belum jelas bagi sebahagian negeri, Persatuan Karyawan Malaysia Rasmi (Pertubuhan bukan kerajaan yang menyokong artis tempatan) menasihatkan supaya seorang performer itu mendapatkan kebenaran dari pihak berkuasa, dan/atau pemilik tempat yang akan dijadikan lokasi persembahan terlebih dahulu, jika tidak mahu ditahan dan dirampas alat-alat persembahan seperti yang berlaku terhadap Cikgu Man, seorang pemain saksofon dari Sungai Petani di bawah Seksyen 2 Akta Orang-Orang Papa 1977 yang menyatakan:
" “mengemis” ertinya apa-apa kelakuan yang dikira akan mendorong pemberian sedekah, sama ada atau tidak terdapat apa-apa perbuatan pura-pura menyanyi, bermain, berlakon, menawarkan sesuatu untuk jualan atau selainnya..."
Cikgu Man telah dibebaskan dengan amaran dan dikembalikan alat muziknya tidak lama setelah itu. Pastinya sambutan sedemikian bukan diharap-harapkan dari persembahan seorang artis. Haruslah menyemak semula dari pihak berkuasa perbandaran tempat itu jika berada di luar KL. Terdapat beberapa di bawah ini:
> > Johor Bahru | Subang Jaya | Klang | Nilai | Sungai Petani | Shah Alam | Kuantan
Harus mendapat kelulusan dari pemilik premis perniagaan
Terdapat kes di mana buskers dihalau dari premis perniagaan (mall atau kedai) walaupun mempunyai permit yang membolehkan mereka membuat persembahan/pertunjukkan di mana-mana tempat awam di KL. Ini bergantung kepada pemilik premis yang pada pendapat mereka tidak sesuai untuk buskers membuat persembahan di premis mereka kerana takut akan menimbulkan gangguan kepada pengunjung terutamanya pada hujung minggu atau jika adanya event berlangsung.
DBKL telah mengambil inisiatif untuk memohon permit dari lebih lagi lokasi komersial supaya buskers dapat membuat persembahan atau pertunjukan di situ. Antara beberapa lokasi yang "mesra" buskers:
- Jalan Bukit Bintang
- Lanai Seni, Jalan Tuanku Abdul Rahman
- Jalan berhampiran SOGO
- Jalan Mahkamah Persekutuan (laluan-laluan di tebing sungai)
- Jalan Petaling
- Taman awam milik DBKL
Di sini terdapat beberapa lagi pemilik premis perniagaan yang mesra buskers.
Bagaimanapun, mungkin ada yang anda tidak tahu tentang permit buskers dari DBKL ini...
Uji bakat dahulu sebelum dapat permit!
Ahli silap mata jalanan melakukan pertunjukkan di Jalan Alor. Imej dari The Star.
Memohon mendapatkan permit bukanlah semudah mengisi borang - anda harus menunjukkan bakat anda terlebih dahulu. Di Kuala Lumpur, DBKL mengadakan sesi uji bakat atau bengkel sekali setahun - biasanya pada hujung tahun. Untuk tahun ini (2017), bengkel tersebut akan diadakan pada bulan Disember. Borang permohonon boleh didapatkan di Jabatan Kebudayaan, Kesenian & Sukan DBKL (Menara DBKL 3), mulai bulan Oktober.
Tarikh, masa dan tempat untuk bengkel-bengkel seumpama ini akan diumumkan melalui beberapa grup artis jalanan di Facebook seperti Persatuan Karyawan Malaysia Rasmi, MY Buskers Club (MYBC), Yayasan Artis 1Malaysia dan Facebook DBKL sendiri.
Bengkel-bengkel ini biasanya menampilkan pemuzik-pemuzik ternama untuk membimbing buskers muzik menghasilkan karya bermutu seperti yang dilakukan Karyawan pada tahun 2015. Ini merupakan syarat sebelum diberikan permit. Dengan kata lain, DBKL tidak mahu anda membuat persembahan di tempat awam sekiranya anda tidak berbakat.
Permit busking ini juga dikeluarkan untuk pertunjukan lain seperti silap mata atau mime. Sebagai permulaan, anda boleh berdaftar dengan MYBC. MYBC sering mengadakan busking festival dan dari semasa ke semasa ahli-ahlinya dimaklumkan tentang permit dan undang-undang baru.
Bolehkah rakyat asing memohon permit?
Tidak, permit hanya dikeluarkan untuk rakyat tempatan sahaja buat masa sekarang.
Di dalam suatu perbualan telefon dengan Bahagian Setiausaha, Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan DBKL, rakyat tempatan sendiri sukar untuk memperoleh pendapatan daripada busking, jadi DBKL mengehadkan permit dikeluarkan hanya untuk rakyat tempatan. Tambahan pula, proses mendapatkan visa untuk rakyat asing tidak mudah.
Kesimpulannya: Dunia ini BUKANLAH suatu pentas!
Bertentangan dengan petikan popular (dan mengelirukan) Shakespeare, dunia ini bukanlah merupakan suatu pentas yang terbuka.
Sekiranya anda merancang untuk membuat persembahan di luar sana, tunggulah hingga bulan Disember. Setiap negeri berbeza penaltinya tetapi umumnya, busking tanpa pemit atau kebenaran akan dikenakan denda, anda akan ditahan dan alat-alat persembahan/pertunjukkan besar kemungkinan akan dirampas.