General, Employment
3 perkara yang pekerja WAJIB dapat kalau syarikat mereka gulung tikar
over 4 years ago Azar Ishak
[Click here for English version]
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kita dah nampak ramai pihak yang terjejas akibat kehilangan sumber pendapatan. Disebabkan hal itu, banyak syarikat yang mula menjalankan beberapa langkah untuk kekal bertahan seperti memotong gaji pekerja dan termasuklah memberhentikan sebahagian kakitangan. Akan tetapi, ada juga syarikat yang tak dapat lagi bertahan dan tak ada pilihan lain selain dari gulung tikar. Banyak syarikat yang berdepan dengan keadaan sebegini dah dilaporkan di media.
Bila sesebuah syarikat di Malaysia tu nak gulung tikar, mereka boleh buatnya dengan dua cara iaitu:
Tapi disebabkan undang-undang menutup syarikat ni rumit, agak mustahil untuk segalanya dibincangkan dalam satu artikel. Jadinya, kami hanya akan fokus pada penggulungan syarikat, kaedah yang dipilih apabila syarikat ada aset atas nama mereka. Dalam masa sama, kami juga tak akan pergi terlalu terperinci tentang proses penggulungan ni. Sebaliknya, kami hanya akan beri fokus terhadap pekerja dalam proses tu. Lebih spesifik lagi, kami akan tengok apa yang syarikat kena berikan kepada pekerja apabila mereka buat keputusan untuk gulung tikar.
1. Gaji pekerja perlu dibayar sebelum hutang-hutang lain
Jika penggulungan sesebuah syarikat tu selesai mengikut prosedur yang ditetapkan, aset syarikat itu akan dijual dan dilikuidasi (bertukar menjadi tunai). Wang ini kemudiannya akan digunakan untuk membayar sesiapa sahaja yang syarikat berhutang kepadanya, terutamanya para pemegang saham dan pemiutang. Tapi dalam masa sama, wang ini juga kena digunakan untuk membayar gaji para perkerja syarikat yang masih belum dibayar.
Sebelum ni, tak ada urutan tentang siapa yang sepatutnya dapat duit dulu. Hal ni membuatkan para pekerja dalam keadaan merugikan, lebih-lebih lagi kalau pemegang saham nak duit mereka dulu.
Bagaimanapun, keadaan mula berubah bila undang-undang penggulungan syarikat digubal. Sekarang ni dah ada senarai siapa yang sepatutnya dibayar terlebih dulu selepas syarikat dapat duit hasil dari penjualan aset. Syarikat perlu melunaskan hutang yang bercagar, diikuti dengan hutang tak bercagar. Contoh hutang bercagar ni termasuklah hutang-hutang bank dan aset-aset lain yang dah dipinjamkan kepada syarikat. Sejurus sahaja hutang ni dibayar, hutang tak bercagar pula menjadi keutamaan. Berdasarkan Seksyen 527, Akta Syarikat dah dinyatakan tentang ‘Keutaamaan’ iaitu:
Jadi, siapa yang mula-mula kena dibayar dulu? Jawapannya, orang itu adalah pihak yang mengawasi keseluruhan proses penggulungan syarikat iaitu pihak pelikuidasi syarikat dan juruaudit. Lepas mereka ni dibayar, para pekerja pula menjadi pihak yang patut dibayar seterusnya.
2. PERKESO, KWSP dan cuti yang korang tak gunakan pun perlu dibayar
Sebagai pekerja di Malaysia, kita semua tahu yang kita tak dapat setiap sen gaji yang kita terima tu. Sebaliknya, setiap bulan kita kena buat caruman untuk PERKESO, KWSP dan EIS yang dipotong dari gaji bulanan kita. Walaupun potongan ni dibayar sendiri melalui gaji korang dan dimasukkan dalam simpanan dana untuk kegunaan kemudian hari, majikan korang pun kena buat caruman dalam dana sama. Menariknya, undang-undang tak membenarkan majikan menghentikan caruman ini, walaupun ketika berdepan dengan kesulitan kewangan.
Seksyen 527, Akta Syarikat menyatakan secara jelas bahawa:
Tapi bukan dana persaraan je yang majikan kena bayar, kalau korang ni memang jenis pekerja yang berdedikasi dan masih ada banyak cuti yang belum digunakan – ia juga perlu dibayar oleh majikan. Hal ni turut dinyatakan dalam Seksyen 527:
3. Pekerja yang berpendapatan kurang RM2,000 akan diberikan faedah lain
Kalau korang dapat gaji lebih dari RM2,000, nampaknya seksyen ini tak terpakai kepada korang. Bagaimanapun, kepada sesiapa yang termasuk dalam kategori ni, Akta Kerja 1955 ada peruntukan yang boleh membantu korang. Di bawah akta ini, ada satu peraturan yang dikenali sebagai Peraturan Pekerjaan (Faedah-Faedah Penamatan dan Pemberhentian) 1980. Selain dari berkenaan dengan hal berkaitan pemberhentian pekerja, Seksyen 6 peraturan ini juga ada menyatakan tentang berapa jumlah yang pekerja perlu dibayar jika diberhentikan kerja. Akan tetapi, amaun tersebut berbeza kerana bergantung pada berapa tahun pekerja tu dah berkhidmat untuk syarikat.
Walaupun begitu, peraturan ni tak terpakai kalau korang sendiri yang meletakkan jawatan, atau korang diberhentikan kerja kerana persaraan atau salah laku. Namun, dalam kes korang terpaksa diberhentikan kerana syarikat gulung tikar, peraturan ini terpakai kepada korang.
Kalau korang tak tertakluk di bawah Akta Kerja, nampaknya undang-undang tak dapat sangat membantu korang. Tapi, korang juga disarankan periksa kontrak pekerjaan untuk tengok sama ada terdapat terma-terma tertentu yang dinyatakan sekiranya korang diberhentikan kerja.
Undang-undang dah berubah untuk menyelamatkan syarikat dari penggulungan
Sebelum ini, untuk mendapatkan notis penggulungan dari mahkamah, syarikat kena ada hutang sebanyak RM10,000 dan hanya ada 21 hari untuk bertindak balas dengan tuntutan penggulungan. Tapi, baru-baru ini undang-undang tersebut dah diubah untuk membantu banyak syarikat dari gulung tikar. Sekarang ni, syarikat kena ada hutang sebanyak RM50,000 dan akan diberikan masa selama 6 bulan, berbanding 3 minggu sebelumnya. Ini bermakna, kurang pemiutang (syarikat berhutang dengannya) yang boleh memulakan tuntutan penggulungan terhadap syarikat.
[BACA LAGI: 5 regulations Malaysian companies DON'T have to follow during the MCO]
Tapi, kalau syarikat memang dah tak boleh dielakkan dari ditutup, sebaiknya korang ambil tahu tentang hak-hak yang korang wajib dapat. Sekurangnya, korang boleh bersedia menghadapi masa-masa yang sukar nanti.
This article is for informational purposes only and should not be taken as legal advice. Every situation is unique and dependent on the facts (ie, the circumstances surrounding your individual case) so we recommend that you consult a lawyer before considering any further action. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.
Tags: