General
Boleh ke kita saman ambulans sebab datang lambat?
about 5 years ago Azar Ishak[Click here for the English version]
Cuba korang bayangkan kalau korang tu pesakit atau ahli keluarga pesakit yang mustahak sangat nak pergi ke hospital. Ambulans memang datang, tapi…
- Masa tengah jalan tu, pemandu dapat tahu yang minyak kena isi, jadi ambulans tu pun singgahlah ke stesen petrol
- lepas je isi minyak, tiba-tiba ambulans tu kemalangan pulak dengan lori
- pemandu ambulans dengan pemandu lori dua-dua tak puas hati – bergaduh, dan pergaduhan tu ambil masa satu jam!
- diorang pun pergi balai polis dan buat report!
Korang dengar cerita ni macam kelakar? Tapi inilah yang berlaku dekat Kuching awal bulan lepas dan lebih malang lagi, pesakit tu terpaksa menunggu beberapa jam sampai meninggal dunia sebelum sempat tiba ke hospital.
Kejadian ni dah membangkitkan kemarahan masyarakat dan ramai yang minta supaya tindakan diambil terhadap penyedia perkhidmatan ambulans tu. Tapi tak ke korang tertanya-tanya pasal standard respon ambulans untuk sampai ke destinasi? Kalau ikut standard antarabangsa, masa respons yang ditetapkan adalah antara 10 hingga 15 minit, tapi di Malaysia pulak boleh menjangkau 45 minit.
Hal ni boleh dikatakan sesuai dengan fakta bahawa hanya terdapat 0.28 ambulans untuk setiap 10,000 orang, tapi dah tentu, itu tidak boleh jadi alasan kukuh, terutamanya bila melibatkan soal hidup dan mati. Jadinya, boleh ke korang ambil tindakan terhadap ambulans yang lambat sampai? Ini apa yang kitorang dapat tahu.
Kamu boleh saman syarikat ambulans
Kalau ada orang yang buat salah pada kita atau buatkan kita kerugian, kita mesti nak bawa orang tu ke mahkamah atau dengan kata lain—saman diorang. Perkhidmatan ambulans sebenarnya ada tanggungjawab terhadap kita untuk sampai dengan cepat dan bawa kita ke hospital tepat pada masanya.
Kalau diorang gagal penuhi tanggungjawab tu dan korang dapat mudarat darinya, korang sebenarnya boleh saman diorang di mahkamah. Kalau tuntutan korang tu berjaya, mahkamah akan gantung perkhidmatan ambulans tu dan korang akan diberikan pampasan berbentuk wang ringgit.
Penyedia perkhidmatan ambulans sebenarnya boleh dibahagikan kepada 3, iaitu: ambulans hospital kerajaan, ambulans swasta dan ambulans dari badan kebajikan atau organisasi bukan berasaskan keuntungan (non-profit organization). Pengetahuan ni penting, sebabnya korang tak boleh saman diorang semua.
Kalau ambulans tu datang dari hospital kerajaan, korang tak boleh saman hospital tu sendiri. Sebabnya, hospital tu sendiri bukan badan rasmi. Ini kerana, kesemua hospital kerajaan berada di bawah kelolaan pihak kerajaan, dan korang sebenarnya akan menyaman kerajaan Malaysia. Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menjadi salah satu pihak yang meneliti kes korang untuk mengetepikan sebarang pelanggaran.
Untuk yang lain pula, kalau ambulans tu datang dari penyedia perkhidmatan swasta, korang boleh saman penyedia tu sendiri, sebab tak macam hospital kerajaan, penyedia perkhidmatan ni satu badan yang sah.
Jadinya, ambulans kerajaan dan swasta boleh disaman… tapi macam mana pula dengan ambulans dari badan kebajikan dan badan bukan berasaskan keuntungan?
Ada ambulans yang tak boleh disaman
Ada dua contoh di mana korang tak boleh saman perkhidmatan ambulans:
Ada ambulans yang disediakan oleh badan kebajikan dengan percuma. Kalau ambulans tu dihantar untuk tolong korang sabagai pertolongan atau dari badan kebajikan, korang tak boleh ambil tindakan undang-undang terhadap diorang. Sebabnya, diorang cuma tolong korang dan diorang tak ada tanggungjawab macam apa yang ada pada ambulans biasa.
