Constitution, General
Boleh ke polis periksa phone korang tanpa sebab kukuh?
about 5 years ago Azar Ishak
[Click here for the English version]
Kita di Malaysia ni, nampak polis buat sekatan jalan raya tu benda biasa je, sebab kita tahu yang operasi tu dibuat atas alasan-alasan tertentu. Dan salah satunya nak kesan kesalahan trafik (macam cukai jalan tamat tempoh atau bawa kereta tanpa lesen memandu). Tapi kadang-kadang tu, ada juga polis buat sekatan sebab tengah cari orang (selalunya penjenayah).
Selain tu, korang kena tahu yang sekatan jalan ni bukan satu-satunya cara untuk polis cari orang atau periksa barang orang. Walaupun perkara macam tu normal terjadi, sebenarnya polis boleh je menghentikan dan periksa korang yang tengah berjalan di tempat awam. Tapi diorang tak bolehlah buat macam tu je, kerana diorang mesti kena ada sebab kukuh untuk berbuat macam tu.
Jadi, kalau tiba-tiba korang lalui situasi macam ni, bila polis menghentikan korang dan periksa korang, korang mungkin ada beberapa soalan tentang hak-hak korang kan? Walaupun ada di antara kita yang tak pernah hadapi situasi macam ni, kitorang nasihatkan korang baca juga aktikel ni untuk langkah berjaga-jaga. Sebab, barangan peribadi yang diperiksa bukan je wallet, baju dan sebagainya, tapi ada juga keadaan bila mana polis periksa phone korang.
Jadi persoalannya di sini… boleh ke polis periksa barangan peribadi korang (terutamanya phone) tanpa apa-apa sebab?
[BACA LAGI: Is the PDRM allowed to search your body without a warrant?]
[BACA LAGI: Legal Mythbusters: Can the PDRM check your phone for political messages at a roadblock?]
Jawapannya YA...dan TIDAK
Kalau korang keliru, sebenarnya tak ada jawapan betul atau salah dalam persoalan ni. Jadinya, kita mungkin boleh tengok Akta Polis untuk tahu dengan lebih jelas tentang hal ni. Berdasarkan Seksyen 24, Akta Polis 1967, ia menyatakan:
Secara asasnya, akta ni menyatakan yang pegawai polis berhak menghentikan dan memeriksa seseorang (tanpa menahannya) kalau pegawai tu ada sebab munasabah untuk percaya yang seseorang tu bertindak dalam keadaan yang mencurigakan.
Biasanya, pemeriksaan rawak ni dilakukan secara tak formal oleh polis. Pegawai polis mungkin akan tanya beberapa soalan tentang diri korang dan minta kad pengenalan untuk tujuan pengesahan. Tapi, bila ia libatkan pemeriksaan barangan peribadi macam phone, hal macam ni hanya boleh dilakukan dengan kehadiran pegawai berpangkat Inspektor dan lebih tinggi, seperti mana yang disebut dalam BUKU MERAH.
Tapi, kalau mudah dan normal sangat untuk polis periksa phone korang, apa akan jadi dengan hak perlembagaan dan kebebasan bersuara kita?
Hurm, ada perkataan keramat di sini dan ia adalah “munasabah”. Seperti mana yang dikatakan di awal artikel, kalau polis tak ada sebab untuk mengesyaki korang dan periksa phone, diorang tak akan buat macam tu.
Berdasarkan Seksyen 116, Kanun Prosedur Jenayah (tiada terjemahan rasmi, diterjemahkan oleh Asklegal), menyatakan:
Berdasarkan Akta, seseorang pegawai tu hanya boleh melalakukan geledah barangan peribadi seseorang, seperti phone, bila mana ia sesuai untuk dilakukan. Macam inilah, cuba korang bayangkan ada serbuan dekat bar atau kelab malam yang jalankan aktiviti haram. Polis masa tu ada sebab munasabah untuk mengesyaki seseorang dan kena dapatkan lebih maklumat dari phone orang tu. Kalau ada bukti yang kukuh, pihak polis ada kuasa/hak penuh untuk buat macam tu, selagi mana pencarian tu dijalankan mengikut undang-undang.
Tapi, kalau kamu rasa polis dah bertindak melebihi kuasanya…
Kalau korang rasa polis dah bertindak salah terhadap korang, korang boleh menulis kepada diorang atau kemukakan aduan secara online di platform polis di sini.
Pihak berkuasa pun manusia juga, jadi ada kebarangkalian diorang mungkin lakukan kesilapan masa menguatkuasakan undang-undang. Tapi masalahnya, kadang-kadang ia boleh buatkan masyarakat rasa hak diorang dah dilanggar.
Mungkin, penyelesaian terbaik untuk hal macam ni adalah korang tengok apa yang pegawai tu buat dengan phone korang, masa dia tengah periksa. Korang boleh berdiri dekat dengan pegawai tu dan perhatikan apa yang dia buat. Dalam masa sama, bagilah kerjasama kepada polis kalau diminta berhenti atau tunjukkan phone. Kalau polis tak jumpa apa-apa yang mencurigakan, korang boleh je beredar. Tapi keadaan akan cukup berbeza kalau korang ditangkap, dan polis geledah barangan peribadi korang lepas tu.
Untuk pertanyaan/penyelesaian berhubung dengan hak korang, korang boleh buat aduan di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC). EAIC adalah sebuah badan yang ditubuhkan untuk mengawal selia dan menyiasat aduan yang dibuat terhadap pegawai dan badan kerajaan. Tapi, ada juga perbincangan yang kata, EAIC akan digantikan dengan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dalam masa terdekat.
This article is for informational purposes only and should not be taken as legal advice. Every situation is unique and dependent on the facts (ie, the circumstances surrounding your individual case) so we recommend that you consult a lawyer before considering any further action. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.
Tags: