Criminal
Adakah melanggar pencuri ragut salah di sisi undang-undang Malaysia?
over 7 years ago KTLim
Nota: Imej diatas dipetik daripada Info Roadblock Jpj/Polis di Facebook. Tiada kematian dalam insiden tersebut. Artikel ini diterjemah dari Bahasa Inggeris. Click here for English version.
Sekarang jenayah ragut semakin menjadi kerap, 7 ke 8 kes sedemikian dilaporkan di KL setiap hari. Sesetengah mangsa akan cuba megejar peragut ataupun orang awam akan bercampur tangan. Kadangkala ada pencuri cedera parah, malah ada yang maut apabila dilanggar oleh mangsa ataupun orang awam.
Kebanyakan orang ramai menganggap ini adalah satu pembalasan yang setimpal tetapi undang-undang tidak bersependapat, malah ada kemungkinan mengambil tindakan terhadap mangsa peragut. Tidak menghairankan pekara ini menjadi satu debat yang hangat sekarang.
Adakah si mangsa mempunyai hak mengejar peragut dan boleh disumbatkan ke dalam penjara jika peragut menemui maut?
Anda BOLEH mengejar dan menangkap pencuri walaupun anda bukan seorang mangsa.
Kebanyakan rakyat Malaysia kenal akan sebutan “Citizen Arrest” (Tangkapan Awam) yang dipopularkan dalam siri-siri drama TV Amerika. Dalam Seksyen 27, Kanun Tatacara Jenayah orang awam boleh memberkas seorang rakyat tetapi mempunyai had tertentu. Untuk pemahaman yang mudah, Seksyen 27 membenarkan anda menangkap seorang individu tanpa waran jikalau:
Ini bermakna orang umum boleh mengejar dan menahan suspek buat sementara waktu sehingga polis tiba.
Undang-undang memang ada mengatakan bahawa anda boleh membuat tangkapan umum tetapi ini tidak termasuk tindakan yang ekstrim seperti mengejar suspek untuk menangkapnya ataupun melanggar motorsikal mereka. Fahri Azzat, peguam dari firma Fahri & Co menggunakan kes contoh Mohammed Mazis Mohammed Mokhtar dimana beliau melanggar 3 orang pencuri yang merompak keluarganya:
“Ini adalah satu soalan sah yang terbuka dimana orang umum boleh membuat tangkapan. [Dalam kes ini] dia mengejar untuk menghalang mereka dari melarikan diri dan memrampas benda-benda miliknya kembali. Dia ada hak untuk membuat tindakan sedemikian” - Fahri Azzat dalam temu bual dengan ASKLEGAL.
Akan tetapi ini tidak memberikan alasan untuk orang umum melanggar ataupun memukul suspek-suspek kerana....
Anda BOLEH ditahan jikalau pencuri mengalami kecederaan parah ataupun mati.
Dalam satu temu bual rancangan Malaysia Hari Ini yang dikecam hebat oleh orang ramai, peguam Haaziq Pillay mengatakan orang umum tidak boleh melawan penjenayah yang bersenjatakan pisau jikalau pisau sendiri lebih besar.
Imej oleh Art Saad. Dipetik dari Kaifang Cartoons di Facebook.
Disini aplikasi undang-undang adalah tidak jelas kerana seolah-olah nampak tidak adil buat mangsa yang cuba mempertahankan diri.
Banyak salah faham berpunca dari prinsip kekadaran (principle of proportionality), di mana prinsip ini bermakna anda tidak boleh menggunakan kekerasan melainkan untuk mempertahankan diri atau dalam ancaman situasi sekuriti tertentu. Kekadaran dinilai mengikut kes, jadi ini adalah penting kerana satu jawapan tidak mampu menrangkumi kesemua scenario ataupun penjelasan kerana pihak berkuasa akan membuat siasatan sebelum mengambil tindakan mengikut – ia dipanggil fakta-fakta kes.
“Makhamah akan meneliti fakta-fakta dan kejadian kes secara spesifik. Apa yang dianggap sebagai pertahanan diri oleh makhamah mungkin tidak sama difahami oleh masyarakat umum” - Peguambela Jenayah Sreekant Pillai, dipetik dari The Sun menerusi The Malaysian Bar.
Perbincangan kekadaran mungkin lebih sesuai dibincang sebagai hak anda untuk mempertahankan diri - dimana ada penglibatan senjata yang boleh membawa mudarat – ia masih termasuk tindakan mengejar dan menangkap peragut. Secara contoh, anda mungkin ada hak untuk melanggar motorsikal mereka supaya mereka tidak dapat melarikan diri, tetapi anda tidak boleh menggelek mereka beberapa kali dengan kereta secara sengaja ataupun terus memukul mereka selepas mereka sudah tidak bermaya lagi. Ini termasuk orang umum yang datang menolong mangsa. Ada kemungkinan anda akan didakwa cuba mencederakan secara sengaja ataupun pematian orang (manslaughter) jika pencuri menemui maut.
“Dalam beberapa keadaan seperti curi ragut, anda boleh mengejar individu untuk merampas harta anda kembali. Akan tetapi selepas pencuri ditawan dan mendapat harta kembali, anda tidak menggunakan alasan mempertahankan diri jika anda terus mencederakan mereka sehingga mati” - kata Peguambela Jenayah, Amer Hamzah Arshad, dipetik dari The Sun menerusi The Malaysian Bar.
Fahri Azzat juga menekankan bahawa memukul dan menghina suspek semasa menunggu pihak berkuasa tiba boleh mengakibatkan dakwaan jenayah terhadap mangsa sendiri:
“Walaupun individu tersebut sudah melakukan kesalahan, ini tidak bermakna ia adalah satu pas percuma untuk orang umum memukul ataupun menghinanya. Perlu diingatkan bahawa dia masih belum dihadapkan ke mahkamah jadi praduga yang tidak bersalah sehingga pembuktian kesalahan masih kekal. Ini memang bertentangan dengan sentimen dan emosi kita tetapi kita mesti memberikan suspek penghormatan secara undang-undang (legal respect), jikalau bukan hormat yang biasa. Penghormatan undang-undang bermakna menghormati sistem undang-undang dan proses yang sah.
Walaupun dia sudah ditangkap ataupun sedang didakwa, anda tidak boleh mengganggap dia sebagai seorang penjenayah serta merta ataupun menderanya sedemikian. “ - Fahri Azzat.
Jika anda menjadi mangsa ataupun mahu menolong mangsa, sila pastikan keselamatan anda dahulu sebelum bertindak!
Memang ada tanggapan bahawa undang-undang tidak masuk akal dimana suspek lebih dilindungi berbanding dengan mangsa tetapi perlu diingatkan bahawa undang-undang wujud untuk menghalang warganegara mengambil tindakan vigilantisme. Kadang-kadang tragedi boleh berlaku dalam situasi tersebut seperti satu insiden dimana mangsa dilanggar mati secara tidak sengaja oleh dua orang awam yang cuba menolongnya pada tahun 2013.
Nasihat am untuk anda adalah mengekang diri sendiri, utamakan keselamatan sendiri serta orang-orang lain di sekeliling anda, dan hubungi polis.
Hafalkan nombor kecemasan 999 adalah satu idea yang bernas ataupun jika anda tinggal di Selangor, anda boleh memuat turun aplikasi MyDistress yang boleh menghantar isyarat kecemasan yang dijejak dengan GPS kepada pihak berkuasa. Aplikasi ini boleh didapati dalam Android dan iOS.
This article is for informational purposes only and should not be taken as legal advice. Every situation is unique and dependent on the facts (ie, the circumstances surrounding your individual case) so we recommend that you consult a lawyer before considering any further action. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.
Tags: