General, Employment
5 perkara yang pekerja kena tahu sebelum lancarkan mogok terhadap syarikat
about 5 years ago Azar Ishak
[Click here for English version]
Seperti mana yang kita semua dengar, Foodpanda baru-baru ni jadi perbualan ramai bila mana ‘rider’ penghantar makanan syarikat itu melancarkan mogok selama 3 hari. Ini kerana, mereka membantah skim bayaran baru yang diperkenalkan oleh platform penghantaran makanan itu, bila mereka dibayar berdasarkan jumlah penghantaran, dan tak lagi dibayar mengikut jam bekerja.
Kerana secara amnya, penglibatan pekerja dalam mogok adalah salah di Malaysia. Jadi, persoalan yang timbul sekarang: Adakah rider Foodpanda ni akan dapat masalah nanti?
Tapi, kita semua kena tahu dulu perbezaan yang ada dalam kontrak perkerjaan. Ada dua jenis kontrak iaitu:
- Kontrak perkhidmatan
- Kontrak untuk perkhidmatan
Dalam kontrak perkhidmatan, kedua-dua pihak bersetuju untuk menjadikan hubungan mereka sebagai pekerja dan majikan. Ini terpakai kepada kontrak sepenuh masa dan juga kontrak separuh masa.
Tapi kontrak untuk perkhidmatan pula berbeza. Sebabnya, ia terpakai pada kontrak freelance. Kontrak ini akan menjadikan seseorang yang bebas itu bersetuju memberikan khidmat mereka kepada pelanggan, dan tidak akan dianggap sebagai pekerja.
Jadinya, dalam isu ni – ia bergantung pada kontrak apa yang rider Foodpanda telah buat dengan syarikat mereka. Kalau ia kontrak perkhidmatan, mogok yang dibuat tu sah di sisi undang-undang. Tapi kalau ia kontrak untuk perkhidmatan, mereka mungkin dah langgar undang-undang, sebab mereka tak dilindungi oleh akta yang berkaitan.
Dan kalau ada di antara korang yang sekarang ni pernah terfikir nak buat mogok terhadap syarikat korang. Ini dia garis panduan umum yang korang boleh buat untuk mogok… secara sah.
1. Bentuk kesatuan sekerja dulu sebelum mogok
Mula-mula sekali korang mestilah kena ada kesatuan sekerja. Kesatuan ni pula hanya boleh mengisytiharkan mogok sekiranya 2/3 ahli bersetuju untuk buat mogok. Pengundian rahsia akan dibuat untuk mendapatkan persetujuan, dan keputusannya mesti dikemukakan kepada Ketua Pengarah (Kesatuan Sekerja) dalam masa 7 hari. Jadi, kalau cuma korang seorang je yang tak puas hati dengan syarikat, korang tak bolehlah buat mogok sorang-sorang.
Mogok ditakrifkan dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967 sebagai (tiada terjemahan rasmi, diterjemahkan oleh Asklegal):
Jadi, kalau korang dan rakan-rakan sekerja tak puas hati dengan sesuatu, korang boleh pilih untuk melakukan mogok terhadap syarikat dengan membentuk kesatuan sekerja. Kesatuan ini adalah ejen tawar menawar tunggal untuk menyelesaikan masalah antara majikan dan pekerja.
Pendaftaran kesatuan perlu dilakukan dalam masa 1 bulan dari tarikh pembentukan kesatuan. Permohonan tu pula mesti dibuat oleh sekurang-kurangya 7 orang ahli dan yuran RM30.00 akan dikenakan.
Ahli-ahli juga kena serahkan salinan peraturan kesatuan sekerja, salinan minit dari mesyuarat pertama dan butiran para ahli.
2. Dapatkan kebenaran untuk buat mogok
Artikel 10, Perlembagaan Persekutuan menyatakan, semua warganegara mempunyai hak untuk membentuk persatuan. Jadi dalam kes ni, pekerja boleh membentuk kesatuan sekerja, yang merupakan sejenis persatuan. Bagaimanapun, kalau mogok dijalankan oleh pekerja yang bukan sebahagian dari kesatuan sekerja berdaftar, mogok tu dianggap salah di sisi undang-undang.
Seksyen 25(A), Akta Kesatuan Sekerja 1959 menyatakan:
Selain itu, setiap kesatuan sekerja juga kena berdaftar dengan Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja (DGTU), sebelum mengambil bahagian dalam mogok.
Kalau mogok tu dianggap sebagai tidak sah, setiap ahli akan didenda sebanyak RM2,000 atau penjara tak lebih satu tahun, atau kedua-duanya. Seperti mana yang ada dalam Akta Kesatuan Sekerja.
3. Kena tahu juga beza antara piket dan mogok
Sebelum korang dan rakan-rakan buat keputusan nak tunjukkan rasa tak puas hati pada syarikat secara terbuka, korang kena tahu dulu sama ada korang nak buat piket atau mogok.
Piket: Satu langkah di bawah mogok
Mogok: Biasanya dilakukan oleh anggota-anggota kesatuan sekerja berdaftar
Kalau piket atau mogok didapati tak sah, denda dan penjara boleh dikenakan. Seksyen 40(3) dan Seksyen 46, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 membawa denda sehingga RM1,000, dipenjarakan tidak lebih setahun atau kedua-duanya.
Seterusnya, bila korang buat keputusan untuk sertai jenis protes macam ni, dah mesti ada peraturannya.
4. Tulis pada syarikat yang anda akan bercuti
Undang-undang memperuntukkan korang untuk memohon cuti, bila ia berkaitan dengan mana-mana kerja yang melibatkan kesatuan sekerja. Seksyen 6, Akta Perhubungan Perusahaan menyatakan:
Maknanya, walaupun korang ada pertikaian dengan syarikat, korang masih kena maklumkan kepada mereka kalau korang perlu bercuti dari bekerja. Ia mungkin nampak macam tak munasabah, tapi ia lebih baik dari dipecat sebab ambil cuti tanpa alasan yang kukuh.
Walaupun undang-undang ni tak begitu terpakai untuk mogok, tapi kebanyakannya ia akan digunakan dalam perbicaraan kes di Mahkamah Perusahaan. Jadi, korang kena fikirkan juga akibat yang akan berlaku selepas mogok.
Oleh itu, mohonlah cuti kalau korang kena mewakili kesatuan sekerja. Syarikat pula kenalah bagi pekerja mereka cuti bila ia melibatkan kesatuan sekerja.
5. Korang tak boleh dipecat sebab terlibat dalam mogok yang sah
Selagi korang belum letak jawatan atas kerelaan sendiri, syarikat tak boleh pecat korang sebab terlibat dalam mogok yang sah. Kalau korang buat mogok dengan kebenaran dari Ketua Pengarah, ia dianggap sah di sisi undang-undang.
Seksyen 10(2), Akta Perhubungan Perusahaan 1967 menyatakan:
Dengan kata lain, syarikat korang tak boleh pecat korang sebab menyertai mogok. Undang-undang kemudiannya menyatakan, syarikat tak boleh menutup tempat kerja atau menggantung pekerja yang mengambil bahagian dalam mogok sah.
Jadi, kalau korang tersepit antara memperjuangkan hak korang dan kehilangan kerja, korang kena pastikan dulu sama ada mogok yang dijalankan tu sah atau tak.
Kalau anda dipecat sebab sertai mogok sah, anda boleh saman syarikat
Kalau korang dipecat oleh syarikat sebab terlibat dalam kesatuan berdaftar – korang boleh bawa hal itu ke mahkamah.
[BACA LAGI: My boss just fired me for no reason, what can I do now?]
Oleh itu, mana-mana pekerja yang merasakan diri mereka dipecat secara tak adil, mereka boleh minta kerja mereka dikembalikan. Seksyen 20(3), Akta Perhubungan Perusahaan 1967 menyatakan:
Korang boleh memfailkan kes dengan Ketua Pengarah Mahkamah Perusahaan, dalam tempoh 60 hari pemecatan untuk mencabar pemecatan tersebut. Kalau mahkamah mendapati korang telah dipecat secara tak adil, korang akan menerima faedah-faedah tertentu.
Selagi mana kesatuan sekerja tu berdaftar dan ada kebenaran dari Ketua Pengarah, tak ada banyak benda yang syarikat boleh buat untuk halang korang dari terlibat dalam mogok.
This article is for informational purposes only and should not be taken as legal advice. Every situation is unique and dependent on the facts (ie, the circumstances surrounding your individual case) so we recommend that you consult a lawyer before considering any further action. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.
Tags: