Property
Kita boleh kena penjara atau denda kalau tinggalkan rumah kosong terlalu lama?
almost 4 years ago Azar Ishak
[Click here for the English version]
Pada suatu hari, korang dapat panggilan daripada Majlis Perbandaran di satu daerah ni. Rupa-rupanya, korang ada rumah di kawasan tu yang dah bertahun korang tak diduduki. Pihak Majlis Perbandaran kemudiannya beritahu yang korang kena denda sebab tinggalkan rumah tu kosong terlalu lama. Mereka juga kata –disebabkan rumah tu ditinggalkan terlalu lama, kawasan rumah tu dah penuh dengan semak samun sampaikan ada yang masuk ke kawasan rumah jiran. Malah, siap ada ular yang menyorok di semak samun tu, sampaikan dilihat boleh mengancam keselamatan jiran-jiran lain.
Mungkin apa yang kami beritahu ni sangat jarang didengar dan berlaku di sekeliling kita. Malah, ada je kita nampak rumah-rumah yang lama terbiar dan ditinggalkan macam tu je. Sebenarnya, rumah terbiar ni boleh menimbulkan risiko juga sebab ia mungkin boleh menimbulkan rasa kurang selamat jiran-jiran dan mengganggu kualiti hidup mereka. Kerana itulah korang boleh dapat masalah kalau tingalkan rumah kosong terlalu lama.
Majlis Perbandaran ada hak untuk ambil tindakan terhadap anda
Sebenarnya, memang dah termaktub dalam undang-undang yang pihak berkuasa tempatan ada hak untuk menghukum mereka yang meninggalkan rumah mereka kosong dan terbiar. Seksyen 74, Akta Kerajaan Tempatan 1976 menyatakan:
Dengan kata lain, undang-undag ni memberitahu bahawa mana-mana pemilik rumah yang membiarkan rumah mereka dalam keadaan kotor boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara 6 bulan atau kedua-duanya sekali. Malah, ada tambahan denda sebanyak RM100 untuk setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabit kesalahan.
Korang juga mungkin perasan dengan kata kunci rumah dalam 'keadaan kotor dan tidak baik'. Makanya di sini, hukuman tu juga boleh dikenakan terhadap orang yang tinggal di rumah tu dan tak semestinya rumah tu kena kosong. Kalau korang ada baca berita baru-baru, ada satu kes di Simpang Pulai, Perak pasal seorang warga emas ni yang kumpul banyak sampah depan rumah sampai buatkan jiran-jiran rasa rasa tak selesa. Hal tu dah membuatkan jiran-jiran buat aduan kepada polis dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Cumanya, warga emas tu tak didakwa sebeb dia dipercayai menghidapi masalah mental.
Tapi, untuk artikel ni kami akan fokus kepada rumah kosong yang dibiarkan kotor dan tak terurus sehingga mengganggu orang sekeliling. Seperti mana yang dinyatakan di awal tadi, isu yang berbangkit sekarang ni adalah berkenaan dengan masalah rumah yang ditinggalkan kosong tanpa penghuni. Sebagai contoh, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dah menguatkuasakan undang-undang ini di kawasan mereka, malah ada menubuhkan sebuah pasukan petugas yang akan mengenal pasti dan menangani rumah yang ditinggalkan.
Undang-undang ini digunakan bagi membenarkan orang lain tinggal di tanah anda
Perkara ni mungkin lari sikit dari apa yang kita nak bincangkan, tapi sebenarnya ia ada kaitan juga dengan isu ni. Bila British datang ke negara kita, ada satu undang-undang yang dipanggil sebagai ‘adverse possession’. Ironinya, undang-undang tu datang dari Britain, tetapi mereka jugalah yang telah memansuhkan undang-undang tersebut. Pada dasarnya, undang-undang ini membenarkan seseorang mengambil alih tanah korang dan secara sah menjadikan tanah tu miliknya, kalau korang membiarkannya kosong untuk masa yang lama.
Perkara ni bermula pada Zaman Pertengahan, bila mana keadaan ekonomi masa tu merosot sehingga membuatkan ramai yang hilang tempat tinggal, tapi dalam masa sama ada banyak tanah yang dibiarkan kosong. Orang-orang ni kemudiannya tinggal di tanah-tanah tu, dan akhirnya menjadikan tanah-tanah tu milik mereka. Pihak berkuasa lepas tu membiarkan orang-orang ini ambil tanah-tanah tu jadi milik mereka, sebab mereka telah menjaganya dengan baik dan pemilik asal pula memang tak kisah lagi dengan tanah berkenaan.
Undang-undang ni kemudianya sampai ke Tanah Melayu, tapi lepas tu dimansuhkan – terutamanya selepas wujudnya Kanun Tanah Negara. Ada juga pihak yang cuba tuntut pemilikan tanah seperti sebelumnya, tapi mahkamah menolak tuntutan mereka. Menariknya, undang-undang ni masih wujud di UK sampai sekarang, cuma kegunaannya agak berbeza dengan yang masa lalu.
Pada masa dulu, seseorang yang tinggal di tanah orang lain selama 12 tahun secara berterusan boleh mengambil tanah itu sebagai miliknya. Sekarang, tinggal di situ saja masih tak cukup, untuk tuntut tanah itu sebagai milik mereka. Sebaliknya, mereka kena buktikan yang mereka dah lakukan banyak perkara sehingga boleh membuatkan tempat itu jadi rumah mereka (contohnya: melengkapkan kelengkapan rumah dengan lebih sempurna, menghabiskan wang yang banyak untuknya dan sebagainya).
Namun di Malaysia, undang-undang kita sekarang ni tak membenarkan kita tinggal di tanah orang lain dan buatnya macam kita yang punya. Maka, sebab itulah kita boleh dapat masalah kalau tinggalkan rumah kosong tanpa diselenggara dengan baik.
Jiran boleh saman anda kerana kacau ganggu
Sebelum ni, kami ada tulis artikel pasal saman jiran sebab biarkan ranting pokok masuk dalam kawasan rumah kita. Kisahnya macam ni, kalau ranting atau dahan pokok jiran A masuk ke kawasan rumah jiran B. Jiran B ada hak untuk cantas ranting/dahan yang masuk ke kawasan rumahnya anpa minta izin dengan jiran A. Selain tu, undang-undang juga membenarkan jiran B untuk saman jiran A kerana kacau ganggu persendirian. Jadinya, kalaulah korang tinggalkan rumah korang tu bertahun lamanya dan pokok-pokok yang ada di situ dah masuk ke kawasan rumah jiran, mereka boleh saman korang. Cumanya, mereka kena buktikan bahawa:
Jadinya, kalau korang tinggalkan rumah dalam keadaan tak terurus dan ia boleh menggangu kehidupan orang lain, korang mungkin akan dapat tindakan undang-undang. Makanya, perkara asas yang kita kena tahu adalah – bila kita ada tanah/hartanah ia adalah tanggungjawab kita untuk menjaganya dengan baik dan tak mengganggu orang lain. Jika kita gagal berbuat demikian, selain kena saman dengan jiran – kita juga berisiko menerima tindakan undang-undang daripada pihak berkuasa tempatan.
[BACA LAGI: Dengan 3 syarat ni, kerajaan Malaysia boleh ambil tanah dan hartanah anda secara sah]
This article is for informational purposes only and should not be taken as legal advice. Every situation is unique and dependent on the facts (ie, the circumstances surrounding your individual case) so we recommend that you consult a lawyer before considering any further action. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.
Tags: