General, Traffic
Jika kemalangan dengan kereta polis, automatik salah korang ke?
over 6 years ago Emma
[Artikel ini diterjemah dari Bahasa Inggeris. Click here for English version]
Sekiranya sebelum ini korang pernah mengalami kemalangan langgar bumper ketika memandu, korang mungkin tahu prosedur – menilai kerosakan pada kereta, menentukan siapa yang bersalah, bertukar maklumat, dan cuba selesaikannya di balai polis untuk tuntut insurans atau ‘settle tepi’ je.
Tapi macam mana kalau korang tengah drive waktu jammed dan tiba-tiba ada kereta cuba mencelah-celah ke hadapan dan tetiba korang terdengar… satu dentuman yang kuat! Tapi bila korang toleh je kat cermin, rupa-rupanya tu kereta polis?
Ok first sekali, ‘settle tepi’ je lah. Tapi kalau korang nak tahu, cara macam ni tak diiktiraf di sisi undang-undang sama ada dengan kereta polis ataupun kereta biasa. So kalau terjadi macam ni, apa yang perlu korang buat?
Mula-mula korang kena buat polis report
Kalau kemalangan tu merupakan langgar biasa di mana hanya kenderaan je yang rosak, first sekali korang kenalah buat laporan polis. Dan seperti biasa lah, korang akan bertukar-tukar maklumat dengan pemandu tersebut (ambil gambar lesen kereta / IC / ID lencana) dan membuat laporan dalam masa 24 jam. Lagi bagus kalau korang pun turut ambil beberapa keping gambar sebagai bukti.
[UNTUK BACAAN LANJUT: If you hit a car from behind, are you automatically wrong?]
Sekiranya korang didapati bersalah, korang akan dikenakan denda RM300 kerana menyebabkan kemalangan dan tuntutan akan dibuat terhadap insurans korang.
Tapi sekiranya pihak lain yang bersalah, topik ni dah mula jadi menarik…
Bagi kereta polis, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi ada menyatakan pada 2017 bahawa semua kenderaan yang dimiliki oleh pasukan polis TIDAK dilindungi oleh insurans. Sebaliknya, apa yang perlu korang lakukan adalah membuat laporan polis dalam masa 24 jam, dan membuat tuntutan kepada kerajaan untuk pampasan.
"Polis tidak akan membayar apa-apa pampasan atau kos pembaikan kenderaan kepada pihak ketiga jika mereka terbabit dalam kemalangan jalan raya ... Walau bagaimanapun tuntutan boleh dibuat kepada kerajaan bagi kos atau pampasan yang berkaitan ... Setiap kemalangan yang melibatkan kerajaan kenderaan akan dirujuk kepada penasihat undang-undang untuk mengkaji kemungkinan kerajaan membayar kerugian yang ditanggung oleh kemalangan itu. "- Datuk Seri Zahid Hamidi, dipetik dari The SunDaily, diterjemah oleh ASKLEGAL
Ok ini adalah untuk kemalangan-kemalangan kecil, tapi macam mana kalau ia merupakan kemalangan yang serius di mana korang turut mengalami kecederaan?
Korang boleh saman kerajaan, bukan pemandu tersebut!
Kalau korang nak tahu, kereta polis adalah tertakluk di bawah kategori "Kenderaan Kerajaan" yang secara ringkasnya merujuk kepada kenderaan yang dibeli oleh kementerian Malaysia untuk kegunaan rasmi. Ini termasuk kereta rasmi Menteri atau kereta royalti termasuklah juga beberapa kenderaan peronda polis yang lain seperti motosikal dan balai polis bergerak, kereta bomba, dan juga ambulans. Walau bagaimanapun, tidak semua ambulans adalah milik kerajaan:
[UNTUK BACAAN LANJUT: 5 things you need to know if you get into an accident with an ambulance]
Jadi katakanlah kereta polis tu dah langar korang dan korang disahkan oleh doctor akan mengalami sakit belakang sepanjang hayat akibat kemalangan tersebut; dan korang pun memutuskan untuk menuntut ganti rugi.
Tapi korang tahu tak yang sebenarnya, korang tak boleh saman pemandu kereta polis tersebut tau. Sebaliknya, tuntutan korang tu adalah terhadap Kerajaan Malaysia.
Tertakluk dalam Seksyen 5 Akta Prosiding Kerajaan 1956 (tiada terjemahan rasmi, terjemahan oleh ASKLEGAL):
Maksudnya disini ialah, jika terdapat mana-mana pegawai yang melanggar korang sewaktu mereka sedang bertugas pada masa kemalangan itu, tuntutan akan dibuat kepada majikannya iaitu Kerajaan Malaysia. Tapi sekiranya sewaktu itu mereka bukan dalam tugasan, korang akan menyamannya sebagai individu. Korang boleh baca lebih lanjut disini:
[UNTUK BACAAN LANJUT: If a worker hurts you by accident, do you sue him or his boss?]
Seorang anggota polis sering dianggap sedang bertugas apabila diperlukan untuk bertindak sedemikian; ini bermakna apabila mereka berada dalam sebuah kereta rondaan, mereka tetap akan dianggap bertugas walaupun siren tidak dihidupkan.
Seksyen 19 Akta Polis 1967 - 'Pegawai polis hendaklah disifatkan sebagai bertugas':
Tapi sebelumlah korang merempuh keluar rumah mencari lawyer untuk sue kerajaan untuk kemalangan yang berlaku 15 tahun dahulu...
Terdapat had masa untuk korang saman kerajaan (dan sebaliknya)
Di mahkamah sivil Malaysia, ada sesuatu yang dipanggil "tempoh had masa" (limitation period) yang membataskan berapa lama korang perlu menyaman seseorang. Walaupun terdapat pengecualian, biasanya tempoh yang diberikan hanya 6 tahun dari masa kejadian berlaku. Maksudnya disini ialah, jika korang menyaman seseorang selepas 7 tahun kejadian, berkemungkinan besar yang hakim tidak akan melayan tuntutan korang tu.
[UNTUK BACAAN LANJUT: Is there a time limit for you to sue someone in Malaysia?]
Tetapi apabila datang kepada pihak berkuasa kerajaan, mereka mendapat kelebihan yang dikenali sebagai PAPA.
PAPA dalam kes ini tidak merujuk kepada daddy atau ayah ye. Tetapi ianya ialah Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 yang menyatakan bahawa korang hanya mempunyai tempoh 3 tahun untuk membawa kerajaan ke mahkamah.
Seksyen 2(a) Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 (sebahagian):
Walau bagaimanapun, ini tidak berfungsi bila situasinya terbalik, jadi kerajaan masih mempunyai 6 tahun untuk membawa korang ke mahkamah.
Korang akan didenda sekiranya menggangu polis sedang bertugas!
Seperti yang kita semua tahu, mana-mana kereta yang memandu secara laju dan melanggar kenderaan korang, dia lah yang merupakan pesalahnya! Namun undang-undnag ini tidak boleh diguna pakai sekiranya yang langar itu adalah kereta polis
Gagal memberi jalan - atau lebih teruk, menyebabkan kemalangan - kepada kenderaan polis yang sedang bertugas (dalam konteks apabila mereka menghidupkan siren dan lampu strop) boleh menyebabkan korang dihukuman penjara sehingga dua tahun dan / atau denda sehingga RM10,000 di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan (Tiada terjemahan rasmi):
Tak cukup dengan tu, korang juga mungkin menghadapi risiko lesen ditarik atau dibatalkan di bawah Sistem Poin KEJARA Demerit JPJ. Kegagalan untuk "memberi keutamaan kepada ambulans, ahli bomba, polis, adat, atau Jabatan Transaksi Jalan kereta (dengan siren)" akan menjatuhkan anda 8 mata demerit. Untuk rujukan, sistem ini berfungsi pada peringkat 20 titik, dengan penggantungan 6-8 bulan apabila terkumpul 40 mata. Klik di sini untuk FAQ JPJ mengenai sistem, dan di sini untuk senarai kesalahan titik demerit.
Walaupun kemalangan kadang-kadang tidak dapat dielakkan, terutama jika berlaku pengejaran polis; ia sentiasa menjadi idea yang baik untuk mengetahui persekitaran korang semasa memandu dan untuk membuat perjalanan apabila perlu - bukan hanya untuk kenderaan polis tetapi kenderaan kecemasan seperti trak kebakaran dan juga ambulans. Dan korang juga tak berhak untuk menggunakan lorong kecemasan kecuali ada kecemasan!
[UNTUK BACAAN LANJUT: If you illegally drive on the emergency lane and get hit, who’s wrong?]
This article is for informational purposes only and should not be taken as legal advice. Every situation is unique and dependent on the facts (ie, the circumstances surrounding your individual case) so we recommend that you consult a lawyer before considering any further action. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.
Tags: