Asklegal
Home banner deac20b2 7e91 43ca b7c4 44084ef617d3

General

Jenayah ke kalau kita gantung Jalur Gemilang terbalik dan remix Negaraku?

over 6 years ago UiHua

21

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


[Artikel ini diterjemah dari Bahasa Inggeris. Click here for English version]

 

Kalau korang bangun daripada koma sebulan pun, korang tahu Hari Kebangsaan dah tiba bila tengok Jalur Gemilang berkibar kat mana-mana - kat atas kereta, kat tingkap rumah, dan kat tangan budak-budak yang suka cokelat dalam bendera tu. Ini juga masa untuk menyanyikan lagu-lagu patriotik yang kita dah hafal sejak kat bangku sekolah lagi. Daripada kecil kita dididik untuk berdiri bila lagu Negaraku dimainkan, dan Jalur Gemilang perlulah dikendalikan dengan penuh hormat. Tapi korang tau tak yang benda ini semua bukan sebab ia arahan daripada pengetua sekolah je, tapi sebenarnya ada undang-undang terhadap bendera dan lagu kebangsaan kita?

Korang mungkin ingat yang rakyat Malaysia diharuskan berdiri apabila lagu kebangsaan dimainkan di dalam pawagam. Tapi pernah tak terfikir, apa akan jadi kalau korang duduk sebab nak menyeluk pop corn? Memang korang mengundang masalah sebenarnya. Jadi, memang ada undang-undang ke sekitar simbol-simbol kebangsaan kita? Jom kita mula dengan simbol Malaysia yang paling dikenali - bendera Malaysia.

 

Jalur Gemilang - Bendera Kebangsaan

Bendera Kebangsaan kita mendapat nama Jalur Gemilang oleh Tun Mahathir pada hari Merdeka tahun 1997.

Bendera Malaysia ni sebenarnya tak ada sebarang peraturan tentang bagaimana ia perlu dikendalikan. Apa yang kita ada adalah dokumen setebal 62 mukasurat yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri mengandungi maklumat yang lengkap tentang Jalur Gemilang dan bagaimana kita perlu pamerkan dan bagaimana kita perlu menjaganya. (Klik sini untuk versi interaktif.)

Ini betul sebenarnya. Gambar dari The Star.

Sebagai contoh, korang tau tak yang sewaktu Perarakan Merdeka, Jalur Gemilang perlu dibawa bagaikan ianya berkibar di atas tiang? Kepala bendera juga haruslah berada di hadapan perarakan menuju ke bangunan, dan ramai netizen kat media sosial salah anggap pasal perkara ini. Ada orang ingat yang bendera ni (seperti yang digambarkan) terbalik dan menyalahkan pihak berkuasa, tapi sebenarnya ia memang mengikut protokol.

Perlu dinyatakan yang panduan tersebut bukanlah ditulis sebagai undang-undang, jadi korang takdelah akan kena humban ke dalam lokap kalau tersilap kibar bendera, cuma korang mungkin akan dipandang serong oleh Mak Cik Limah sebelah rumah.

Gambaran Mak Cik Limah (maaf ye).

Satu-satunya undang-undang yang boleh mengawal orang ramai menggunakan Jalur Gemilang adalah Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963. Seksyen 3 dalam Akta tersebut menggariskan yang tiada sesiapun boleh menggunakan simbol nasional buat tujuan komersil tanpa kebenaran (contohnya menggunakan Jata Negara untuk logo syarikat). Walaupun Jalur Gemilang tidak dinyatakan dengan namanya dalam akta tersebut, ia ada disebut dalam dokumen setebal 63 mukasurat terbitan Jabatan Perdana Menteri.

“Tiada kesalahan khusus mengenai pembakaran bendera. Saya fikir mereka mungkin perlu bergantung kepada undang-undang yang lebih umum” - Peguam Fahri Azzat seperti yang dipetik oleh Cilisos.my.

Jadi, takkan kita boleh biarkan je orang perlakukan bendera negara kita sesuka hati? Tentulah tidak. Walaupun kita tak ada undang-undang khusus mengenai Jalur Gemilang, kita ada undang-undang am dalam Kanun Keseksaan (Penal Code) bagi orang yang tidak menghormati bendera Malaysia. Kita pernah menggunakan Seksyen 504 dalam Kanun Keseksaan (Penal Code) dan Seksyen 14 dalam Akta Kesalahan Kecil 1955 untuk mendakwa individu yang tidak menghormati bendera kita, salah satunya adalah apabila warga Australia memakai seluar dalam Jalur Gemilang di F1 Malaysia Grand Prix pada tahun 2016.

Secara dasarnya, Seksyen 504 dalam Kanun Keseksaan menyatakan jika korang menghina atau memulakan apa-apa yang boleh mengancam keamanan awam, korang boleh didenda 2 tahun di penjara, atau saman, atau kedua-duanya sekali. Manakala Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil pula menyatakan yang jika korang menggunakan kata-kata kesat atau menghina atau berkelakuan sebegitu, korang boleh didenda hingga RM100.

 

Negaraku - Lagu Kebangsaan.

Jadi jika korang tidak berdiri sewaktu Lagu Kebangsaan dimainkan, sebenarnya ada undang-undang yang diluluskan Parlimen yang boleh mengundang masalah buat korang. Ianya adalah Akta Lagu Kebangsaan 1968 yang menggariskan panduan tentang apa yang korang perlu lakukan sewaktu Lagu Kebangsaan dimainkan. Iye, kita memang ada undang-undang khas untuk Lagu Kebangsaan!

Ianya adalah sebuah undang-undang yang menggariskan segala-galanya tentang Lagu Kebangsaan, tentang di mana ianya boleh dimainkan, yang ianya perlu dilayan dengan penuh hormat, dan ini merupakan satu-satunya undang-undang Malaysia dengan nota muzik tercetak untuk menunjukkan macam mana lagu tu berbunyi seperti yang sepatutnya. Korang juga boleh tengok Senarai Pindaan bagi Akta tersebut yang perlu diluluskan kalau nak tukar tempo lagu Negaraku!

Gambar dari The Star

 

Apa yang menarik, undang-undang ni menyediakan 3 versi Negaraku untuk dimainkan di acara-acara rasmi. Senang kata, ada versi panjang, sederhana, dan pendek. Perbezaan dalam versi ini juga juga merupakan salah satu prosedur rasmi yang memberi penghormatan tertinggi hanya kepada Yang di-Pertuan Agong dan Malaysia sendiri.

1) Versi Panjang - Dari “Negaraku…”

Versi penuh ini adalah dimainkan ketika majlis-majlis rasmi, bila Jalur Gemilang dibawakan di perarakan, mengangkat warna-warna Tentera, serta sebagai penghormatan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

2) Versi Sederhana - Daripada “Rahmat bahagia...” yang pertama

Versi ini dimainkan sewaktu majlis-majlis rasmi buat Raja Permaisuri Agong dan juga Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

3) Versi Pendek - Daripada “Rahmat bahagia...” yang kedua

Versi pendek dimainkan apabila mana-mana Sultan hadir dalam majlis tersebut.

Dah tu kenapa sekolah mainkan versi penuh walaupun tanpa kehadiran Agong? Jangan bimbang, Seksyen 3(2) menyatakan yang versi penuh boleh dimainkan di sekolah kerana ia mengajar mereka untuk menyanyikan Lagu Kebangsaan!

Dalam memberi penghormatan kepada Lagu Kebangsaan, Seksyen 8 dalam Akta tersebut mengharuskan kita untuk memberi penghormatan dengan berdiri dan memberi perhatian, melainkan kalau ia disiarkan di TV atau sewaktu berita. Sesiapa yang menunjukkan rasa tidak hormat kepada Lagu Kebangsaan di tempat awam boleh didenda sehingga RM100 atau dipenjarakan sehingga sebulan.

Rasa tidak hormat kepada Lagu Kebangsaan ini dinyatakan dalan Seksyen 8(3) sebagai kegagalan untuk berdiri dan memberi perhatian tanpa sebab yang munasabah, atau apa-apa yang boleh merendahkan martabat Lagu Kebangsaan di pandangan awam. Jadi kalau ada kawan sebelah tu duduk atas kerusi roda, tak perlulah nak suruh dia berdiri pulak.

Kalau korang tertanya-tanya, tak ada sebarang undang-undang yang menghukum nyanyian lagu Negaraku yang teruk. Jadi walaupun korang jenis suara yang serak tapi tak basah, tak kisahlah, teruskan menyanyi asalkan semangat korang selari dengan muzik, dah OK!

 

Kita tak perlukan undang-undang untuk cintakan negara

Gambar dari ExpatGo

 

Sama ada kita ada undang-undang ataupun tidak yang berkenaan dengan bagaimana simbol negara kita perlu dikendalikan, ia sudah menjadi budaya Malaysia yang besar untuk memberi penghormatan kepada identiti negara kita.

Kalau korang ingat insiden tahun 2015 ni di mana Jalur Gemilang ditayangkan secara terbalik oleh sebuah kumpulan metal British, warga Malaysia terus ke hadapan untuk mempertahankan bendera kita. Kita mungkin ada pelbagai perbezaan sebagai rakyat, tapi kita juga banyak berkongsi benda yang sama!

Selamat Hari Kebangsaan semua!

Tags:
C08c7bda 1fca 4c79 815c c5c1d3d84ed3
UiHua

Chief keyboardist at Asklegal. Don't ask me legal questions. Ask me about the tramp joke instead.


21

Shares

A+

A-