Asklegal
Home banner 4fb65350 f50c 4c02 bb21 7c61be4e0414

Consumer,General

Kalau mekanik baiki lebih dari sepatutnya dan tak beritahu kita, patut ke kita bayar?

almost 5 years ago Azar Ishak

42

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


[Click here for English version]

Katakanlah yang masa nak servis kereta korang dah sampai. Korang pun pergi ke bengkel, dan kata apa yang patut kepada mekanik di situ, sebelum pergi buat benda lain – sementara kereta korang diservis. Tapi tak lama lepas tu, korang dapat call dari bengkel yang kata ada masalah lain dengan kereta korang. 

Mereka kata korang kena bayar lagi RM500 sebab tambah bahagian yang kena diganti dan upah kerja. Korang pula duit dah tak berapa ada tengah bulan ni. Jadinya, korang pun beritahu tak payahlah baiki yang tambahan tu dan buat je apa yang diberitahu awal tadi. Semuanya nampak macam okey, sampailah korang nak ambil kereta korang balik…

Masa inilah korang dapat tahu yang mekanik tu tak buat seperti mana yang korang minta dan dah buat pembaikkan tambahan tu. Korang pun rasa marah bila tengok bil sebab kena bayar lebih dari yang sepatutnya. Mereka pula tak nak bagi kunci kereta, selagi korang tak bayar. 

Sebenarnya, kes macam ni bukanlah baru, tapi dah biasa jadi di Malaysia ni. Menurut Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), pada tahun 2016 je, 85 kes penipuan oleh bengkel kereta dah direkodkan dengan jumlah sebanyak RM446,262.28. Malah, terdapat juga kes di mana ada penunggang motosikal yang dah dipalsukan tandatangannya oleh mekanik sebab nak tuntut lebih banyak pampasan alat ganti dari agensi insurans. Dan hal ini kemudiannya membawa kita kepada point

 

Bengkel dah buat salah dengan kes macam tu

Imej dari Giphy

Untuk lebih tepat lagi, bengkel tu dah melanggar Seksyen 9(b), Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang menyatakan:

“Tiada seorang pun boleh melibatkan diri dalam perlakuan yang – mengelirukan atau memperdayakan… (kepada) orang ramai mengenai sifat,… atau kuantiti, perkhidmatan itu.” 

Dengan tak memberitahu korang (atau minta kebenaran korang) untuk tukar mana-mana bahagian dalam kereta – bengkel tu secara asasnya dah memaksa korang membayar bahagian dan upah yang sepenuhnya tak wajar. Mereka juga dah melanggar seksyen lain dalam akta sama iaitu – Seksyen 12(1)(b) yang menyatakan:

“Seseorang adalah melakukan suatu kesalahan – jika sesuatu gambaran yang diberikan olehnya kepada seseorang pengguna mengenai harga yang padanya apa-apa barang atau perkhidmatan boleh didapati menjadi mengelirukan dan dia tidak mengambil langkah yang munasabah untuk menghalang pengguna itu daripada bergantung pada gambaran itu.”

Tapi kalau ikutkan dari awal tadi, korang ada masalah lain – sebab pihak bengkel yang pegang kunci kereta, tak nak bagi balik selagi korang tak bayar. Jadi, apa yang korang patut buat?

Sebelum korang panggil peguam dan ancam nak saman mereka, korang kena ingat – yang tindakan korang tu mungkin akan buatkan korang guna lebih banyak lagi duit dan masa dari sepatutnya. Kami taklah pakar sangat pasal kereta, tapi apa yang kitorang tahu – biasanya bil baiki ni taklah sampai lebih RM25,000 kan? Jadinya, ini antara pilihan yang korang boleh buat:

Pilihan satu: Panggil polis

Dengam buat macam ni, korang mungkin akan buat bengkel tu rasa cuak dan isu tu dapat selesai cepat sikit. Tapi tindakan ni pun tak berapa digalakkan sebab polis tak boleh tangani kes macam ni secara komprehensif sebab ia lebih kepada hal kontrak antara korang dan bengkel, melainkan kalau ia melibatkan jenayah.

Pilihan kedua: Bayar mereka

Bayar seperti mana yang mereka minta, dapatkan resit dan pergi ke Tribunal Tuntutan Pengguna (TTPM). Tapi dengan cara macam ni, ada kemungkinan mahkamah akan menyebelahi bengkel. Sebabnya, tindakan membayar tu boleh dianggap sebagai persetujuan – di mana menerima tanpa protes. 

Tapi, sebenarnya ada satu lagi pilihan yang korang boleh buat, iaitu…

 

Tinggalkan kereta anda di bengkel dan buat tuntutan di TTPM

Siapa masih ingat iklan legend ni? Imej dari imgflip.com

Kalau korang tak pasti apa yang TTPM ni buat, korang boleh baca artikel yang kami tulis ni, tentang apa yang tribunal ni buat dan macam mana ia menolong orang yang buat tuntutan dari peniaga tidak bertanggungjawab. TTPM ni sebenarnya adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999, untuk mendengar dan menentukan tuntutan yang difailkan oleh pengguna. Senang kata, ia mahkamah untuk pengguna. 

Jadi macam mana nak buat tuntutan ni? Mula-mula korang kena isi dulu Borang 1 yang boleh didapati secara percuma dari pejabat/cawangan TTPM atau secara muat turun di sini. Yuran RM5 kemudiannya akan dikenakan masa korang memfailkan tuntutan. Bila mereka dah proses permohonan tu, Borang 1 “kemudiannya akan disampaikan kepada peniaga.” Maknanya, seseorang akan hantar dokumen ni kepada mereka, untuk maklumkan tentang aduan korang.

Lepas tu, tarikh perbicaraan akan ditetapkan oleh Tribunal. Masa inilah, bengkel akan buat keputusan sama ada nak selesaikan kes tu secara peribadi dengan korang atau tak. Kalau tak, mereka kena isi Borang 2 dan berikannya kepada korang untuk ke peringkat seterusnya: di mahkamah. 

Perbicaraan tu nanti tak ada peguam dan Tribunal akan dengar hujah kedua-dua pihak. Lepas berbicaraan selesai, tuntutan masih boleh diselesaikan secara baik antara dua pihak. Kalau mahkamah menyebelahi korang, korang akan dapat amaun tuntutan yang dilihat sesuai. Bagaimanapun, ada juga tuntutan yang ditolak, jadi janganlah fikir yang korang boleh dapat tuntutan korang tu 100%.

Tapi, kalau tuntutan tu menyebelahi korang dan bengkel masih TAK NAK ikut, ia dah menjadi kesalahan jenayah – dan topiknya pun dah berubah. 

 

Untuk lebih selamat, selalulah minta sebut harga dulu

Imej dari imgflip.com

Kadang-kadang, kita tak dapat tentukan bengkel mana yang kita nak pergi. Lebih-lebih lagi, kalau kereta kita rosak tengah jalan dan di luar kawasan kita. Jadinya, kita pun pergilah ke bengkel terdekat. Kalau mereka tu orang amanah, semua jadi baik je la. Tapi kalau tak, masalah yang menanti kita. Jadinya, sentiasalah minta sebut harga dulu dan bertegaslah tentang apa yang korang nak mereka buat. Tapi, selalunya bengkel pun tak dapat bagi sebut harga yang tepat, selagi mereka belum periksa kerosakan yang ada.

Makanya, jadilah pengguna yang bijak, dan kalau perlu berunding – berbincanglah baik-baik dengan mereka. Siapa tahu dengan cara tu ia lebih memudahkan dan korang pun mungkin dapat diskaun nanti kan?

 

Tags:
bengkel
ditipu bengkel
akta perlindungan pengguna 1999
tribunal tuntutan peggguna malaysia
baiki kereta
bengkel baiki kereta
mekanik kereta

42

Shares

A+

A-