Selain tu, korang juga tak boleh minta diorang bertanggungjawab sebab badan kebajikan takde banyak ambulans macam yang hospital kerajaan dan swasta ada. Sebab tu, perkhidmatan ambulans diorang takde di banyak tempat dan mustahil untuk diorang sampai ke sesuatu tempat tu dalam masa yang singkat.
Bila korang telefon 999, aduan korang selalunya akan dihubungkan kepada ambulans kerajaan atau swasta. Untuk nak dapatkan perkhidmatan ambulans dari badan kebajikan pula, korang kena hubungi diorang secara terus.
Antara perkhidmatan ambulans percuma yang dijalankan oleh pihak kebajikan adalah:
Memang betul kerja ambulans ni datang untuk ambil korang secepat yang mungkin… tapi masih ada beberapa perkara yang diorang berkemungkinan besar tak bertanggungjawab, walaupun korang bawa diorang ke mahkamah.
- Ia bukan isu hidup dan mati – sementara ambulans dijangka akan sampai dalam masa beberapa minit, keutamaan sebenarnya diberikan kepada pesakit yang betul-betul parah, yang tahap kesedarannya dah lemah dan dalam keadaan yang betul-betul serius.
- Tak buat apa-apa untuk selamatkan keadaan – kalau masa tu ada peluang untuk dapatkan bantuan atau doktor rawat korang dulu, korang mungkin takde kes yang kuat.
- Kalau penyedia perkhidmatan ambulans boleh membuktikan yang diorang terlambat sebab keadaan di luar kawalan diorang. Contohnya macam: masalah pada alamat atau maklumat yang diberikan atau terpaksa berdepan dengan kesesakan lalu lintas yang teruk.
- Ambulans yang datang lambat tak bagi apa-apa kemudaratan kepada korang – kalau ambulans datang lambat, tapi keadaan korang sebenarnya taklah serius sangat. Korang boleh dikatakan takde kes dengan penyedia ambulans. Korang cuma boleh ambil tindakan terhadap diorang kalau korang dapat mudarat sebab ia datang lambat.
- Pada dasarnya, perlu ada hubungan yang kuat antara kelewatan ambulans dengan kemudaratan yang dialami. Ini dikenali sebagai penyebab. Dan kalau takde penyebabnya dapat dibuktikan, korang tak boleh minta pihak penyedia ambulans bertanggungjawab.
Tak ada apa-apa halangan untuk korang bawa kes ke mahkamah, tapi kemungkinan besar korang tak akan ada kes yang kuat, atau hakim akan tolak (membatalkan) tuntutan korang tu.
Dalam kes tertentu, ambulans yang datang lambat boleh jadi jenayah
Walaupun mungkin ada yang nak saman ambulans yang datang lambat, tapi kadangkala tak perlu kerana ada sebab-sebab tertentu yang boleh buatkan ambulans yang datang lambat dianggap sebagai jenayah. Contohnya macam kes di Kuching yang kitorang ceritakan di awal artikel tadi. Pemandu ambulans tu dah didakwa di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987, kerana memandu dengan tak cermat dan tak bertimbang rasa.
Pemandu tu didakwa atas kesalahan ni sebab dia sengaja menangguhkan masa untuk bawa pesakit ke hospital tepat pada masanya. Sengaja di sini tak bermakna dia memang nak buat benda tu, tapi lebih pada keadaan yang mana dia tahu apa akibatnya kalau dia tak cepat bawa pesakit ke hospital, tapi dia masih lagi pilih nak melambatkan masa.
Jadinya, kalau korang berada dalam situasi macam ni dan korang rasa pemandu tu tak fikir pun pasal kepentingan bawa korang ke hospital tepat pada masanya, korang bolehlah buat laporan polis. Polis akan dapatkan maklumat yang cukup, siasat dan dakwa pihak terlibat dengan peruntukan undang-undang yang sewajarnya.