General

Polis lambat sangat sampai...boleh ke kita saman?

 about 5 years ago   Azar Ishak


Bila korang berada dalam keadaan bahaya dan rasa tak selamat, benda pertama yang korang akan fikir mesti nak call polis – dengan harapan diorang akan sampai dalam beberapa minit dan buat semuanya selamat balik. Tapi macam mana kalau diorang tak datang tepat pada masanya?

Kalau korang ni jenis tak pernah call polis, cuba bayangkan senario ni:

Masa tengah tunggu bas, tiba-tiba ada pergaduhan terjadi berdekatan dengan korang. Korang nampak kumpulan tu ada senjata macam parang dan dapat rasa pergaduhan tu boleh jadi lebih buruk, dan akan membahayakan orang sekeliling. Korang pun buatlah tindakan sepatutnya dan terus call polis. Tapi lepas beberapa minit korang tunggu, sorang polis pun korang tak nampak. 

Kalau korang berada dalam situasi macam ni, korang mesti ingat yang polis akan datang secepat mungkin lepas korang call 999. Sebabnya, tugas polis ni memang untuk jaga keamanan kan? Tapi untuk banyak sebab, polis kemungkinan tak dapat sampai seperti mana yang kita harapkan.

Tapi bukan sekadar kalau korang rasa polis datang lambat. Inilah dia yang dikatakan masa relatif (subjektif), iaitu korang mungkin rasa yang masa tu bergerak perlahan sangat bila korang berada dalam keadaan panik atau bahaya; tapi sebenarnya pergerakan masa tu normal je. Untuk itu, tujuan artikel ini adalah, kita nak lihat masa sebenar yang polis ambil untuk sampai ke sesuatu tempat (atau kejadian).

Jadi, adakah PDRM akan datang sebaik je terima panggilan atau diorang ada had masa untuk sampai kepada korang?

 

PDRM patut datang dalam tempoh masa 8 minit 

Imej dari  BenarNews

Sebenarnya, PDRM ada tempoh masa yang memerlukan diorang bertindak balas terhadap sesuatu panggilan dan sasaran tu adalah dalam tempoh 8 minit. Walaupun ia bukanlah undang-undang yang dah tertulis, tapi ia menjadi sebahagian daripada Prosedur Operasi Standard (SOP) dan Rancangan Malaysia ke-11 iaitu untuk menurunkan kadar jenayah dan meningkatkan keselamatan awam.

Pada tahun 2015, masa yang disasarkan adalah di bawah 10 minit. Kesannya, tinjauan yang dijalankan menunjukkan bahawa penurunan dalam masa tindak balas memberi hasil yang yang positif. Bagaimanapun, masa sasaran dalam SOP ni kadangkala agak sukar untuk dicapai kerana beberapa sebab.

Antaranya adalah:

  • jarak antara balai polis dengan lokasi pemanggil
  • maklumat yang diberikan pemanggil tak cukup jelas
  • balai polis kurang kakitangan
  • Dalam satu artikel dari Channel News Asia pada November 2018, dilaporkan lebih 500 dari 791 balai polis di negara ni mengalami kekurangan kakitangan. Benda ni jadi masalah besar kerana walaupun PDRM nak hantar bantuan segera, diorang mungkin tak cukup kakitangan untuk respons kes-kes kecemasan lain.

    Tapi tak kiralah apa sebabnya, keselamatan atau nyawa seseorang tu mungkin dipertaruhkan, jadi soalan yang masih tinggal…

     

    Boleh ke PDRM disaman sebab datang lewat?

    Imej dari The Straits Times

    Bila je kitorang sebut “saman” atau “tindakan undang-undang”, apa yang sebenarnya kitorang rujuk adalah sesuatu yang dipanggil sebagai tort. Korang boleh baca artikel kitorang kat bawah, tapi secara asasnya, tort adalah salah laku yang bukan kesalahan jenayah, di mana korang boleh tuntut pampasan (biasanya dalam bentuk wang). Terdapat banyak jenis tort yang berbeza-beza, tapi untuk kes polis datang lambat, ia kemungkinan besar akan jatuh dalam kategori tort kecuaian.

    [BACA LAGI: Did you know you can be taken to court for something that is NOT a crime?]

    Untuk tentukan sama ada kelewatan terhadap sesuatu panggilan tu sebab kecuaian atau tak, kita kena belajar sikit pasal undang-undang kecuaian. Undang-undang pasal kecuaian didapati daripada set kes-kes mahkamah yang lalu, bukan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen. Pendek kata, kalau seseorang dikatakan cuai, dia mestilah...

  • kena ada kewajiban terhadap korang
  • dia dah melanggar tanggungjawab
  • korang mesti dapat kemudaratan hasil dari pelanggaran tanggungjawab orang tu
  • Tapi di sini ada juga plot twistpolis tak ada tanggungjawab penjagaan terhadap korang. Ini mungkin tak masuk akal, tapi biarkan kitorang jelaskan dengan lebih terperinci. Polis sebenarnya ada tanggungjawab umum kepada semua orang, bukan kepada korang je. Ini bermakna, semua panggilan yang polis dapat tu penting, dan memberi keutamaan untuk satu je panggilan adalah tak adil.

    Berdasarkan kajian kitorang, setakat ni tak ada lagi rakyat Malaysia yang saman polis sebab datang lambat. Tapi, ada kes Michael v Chief Constable of South Wales Police [2015] di UK yang mungkin boleh bagi korang idea kalau korang terfikir nak cuba. 

     Joanna Michael. Imej dari Obiter J

    Kisahnya, seorang wanita Joanna Michael dah call polis dan bagitau yang teman lelakinya nak bunuh dia. Panggilan dia tu dijawab dan dipindahkan ke balai polis berdekatan. Balai polis yang pertama dah kategorikan panggilan Joanna ni sebagai mustahak. Tapi bila panggilannya tu dipindahkan kepada balai polis berdekatan, operator tu tak kata yang ada orang nak bunuh Joanna. Ini menyebabkan balai polis kedua kategorikan panggilan Joanna ni kurang satu level dari mustahak

    Jadinya, masa polis sampai ke rumah Joanna, dia dah ditemui mati. Keluarga Joanna kemudiannya bawa polis ke mahkamah, dan tuduh polis melakukan kecuaian sebab tak hantar bantuan secepat mungkin. Tapi Mahkamah Agung memutuskan yang polis tak cuai.

    Ada dua sebab kenapa:

  • Sebab takut disaman, polis mungkin akan datang kepada orang tertentu dulu, dan ini tak adil kepada orang ramai secara keseluruhan.
  • Kalau ramai orang tak puas hati dengan kepantasan polis respons panggilan diorang, ramai yang akan saman polis dan mesti akan berlambak tuntutan. Ini akan buatkan bebanan kewangan pada polis.
  • Oleh itu, kalau korang nak saman polis macam apa yang keluarga Joanna buat, tuntutan korang tu berkemungkinan besar tak akan berjaya kerana polis tak ada kewajiban terhadap korang sorang. Selain tu, ada juga tempoh masa yang kita semua perlu ambil kira. Seksyen 2 Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 menetapkan sebarang tuntutan terhadap pegawai penguatkuasa mesti dibuat dalam tempoh 3 tahun dari waktu kejadian.

     

    Apa yang korang boleh buat, kalau tak boleh saman?

    Imej dari Friends of PDRM dari Facebook

    Kalau korang tak boleh atau tak mampu nak saman, pilihan terbaik yang korang ada adalah buat aduan dekat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD). Kalau mereka tak buat apa-apa tindakan, korang boleh bawa aduan tu ke Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC). Diorang akan mendengar apa-apa aduan terhadap pegawai penguatkuasa yang gagal jalankan tugas dengan baik. Nak tahu lebih lagi pasal apa yang EAIC ni buat dan macam mana nak buat aduan:

    [BACA LAGI: M'sian authorities have to investigate if their officers mess up. But what if they don't?]

    PDRM sebenarnya sedar dengan masalah ni dan tengah ambil langkah-langkah menambah baik masa tindakan balas diorang. Mereka juga memperkenalkan apps melaporkan jenayah yang lebih cepat dan mudah. Ini dapat menolong mangsa yang tak boleh bercakap (contohnya) dan akan membantu mengelakkan ketidaktepatan dalam maklumat kerana talian yang tak jelas.

    Disamping tu, PDRM telah diperuntukkan lebih banyak kenderaan, supaya kereta ronda polis boleh sampai lebih cepat lagi. Kereta-kereta ni juga dilengkapi dengan teknologi yang membolehkan mereka berkomunikasi lebih baik dengan operator panggilan serta pemanggil sendiri.

    Tapi kalau korang berada dalam keadaan yang korang rasa PDRM kena bertanggungjawab, berundinglah dengan peguam korang dan cari cara terbaik untuk melakukannya.

    This article is for informational purposes only and should not be taken as legal advice. Every situation is unique and dependent on the facts (ie, the circumstances surrounding your individual case) so we recommend that you consult a lawyer before considering any further action. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

    Tags:
    polis
    pdrm
    kecuaian
    polis lambat
    999
    kecemasan