Asklegal
Home banner 55fc

Civil

Jika kereta anda mengalami kerosakan atau dicuri di parkir valet… Siapa bayar?

over 7 years ago Khaliq

1

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


[Artikel asal ditulis dalam Bahasa Inggeris. Click here for English version]


Pernahkah anda terfikir: Semasa meletakkan kereta anda di parkir valet, anda menyerahkan kunci kepada orang yang anda tidak kenali langsung di mana ia akan menyerah kembali kunci tersebut kepada sesiapa yang mempunyai tiket parkir (biasanya kita) dan bayar tanpa mengetahui identiti ‘pemilik’ kereta itu.

Bagaimana sekiranya kereta anda dirosakkan oleh seseorang yang tidak anda ketahui? Atau kereta anda dicuri oleh orang lain yang menjumpai tiket parkir anda?

Pasti anda mahu mengetahuinya lebih lanjut, bukan? Jika ya, ini menunjukkan anda merupakan seseorang yang tidak mengambil remeh tentang hal ini. Kereta anda kemungkinan boleh dirosakkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab atau lebih teruk, dicuri. Kereta mewah Mercedes kepunyaan seorang ahli perniagaan telah dicuri di parkir valet di sebuah mall; rakaman CCTV menunjukkan si pencuri bercakap-cakap dengan operator valet, mengambil kunci yang diserahkan, dan memandu pergi dengan begitu sahaja.

Kereta mewah idaman..Jadi langkah selanjutnya..? Imej dari carsifu.my


Jadi, siapa yang bertanggungjawab?

Bergantung kepada keadaan, anda boleh menuntut pampasan daripada 4 pihak ini:

1. Valet yang memandu kereta anda

2. Syarikat valet itu

3. Operator bangunan; atau

4. Pihak ketiga yang merosakkan/mencuri kereta anda

AskLegal menemuramah seorang peguam korporat untuk mengulas lebih lanjut mengenai perkara ini.

Memandangkan operator bangunan tidak selalunya terlibat (melainkan jika kereta dihempap bumbung bangunan!), dan pihak ketiga biasanya telah melarikan diri (Tetapi masih boleh dipertanggungjawabkan bergantung kepada fakta kes), dua pihak ini tidak termasuk dalam perbincangan artikel. Adalah lebih baik jika anda berunding dengan peguam terlebih dahulu!


Syarikat valet itu bertanggungjawab jika operator valet cuai

Imej dari shaditayari.

Misal kata operator valet itu hilang kawalan semasa memandu kereta anda dan melanggar pokok. Sudah pasti anda berasa marah dan kemungkinan operator tersebut tidak mampu membayar gantirugi, tapi ini tidak mengubah kenyataan di mana seseorang itu telah merosakkan kereta anda! Anda harus ke mana dalam situasi seperti ini?

Inilah liabiliti gantian (vicarious liability) – suatu syarikat/majikan itu bertanggungjawab ke atas kakitangan-kakitangannya. Mungkin ada yang tertanya-tanya: kenapa orang lain yang harus menanggung beban kesalahan yang dilakukan oleh operator valet? Rasionalnya seperti dalam kes I.C.I v Shatwell [1965] AC (685), yang menyebut:

“Majikan yang (kemungkinan untuk manfaat sendiri) menggaji pekerjanya, dan (kemungkinan) mampu untuk memperbaiki kesalahan/kerosakan yang terjadi di mana datang dari pekerjanya bagi kesemua jenis tort yang dilakukan“

Dengan kata lain, syarikat-syarikat yang menggaji pekerja-pekerjanya untuk bekerja (memberi keuntungan) dengannya, dan yang mempunyai modal yang lebih besar, mampu untuk ‘menuntut bela’ ke atas kerugian/kesalahan yang dilakukan oleh kakitangannya. Jadi, mereka harus betanggungjawab juga.

Mungkin ada yang bertanya, kenapa harus sampai dibawa ke mahkamah? Memang hilang No Claim Discount, tetapi bukankah lebih mudah jika menuntut pampasan daripada syarikat insurans?


Insurans kereta biasa tidak melindungi kerosakan atau kecurian melalui perkhidmatan valet

Ini bergantung kepada polisi insurans anda tetapi biasanya anda tidak dapat menuntut pampasan dari syarikat insurans tersebut oleh sebab anda menyerahkan kunci kepada pihak ketiga atas kehendak sendiri.

Syarikat-syarikat valet pastinya tidak mahu mangambil risiko terlibat dalam kejadian seumpama itu. Jadinya, perlindungan ke atas kereta anda belum tentu terjamin.

Imej dari Safety Supply Warehouse.

