Civil, General
Boleh ke kita rakam polis bila diorang tahan kita dekat sekatan jalan raya?
over 5 years ago Azar Ishak
Artikel ini diterjemahkan dari bahasa Inggeris. For the English version, click here.
Boleh dikatakan, bila kita nak buktikan sesuatu atau nak guna sesuatu yang boleh dijadikan bukti, benda pertama yang kita buat adalah ambil phone dan mula rakam atau tangkap gambar. Benda inilah yang paling mudah dibuat untuk simpan bukti yang akan sokong dakwaan kita nanti. Kalau korang rasa dalam keadaan masalah atau bahaya, korang juga mungkin akan rakam kejadian yang jadi, supaya korang boleh buat laporan nanti.
Sejak dua menjak ni, kitorang sebenarnya ada dapat soalan yang tanya sama ada merakam anggota polis yang tahan korang dekat highway atau sekatan jalan raya tu salah di sisi undang-undang? Kitorang pun ditanya sama ada anggota polis dibenarkan atau tak suruh korang berhenti dari merakam. Tapi, sebelum kita tengok perkara ni dengan lebih mendalam lagi, mungkin bagus juga untuk korang tahu yang…
Tak ada undang-undang yang larang korang rakam sesiapa di tempat awam
Sebenarnya, tak ada undang-undang di Malaysia ni yang menghalang seseorang tu dari tangkap gambar atau rakam video orang lain di tempat awam. Tapi dalam masa sama, dah jelas dan terang yang korang tak boleh ambil gambar berunsur lucah atau apa-apa yang boleh menjejaskan reputasi seseorang. Bagaimanapun, undang-undang tak ada halangan untuk korang ambil gambar/rakam orang di tempat awam. Disebabkan tak ada larangan, dengan kata lain, korang boleh merakam seseorang tu selagi korang tak bertindak melampaui batas.
Seksyen 509 Kanun Keseksaan menyatakan:
Jadi, kalau korang ambil gambar atau video yang ada unsur tak baik atau lucah terhadap seseorang, ia satu kesalahan serius dan korang mungkin boleh dipenjara 5 tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.
Tapi, macam mana kalau seseorang tu dah menyakiti kita secara lisan/fizikal atau bagi ancaman kepada kita? Korang mesti nak rakam diorang untuk dijadikan bahan bukti bila buat laporan polis nanti kan? Sekali lagi, undang-undang tak kata apa-apa pasal ni. Jadinya, tak ada halangan untuk korang dari merakam seseorang dalam kes yang macam ni. Dengan syarat, korang tak mengganggu privasi seseorang tu atau buat rakaman berunsur tak baik terhadap diorang.
Ia bukan hanya melibatkan seseorang yang mengambil gambar/video orang lain yang tak sesuai. Tapi ia juga termasuk kalau korang stalk seseorang dan ambil gambar dia. Itu pun dianggap sebagai gangguan dan pastinya TAK BOLEH sama sekali.
[BACA LAGI: Can you legally stop someone from taking photos of you in Malaysia?]
Polis tak terkecuali dari benda ni
Walaupun polis biasanya dilihat sebagai pihak berkuasa yang lebih tinggi, tapi tak ada undang-undang yang menghalang korang daripada merakam diorang. Jadinya, kalau korang ditahan masa sekatan jalan raya atau dekat mana-mana je dengan polis, dan korang rasa tindakan tu tak wajar, korang boleh rakam segala percakapan/urusan korang dengan pegawai polis tu. Bagaimanapun, benda ni tertakluk dengan tiga syarat ni:
Kalau pegawai polis tu menjalankan siasatan atau tengah buat sesuatu yang penting, korang tak patut rakam diorang kalau ia boleh mengganggu keseluruhan siasatan. Kalau rakaman boleh mengganggu pegawai berkenaan daripada menjalankan tugasnya, dia ada hak untuk minta korang berhenti dari merakam.
Sebagai contoh, kalau korang ditahan pada lewat malam dan pegawai polis tu nak periksa kereta korang, korang tak boleh halang diorang dari buat begitu dan tindakan korang yang merakam tak boleh mengganggu proses pemeriksaan. Kalau korang ganggu juga, diorang boleh minta korang berhenti dari merakam.
Daripada keluarkan phone korang dan terus rakam polis tu, cara yang lebih baik adalah maklumkan dulu yang korang nak rakam perbualan antara korang dan diorang. Cara ni lebih baik dan berbudi bahasa. Walaupun, korang tak perlukan kebenaran daripada diorang, tapi lebih bagus kalau korang bertindak sopan.
Kabanyakan video melibatkan pegawai polis ni muncul kat media sosial dan dari situ jugalah kita tahu pasal benda ni. Korang juga mungkin nak kongsikan video yang korang rakam dekat akaun media sosial korang. Tapi kalau korang nak buat macam tu, sebaiknya perkongsian tu tak ada sebarang komen.
Menambah apa-apa ulasan atau kesimpulan yang lain mungkin akan timbulkan masalah kepada korang dan korang mungkin akan dianggap sebagai dah memfitnah pihak polis. Jadi, kalau korang kongsi, pastikan apa yang dikongsi tu adalah fakta tentang apa yang sebetulnya terjadi.
Jadi, katakanlah yang korang dah ditahan dan korang rasa ia tak wajar, dan korang pun rakamlah keseluruhan kejadian tu. Korang mungkin akan tanya…
Boleh ke rakaman digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah?
Cubalah kita bayangkan senario ni, ada seorang pegawai minta korang bagi rasuah atau dakwa korang buat benda yang korang tak buat. Dalam kes macam ni, korang mesti nak laporkan perkara ni kepada pihak berkuasa kan? Tapi dalam masa sama, korang kena juga ada beberapa bukti supaya korang ada kes kuat terhadap polis yang dituduh.
Jadi soalannya, kalau korang ada rakaman yang polis tu minta rasuah, boleh ke korang gunakannya di mahkamah? Untuk jawab soalan ni, kita kena tengok Akta Keterangan 1950.
Seksyen 3 dalam akta tu mengatakan, apa saja “dokumen” boleh digunakan sebagai keterangan di mahkamah.
Tapi, apa sebenarnya "dokumen"? Bahagian 3 juga menyatakan:
Jadi, pada dasarnya, apa-apa rakaman, sama ada audio atau visual, mahupun imej masih dianggap sebagai bukti yang boleh dibawa ke mahkamah.
Bagilah kerjasama kepada abang dan akak polis kita
Ya betul, mahkamah akan terima rakaman sebagai keterangan bukti yang boleh digunakan di mahkamah. Tapi, korang semua mesti ingat, bila korang rakam percakapan dan urusan korang dengan pegawai polis, pastikan korang tetap sopan dan berbudi bahasa. Sebab, kalau korang berkelakuan kasar terhadap anggota polis, korang mungkin boleh dianggap membawa ancaman keselamatan kepada diorang. Jadi ingat, selalulah bersikap berhemah dan mesra.
This article is for informational purposes only and should not be taken as legal advice. Every situation is unique and dependent on the facts (ie, the circumstances surrounding your individual case) so we recommend that you consult a lawyer before considering any further action. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.
Tags: