Asklegal
Home banner d7df0f8e 02a2 48f6 a23b 9f49615dcdca

Consumer,General,Banking

Apa tu main kutu dan kenapa pula ia diharamkan di Malaysia?

almost 4 years ago Azar Ishak

31

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


[Click here for the English version]

Secara mudahnya, main kutu ni adalah satu skim untuk menyimpan dan mengumpul duit secara cepat. Selain dikenali sebagai Main Kutu, ada juga yang kenali skim ni dengan nama – “duit kutu” atau nama kurang popular “tontine” atau “chit fund”. Tak kisahlah apa yang korang panggil, mesti ada di kalangan kita yang pernah terlibat dengan skim ni. Kalau tak pun, kita tahu orang sekeliling kita macam kawan-kawan dan ibu bapa kita yang terlibat dengan skim yang sama.

Tapi kalau ramai yang masih tak tahu macam mana main kutu ni berfungsi, mungkin lebih baik untuk kitorang terangkan sedikit supaya korang faham. Ceritanya macam ni:

Jom kita bayangkan senario melibatkan Ali dan 4 orang kawannya:

Ali dan kawan-kawannya tu ambil keputusan untuk dapatkan plan simpanan antara diorang dengan cara yang lebih mudah dan cepat. Jadi diorang buat keputusan untuk setiap orang bagi RM1,000 untuk setiap bulan. Jadinya, setiap bulan diorang akan kumpul RM5,000. 

Lepas tu diorang akan undi, untuk tentukan giliran siapa yang akan dapat RM5,000 tu untuk setiap bulan. Contohnya, Ali dapat giliran yang pertama, maka bulan pertama tu dia akan dapat RM5,000.

Tapi untuk bulan seterusnya, Ali dan 4 lagi kawan-kawannya tu akan tetap perlu bayar RM1,000, untuk kumpul RM5,000 dan diberikan kepada giliran yang seterusnya. 

Walaupun macam tu, skim ni sebenarnya bukannya mudah nak diterangkan secara ringkas. Sebab tu la, lebih baik kalau korang tahu dulu fakta ni.

 

Main kutu tradisional sebenarnya masih lagi dibenarkan di Malaysia 

Engkau ambik RM50, aku ambik RM50 ~~~

Rupa-rupanya, ada dua jenis main kutu ni, iaitu jenis tradisional dan perniagaan. Untuk main kutu yang melibatkan kawan-kawan dan keluarga, ia boleh ditakrifkan sebagai jenis tradisional. Maknanya, bila diorang terlibat, takde seorang pun yang buat keuntungan dari skim tu.

Menurut Suruhanjaya Syarikat Malaysia:

"Skim wang kutu tradisional biasanya dianjurkan atas dasar kemasyarakatan dan kepercayaan dalam kalangan jiran tetangga, sahabat handai, saudara-mara atau rakan kerja bagi tujuan mengumpulkan wang mengikut keperluan masing-masing tanpa sebarang keuntungan bagi mana-mana individu,"

Dari sini, dah dipastikan yang main kutu tradisional sebenarnya dibenarkan, sebab ia berdasarkan nilai-nilai masyarakat dan kepercayaan

Tapi, dalam masa sama, ada juga pihak yang cuba buat untung dengan menggunakan skim ni…

 

Ia mungkin boleh jadi haram 

Sekarang ni, kalau korang cuba menjadikan kutu sebagai urusan perniagaan maknanya ada sebab untuk ia diharamkan. Sebabnya, menurut Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971:

“Salah di sisi undang-undang bagi mana-mana orang untuk menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu dan mana-mana orang yang menjalankan perniagaan itu melakukan suatu kesalahan...” 

Dari pembacaan dalam seksyen ini, terdapat 2 perkara yang membuatkan aktiviti kutu sebagai haram:

  1. Menjalankan perniagaan kutu
  2. Promosi main kutu/perniagaan

Sekarang ni, korang mesti terfikir yang main kutu ni selalunya dijalankan di kalangan kawan-kawan dan keluarga. Jadi, macam mana pulak tiba-tiba ada undang-undang yang larang main kutu diniagakan? Sebenarnya, dekat Malaysia ni selalunya memang kutu tu jenis tradisional, tapi dekat negara lain – ia diniagakan, macam India.

Di India, ada undang-undang yang membenarkan syarikat kutu ni wujud. Perniagaan ni secara asasnya menyediakan platform untuk main kutu kepada para peserta dengan mengenakan yuran. Jadinya dekat Malaysia, undang-undang melarang perkara ni diperkenalkan supaya dapat kekang benda macam ni dari berlaku. Dan untuk pastikan yang ia betul-betul tak berlaku…

Undang-undang Malaysia melarang kita dari mempromosikan main kutu. Walaupun macam tu, penerangan dalam seksyen tu masih lagi samar dan agak sukar untuk kita tahu “promosi” macam mana yang undang-undang nak larang. Tapi kitorang yakin yang ia juga termasuk dengan promosi di sosial media. Dalam masa sama, kalau dalam situasi tertentu ada pihak yang cuba buat keuntungan dengan cara ni, ia juga tertakluk dengan undang-undang.

Screenshot dekat komen Facebook yang promosi main kutu.

 

Jadi, kalau korang main kutu dengan kawan-kawan… boleh je sebenarnya… 

Tapi kalau korang dan kawan-kawan korang tu buat keuntungan dengan main kutu, SSM dan PDRM mungkin akan tangkap korang. Sebenarnya ada munasabah juga undang-undang ni diperkenalkan sebabnya kadang-kadang tu kita ada dengar juga kes orang lari dengan duit kutu yang terkumpul. Oleh itu, secara asasnya, undang-undang ni nak melindungi orang tak bersalah dari ditipu atau rugi kalau diorang dah melabur banyak duit untuk main kutu ni.

Jadinya, kalau korang ada dengar atau didekati dengan orang yang cuba perkenalkan perniagaan kutu, korang mesti bagitau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) supaya diorang boleh siasat dan ambil tindakan yang patut. Bagaimanapun, kalau apa yang korang main tu yang jenis tradisional dan tiba-tiba ada pula kes orang bawa lari duit, korang masih boleh tegakkan keadilan dengan buat laporan polis

Tags:
main kutu
main kutu haram
suuhanjaya syarikat malaysia
main kutu tradisional
main kutu perniagaan

31

Shares

A+

A-