Kebanyakan syarikat valet ini menggunakan klausa pengecualian untuk tidak terbabit dalam masalah. Sebab itu kita sering melihat papan tanda yang bertulis “park at your own risk, the management will not be liable for any loss or damage caused” di tempat letak kereta. Menurut seorang peguam ketika ditemui, menerangkan bahawa:

"Seberapa besar tanggungjawab itu bergantung kepada seberapa besar klausa pengecualian yang dirangkumi. Ini tegas ditafsirkan dan bila disesuaikan dengan peraturan 'contra-profarentum' - iaitu klausa yang tidak jelas diterangkan akan diintepretasikan sebaliknya terhadap suatu majikan/syarikat yang mengeluarkan klausa itu." - Peguam Korporat, ketika ditemuramah oleh ASKLEGAL

Peraturan contra-profarentum melindungi pengguna dari syarikat yang cuba untuk menyisihkan liabiliti terhadap banyak hal, dan syarikat berkenaan akan dipertanggungjawabkan dalam kesemua perkara yang tidak terangkum. Ambil contoh pernyataan, "pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab ke atas kerugian/kerosakan terhadap kereta anda". Ini tidak merangkumi kenderaan lain seperti motosikal. Bagaimana jika kerosakan itu berlaku akibat banjir atau dicuri misalnya? Melalui peraturan contra-profarentum, pihak pengurusan akan dipertanggungjawabkan jika berlaku hal-hal sedemikian.

Suatu kontrak telah termeterai dengan syarikat valet sekiranya anda menggunakan perkhidmatan valet. Tersiratnya, mereka akan berusaha sewajarnya memastikan kereta anda selamat ketika berada di bawah pengawasan mereka. Jika anda sesuaikan dengan peraturan contra-profarentum, syarikat valet itulah yang bertanggungjawab melainkan jika syarikat itu dengan jelas menyatakan bahawa mereka tidak bertanggungjawab ke atas kesalahan yang dilakukan oleh kakitangan mereka.


Cara-cara menghadapi 3 senario biasa kerosakan kereta

Imej dari Consumer Recovery Network.

Melalui tuntutan mahkamah. Siapa dan untuk apa anda saman. Menurut peguam yang ditemuramah:

“Terdapat dua sebab tindakan boleh diambil. Salah satunya melalui kontrak (cth: perlanggaran kontrak) dan satu lagi melalui tort (cth: kecuaian).”

[Back lebih lanjut: Did you know you can be taken to court for something that is NOT a crime?]

[Baca lebih lanjut: 10 things to know when signing a contract]

Sekiranya kereta anda mengalami kerosakan atau dicuri…

Dalam hal ini, tergantung pihak mana yang menyebabkan kerosakan atau kecurian. Adakah operator valet cuai semasa memandu kereta anda? Adakah kereta dicuri disebabkan operator valet lupa untuk mengunci kereta? Jadi syarikat valetlah yang harus bertanggungjawab ke atas hal-hal tersebut. Anda harus mencatat nama operator dan syarikat valet berkenaan semasa membuat saman.

Jika sekiranya kereta anda mengalami kerosakan disebabkan bumbung tempat parkir runtuh atau pegawai keselamatan mengabaikan tanggungjawabnya, haruslah anda berunding dengan operator bangunan tempat parkir itu. Dengan itu, tiada alasan untuk mereka tidak bertanggungjawab ke atas musibah yang berlaku terhadap anda, bergantung kepada klausa pengecualian mereka.

Sekiranya kemalangan disebabkan operator valet…

Sudah tentu operator valet salah dan syarikat valet yang harus dipertanggungjawabkan atas kesilapan operator valet. Sekali lagi, catatlah nama operator dan syarikat valet berkenaan semasa membuat saman.

Sekiranya jika terdapat pemandu lain yang melanggar kereta anda di valet…

Jika operator valet meletakkan kereta anda di tempat yang betul dan selamat (cth: mereka tidak meletak kereta anda dengan cara atau di tempat yang akan dilanggar oleh pemandu lain), jadi adalah menjadi tanggungjawab pemandu yang melanggar kereta anda itu. Akan tetapi jika sekiranya langgar lari, menjadi sukar untuk mengesan si pelanggar itu, anda boleh meminta rekod dari rakaman CCTV yang terpasang dari operator bangunan. Jika mereka menolak, anda boleh meminta bantuan dari “Norwich Pharmacal” order, di mana mereka boleh diminta memberi rekod yang dapat membantu dalam siasatan.


Servis Valet seumpamanya meminjam kereta anda untuk tujuan simpanan

Dengan kata lain, kereta anda berada di luar kawalan anda untuk sementara waktu. Beberapa cara boleh diambil sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko terjadinya hal-hal yang tidak diingini. Sama ada anda sendiri yang meletakkan kereta anda atau melalui perkhidmatan valet, anda masih boleh mangambil langkah seperti tidak meninggalkan barang-barang berharga di dalam kereta, mengunci kereta dan meletakkan kereta di tempat yang tidak berbahaya (seperti di tapak pembinaan).

Tags:

1

Shares

A+

A-