Asklegal
Home banner 014a473d 2e9b 4e49 b88e ae2d0450bd9b

General

Boleh ke kita gugurkan perkataan 'bin' atau 'binti' dalam kad pengenalan?

almost 4 years ago Azar Ishak

67

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


[Click here for the English version]

Selama kita hidup ni, memang setiap dari kita (Melayu-Islam) akan ada satu persamaan, iaitu mempunyai perkataan ‘bin’ atau ‘binti’ dalam nama. Untuk masyarakat India pula, mereka akan ada perkataan ‘a/l’ (anak lelaki) atau ‘a/p’ (anak perempuan) dalam nama mereka. 

Bagaimanapun, muncul juga persoalan di kalangan masyarakat sama ada wajib atau tak untuk letak perkataan-perkataan ni dalam kad pengenalan (MyKad). Jadinya, kami buat kajian untuk tahu lebih pasal perkara ni. Menariknya, dari kajian kami tu, rupa-rupanya letak perkataan ni bukanlah wajib atau keperluan yang perlu dipatuhi. 

Ini kerana, dalam keadaan tertentu – kita sebenarnya boleh gugurkan perkataan-perkataan ni dalam MyKad

 

Kita boleh pilih untuk tak mahu letakkannya dalam nama

Contoh MyKad yang tak ada bin atau a/l.

Untuk menjawab persoalan ini, kita mungkin boleh rujuk satu kenyataan daripada Kementerian Dalam Negeri pada 2017. Melalui kenyataan tu, dimaklumkan bahawa menambah perkataan a/l dan a/p dalam nama adalah perkara biasa yang dilakukan oleh ibu bapa berbangsa India. Akan tetapi, ia bukanlah kewajiban. Ini bermakna, ibu bapa India boleh memilih sama ada nak letak atau tak mahu letak perkataan itu dalam nama anak mereka di sijil kelahiran.

Bagaimanapun, disebabkan perkara itu menjadi kebiasaan sejak sekian lama – pihak JPN akan dapatkan pengesahan dulu dari ibu bapa sama ada mereka nak gunakannya atau tak. 

Begitu jugalah kepada masyarakat Melayu-Islam yang mana ibu bapa boleh menggugurkan perkataan bin atau binti pada sijil kelahiran anak mereka. Walaupun begitu, ia taklah berlaku secara automatik, sebabnya masih ada proses memilih

Bila mana seseorang kanak-kanak Islam itu dilahirkan, ibu bapa akan diberikan draf sijil kelahiran untuk mereka isi. Biasanya, anak tu nanti akan dapat bin/binti dalam sijil. Untuk menggugurkan perkataan itu, ibu bapa kena buat permintaan dengan pendaftar, sekiranya mereka ada sebab yang munasabah untuk berbuat demikian. 

 

Apa sebab yang munasabah gugurkan perkataan ‘bin’ dan ‘binti’?

Imej dari Pesona Pengantin.

Untuk dapatkan pencerahan, pihak kami pun hubungi JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) dan menurut jurucakapnya – permintaan menggugurkan perkataan bin dan binti ni selalunya dilakukan oleh mereka yang nak berhijrah ke luar negara. Sebabnya, sistem penamaan di negara-negara bukan Islam selalunya menggunakan nama keluarga dan bukannya nama bapa mereka. 

Ada juga kes di mana terdapat perkahwinan campur antara seorang wanita Muslim dan seorang mualaf. Kalau mualaf tu memilih untuk tetap menggunakan namanya, ibu bapa mungkin akan memilih untuk anak mereka mempunyai nama belakang si bapa.

Ada juga yang buat keputusan tu kerana pilihan peribadi. Bila kami cuba cari apa yang ada atas talian, ada satu cerita di Reddit ni di mana terdapat orang Melayu-Islam yang tak ada bin atau binti dalam nama mereka. Namun begitu, disebabkan mempunyai bin/binti memang dah jadi kebiasaan, akan ada perasaan nak tahu di kalangan masyarakat kenapa mereka pilih untuk tak mahu letak bin/binti. 

Contohnya, mungkin ada segelintir masyarakat yang sangka orang tak ada bin/binti sebagai anak luar nikah. Di Malaysia, anak luar nikah tak boleh ada berbin atau berbintikan nama ayah kandung mereka. Dalam kebanyakkan kes – mereka ni akan dibin/bintikan Abdullah. Jadinya, walaupun kanak-kanak tadi tu sah taraf – memilih untuk tak mahu letak bin/binti mungkin boleh mendatangkan fitnah atau khabar angin yang tak baik

Seperkara lagi, mempunyai nasab (bin atau binti) juga akan memudahkan keadaan. Ini kerana, nasab sangat penting dalam perundangan syariah, terutamanya dalam hal faraid (pewarisan harta). 

[BACA LAGI: Kanak-kanak dengan nama "Bin Abdullah" mungkin tak perlu gunakannya lagi selepas ni]

 

Kita boleh mohon untuk ia digugurkan dari MyKad 

Imej dari Harian Metro.

Jika korang masih nak gugurkan perkataan bin, binti, a/l atau a/p dari MyKad atau MyKid anak, ini dia tatacaranya:

  1. Dapatkan surat sumpah: Pergi ke pesuruhjaya sumpah untuk buat pengisytiharan yang korang nak perkataan tu digugurkan dari nama sendiri atau nama anak. Korang akan diminta untuk isi borang (yang rupanya macam ni) dan ia akan ditandatangani oleh pesuruhjaya. 
  2. Pergi ke JPN: Korang boleh pergi ke mana-mana cawangan JPN terdekat dan kata nak buat Permohonan Pindaan Butiran Kad Pengenalan
  3. Isi borang: Korang nanti akan diberikan borang KP.16. Isi borang tu dan sertakan sekali dokumen-dokumen sokongan seperti surat sumpah tadi. Korang juga kena bawa sijil kelahiran, MyKad dan kalau memohon untuk anak, sila bawa MyKad ibu bapa sekali. 
  4. Jelaskan kenapa: Mereka nanti akan tanya kenapa korang nak buat macam tu, jadinya bagilah penjelasan yang baik dan munasabah. 

Untuk orang Melayu-Islam, selalunya mungkin mereka kena tunggu seketika selepas membuat permohonan. Bila kami tanya kepada JPN, mereka kata permohonan orang Islam untuk menggugurkan bin/binti dari nama mungkin akan mengambil masa disebabkan permohonan itu perlu disemak. Tapi, kalau mereka dapat sebab yang kukuh – mereka akan benarkan. 

Untuk masyarakat India pula, nampaknya prosesnya agak mudah seperti mana yang diceritakan oleh salah seorang pembaca kami ni:

Jadinya, ada ke di kalangan korang yang terfikir nak buat macam ni? 

Tags:
mykad
jpn
nama keluarga
nasab
bin
binti
anak lelaki
anak perempuan
gugurkan perkataan bin/binti
mykid

67

Shares

A+

A-