General
Di Malaysia, anda boleh kena denda kalau pelihara haiwan ternakan di belakang rumah
almost 5 years ago Azar Ishak
[Click here for English version]
Memelihara haiwan dah jadi satu perkara yang cukup biasa di Malaysia ni. Paling kurang pun, mungkin korang atau jiran ada seekor haiwan peliharaan. Dengar salakan anjing dan meow kucing tu boleh dikatakan biasa je di kawasan perumahan. Tapi macam mana pula kalau dalam sesetengah keadaan, korang dengar bunyi ayam berkokok atau lembu ‘mengembu’. Ya, apa yang kitorang nak bincangkan kali ni adalah pasal haiwan macam lembu dan ayam yang sepatutnya ada di ladang dan bukannya belakang rumah korang.
Sebenarnya, ada ayam di belakang rumah bukan satu benda pelik di Malaysia ni, dan kita mungkin rasa tak kisah sangat la – sebab ayam ni tak buat masalah sangat. Tapi nak atau tak, kita tak dapat juga lari dari tertanya-tanya – sama ada boleh ke tak buat macam tu? Persoalannya, boleh ke kita bela haiwan ternakan di belakang rumah, dan sah ke perbuatan tu di sisi undang-undang?
Ia bergantung kepada majlis tempatan anda
Sebenarnya, tak ada peruntukan undang-undang sesuai yang menyentuh isu menyimpan haiwan di rumah ni. Apa yang kitorang dapat cuma bergantung kepada undang-undang kecil majlis tempatan. Sesuai dengan namanya, undang-undang kecil ni adalah undang-undang yang digubal oleh majlis tempatan dan ia cuma terpakai di kawasan majlis tu je. Jadinya, sama ada untuk tahu tindakan ni sah atau tak, korang kenalah periksa dengan majlis tempatan korang seperti DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), MBPJ (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) atau sebagainya bergantung kepada kawasan tempat korang tinggal.
Jadinya, kitorang pun hubungi DBKL dan ini apa yang diorang kata:
“Tak ada undang-undang tentang (binatang) ni sebenarnya. Kita guna undang-undang kacau-ganggu (nuisance) di bawah Akta Kerajaan Tempatan.” – Kata jurucakap DBKL kepada ASKLEGAL.
Dari jawapan ni, kita boleh dapat tahu yang walaupun adanya majlis tempatan, masih lagi tak ada undang-undang spesifik tentang isu ni. Bagaimanapun, dikatakan yang memelihara haiwan ternak ni boleh jadi sebagai kacau-ganggu, dan pemiliknya boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Akta ni menyatakan kacau-ganggu sebagai:
Makanya di sini, kalau haiwan berkenaan mula menjadi kacau-ganggu, untuk permulaannya pegawai majlis tempatan akan beri amaran kepada pemilik haiwan tu. Tapi, kalau pemilik tak mematuhi amaran tu, pemilik boleh didenda sehingga RM1,000 dan dipenjara sehingga tak melebihi enam bulan.
Tapi jurucakap tu menambah, ini tak bermakna yang korang boleh simpan haiwan ternak di belakang rumah, disebabkan undang-undang tak nyatakannya secara spesifik. Walaupun begitu, 1 atau 2 haiwan pun boleh dikira sebagai kacau-ganggu, jadinya DBKL tak galakkan korang simpan haiwan ternak ni.
Sebelum tu, kitorang nak beritahu korang juga yang sebenarnya ada satu undang-undang di KL yang diperuntukkan untuk lembu dan kerbau, yang dipanggil sebagai Undang-Undang Kechil (Lembu-Kerbau). Bagaimanapun, diorang kata undang-undang ni dah lama tak digunakan dan akan dimansuhkan tak lama lagi.
Sekali lagi kitorang nak tegaskan, contoh di atas ni cuma terpakai di Kuala Lumpur je. Jadinya, kalau korang nak tahu sama ada boleh ternak ayam atau lembu di belakang rumah, hubungilah majlis tempatan korang untuk maklumat lanjut.
Anda juga tak boleh buat kandang besar untuk pelihara haiwan-haiwan ni
buat kandang macam ni. Imej dari Ternakan Kambing.
Untuk nak elakkan haiwan tadi dari jadi kacau-ganggu, korang boleh je bina kandang besar belakang rumah kan? Dengan mengharapkan haiwan-haiwan ni tak akan mengganggu jiran-jiran.
Tapi sebenarnya, idea ni bukanlah baik sangat sebab dengan membina kandang, korang boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang. Sebabnya, di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dah dinyatakan yang korang tak boleh buat aktiviti pertanian di kawasan kediaman, dan hal ni termasuklah "pembiakan dan pemeliharaan ternakan." Jadinya di sini, korang dah sah-sah tak boleh bina kandang di rumah korang.
Kenapa pula? Bila sesuatu bandar dirancang, ada kawasan yang dah ditetapkan untuk kediaman, sementara ada juga kawasan untuk aktiviti industri dan pertanian. Maknanya di sini, korang tak bolehlah bina apartmen dalam kawasan industri, dan kes ni – korang tak boleh bina kandang di belakang kawasan rumah. Di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dinyatakan:
Dan ditegaskan lagi sampai korang boleh didenda, dibawah Seksyen 26:
Ha nampak tak kesannya? Makanya, lebih baik korang tak buat kesalahan ni. Senang-senang je kena denda sampai RM500,000.00 dan kena penjara sebab bela ayam je.
Tapi, anda masih boleh simpan haiwan ni sementara waktu untuk tujuan keagamaan
Macam mana kalau simpan haiwan ni untuk sementara waktu je? Contohnya masa Hari Raya Haji, ada sesetengah keluarga akan simpan lembu atau kambing di halaman rumah diorang untuk ibadah korban. Boleh ke?
“Yang tu kena minta permit dari DVS (Jabatan Perkhidmatan Veterinar)” – Kata jutucakap DBKL
Oleh itu, dalam keadaan tertentu memang dibenarkan untuk haiwan ternak ni disimpan di kawasan rumah dan dikorbankan – selagi mana korang dapat kebenaran dari DVS.
Tapi setelah kita bercerita panjang tentang isu ni, kenapa kadang-kadang tu kita masih boleh nampak ayam berkeliaran di kawasan belakang rumah? Kemungkinan besar sebabnya kerana kurangnya penguatkuasaan ataupun jiran-jiran tak kisah sangat atau rasa terganggu dengan isu ni. Tapi kalau ayam tu mula masuk ke halaman rumah korang dan buat kerosakan – adalah lebih baik untuk korang hubungi majlis tempatan untuk selesaikan isu ni.
This article is for informational purposes only and should not be taken as legal advice. Every situation is unique and dependent on the facts (ie, the circumstances surrounding your individual case) so we recommend that you consult a lawyer before considering any further action. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.
Tags: