8deb
Press Statement: Human Rights Commission of Malaysia - Full Protection of Orang Asli Children

+ -

(Image credit: Malaysian Insider)


SUHAKAM CALLS FOR THE FULL PROTECTION OF ORANG ASLI CHILDREN

KUALA LUMPUR (13 OCTOBER 2015) - The Human Rights Commission of Malaysia (the Commission) expresses its deepest condolences to the families and loved ones of the Orang Asli children who perished in Gua Musang after being missing for approximately 47 days.

As highlighted in the Commission’s Report on the National Inquiry into the Land Rights of the Indigenous Peoples, the Commission is of the view that the social and economic marginalisation of the Orang Asli is caused by the violation of their human rights, including that to land, territories and resources. The Commission regrets that its many recommendations have not been acted upon and as a result, the Orang Asli community continue to face immense challenges, including marginalisation.

The Commission is concerned that although education has been formally recognised as a human right since the adoption of the Universal Declaration of Human Rights (UDHR) in 1948, and further strengthened in the United Nations Convention on the Rights of the Child (CRC) which Malaysia is party to, Orang Asli children in Malaysia continue to be deprived of access to quality education that is relevant and responsive to their specific cultural context and needs.

The Commission, through its active engagement with the Orang Asli community over the years has found that many Orang Asli children have no possibility of attending primary school because there were no primary schools or teachers where they lived. Consequently, many Orang Asli children are illiterate.

The Commission also notes with concern that in most villages, the nearest functioning school is several hours away. In this regard, the Commission regrets the decision of the Ministry of Education to close a number of primary schools in a few Orang Asli villages seemingly, because they were not economically feasible. Those schools were built within a close range of several nearby villages so as to ensure that the young children would not have to be physically removed from their families and their communities and placed in residential schools.

As such, the Commission recommends that the Ministry of Education immediately allocate education resources to ensure that underserved populations, such as the Orang Asli children, have an equal access to education. This includes erecting additional nearby schools and assigning additional teachers who are able to appreciate, understand and respect the Orang Asli culture and beliefs.

The Commission also recommends that the Government ensure that all schools are funded on a non-discriminatory basis. The Commission also continues to receive complaints of abuse by teachers and is appalled by the actions of teachers who abuse, bully and/or mistreat Orang Asli children in their care.

The Commission stands firm that discipline among children must be administered in a manner consistent with both the child’s dignity and the right to protection from all forms of violence. The Commission therefore calls on the School Inspectorate and Quality Assurance Division of the Ministry of Education that monitors the implementation of curriculum and ensures quality of teaching and learning to explain their findings. The Commission wishes to explain that the Orang Asli have cultures that are in many ways distinct from those of other Malaysian races and cultures and this has implications in education policies. Therefore, education policies affecting the Orang Asli children must adapt to and be in line with their culture and beliefs, with Orang Asli community members being involved in the planning of all policies. Furthermore, schools, including residential schools have an obligation to be sensitive to the communities they serve, to care for and protect the children entrusted to them, and to be accountable to the local community they serve.

The Commission reiterates that the right of every child to education on the basis of equal opportunity and without discrimination on any ground must be fully respected. In achieving this goal, as well as those of the 2030 UN Sustainable Development Goals, the Ministry of Education must ensure that education must be available, accessible and inclusive of all children so as to ensure that all children in Malaysia have an equal start in life.

-END-


DATUK DR KHAW LAKE TEE

Acting Chairman

The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

13 October 2015


*******************************************


SUHAKAM MENYERU PERLINDUNGAN SEPENUHNYA DIBERIKAN KEPADA KANAK-KANAK ORANG ASLI

KUALA LUMPUR (13 OKTOBER 2015) - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suruhanjaya) melahirkan ucapan takziah kepada keluarga kanak-kanak Orang Asli yang meninggal dunia di Gua Musang selepas hilang selama lebih kurang 47 hari.

Sebagaimana dinyatakan dalam Laporan Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal/Asli, Suruhanjaya berpendapat bahawa masyarakat Orang Asli dipinggirkan daripada aspek sosial dan ekonomi adalah disebabkan oleh pencabulan hak asasi mereka, termasuklah yang melibatkan tanah, wilayah dan sumber mereka.

Suruhanjaya kesal kerana cadangancadangannya tidak diambil tindakan dan akibatnya, masyarakat Orang Asli masih menghadapi banyak cabaran serta dipinggirkan. Suruhanjaya bimbang walaupun pendidikan telah diiktiraf secara rasmi sebagai hak asasi manusia sejak Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) telah digunapakai pada tahun 1948 lagi, dan seterusnya diperkukuhkan dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) yang mana Malaysia adalah ahli, kanakkanak Orang Asli di Malaysia terus dinafikan akses kepada pendidikan berkualiti yang relevan dan responsif kepada konteks budaya dan keperluan mereka.

Melalui penglibatan aktif Suruhanjaya dengan masyarakat Orang Asli selama ini, Suruhanjaya mendapati bahawa ramai kanak-kanak Orang Asli tidak hadir ke sekolah rendah kerana ketiadaan sekolah atau guru-guru berdekatan tempat tinggal mereka. Kesannya, ramai kanak-kanak Orang Asli yang buta huruf.

Suruhanjaya juga bimbang bahawa di kebanyakan perkampungan Orang Asli, lokasi sekolah yang paling dekat juga mengambil masa beberapa jam perjalanan. Sehubungan ini, Suruhanjaya kesal dengan keputusan Kementerian Pelajaran untuk menutup beberapa buah sekolah di sekitar perkampungan Orang Asli kerana dianggap tidak ekonomik. Sekolahsekolah tersebut telah dibina berdekatan kampung supaya kanak-kanak tidak perlu dipisahkan secara fizikal daripada keluarga dan masyarakat dan ditempatkan di sekolah asrama.

Oleh itu, Suruhanjaya mengesyorkan bahawa Kementerian Pelajaran segera memperuntukkan sumber pendidikan untuk memastikan bahawa masyarakat yang terpinggir seperti kanakkanak Orang Asli mempunyai akses yang sama seperti kanak-kanak lain kepada pendidikan. Ini termasuk pembinaan sekolah yang berdekatan dan menempatkan guru-guru yang mampu menghargai, memahami dan menghormati budaya serta kepercayaan Orang Asli.

Suruhanjaya turut mengesyorkan bahawa Kerajaan memastikan sumber pendidikan yang mencukupi diperuntukkan untuk menjamin bahawa semua sekolah dibiayai tanpa diskriminasi.

Suruhanjaya juga terus menerima aduan berkaitan penderaan oleh guru dan terkejut dengan tindakan guru yang mendera, membuli dan/atau menganiaya kanak-kanak Orang Asli di bawah jagaan mereka. Suruhanjaya berpendirian tegas bahawa pengurusan disiplin murid mesti menjaga maruah kanak-kanak tersebut serta berasaskan hak untuk mendapatkan perlindungan daripada segala bentuk keganasan.

Oleh itu, Suruhanjaya menyeru Bahagian Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia yang memantau pelaksanaan kurikulum dan memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran untuk menjelaskan dapatan mereka.

Suruhanjaya ingin menjelaskan bahawa Orang Asli mempunyai budaya yang berbeza dalam segenap aspek berbanding bangsa dan budaya masyarakat Malaysia yang lain dan ini mempunyai implikasi dalam dasar pendidikan. Oleh itu, dasar pendidikan yang mempunyai kesan ke atas kanak-kanak Orang Asli mesti disesuaikan dan diselaraskan dengan budaya dan kepercayaan mereka. Semua perancangan dasar ini juga amat memerlukan penglibatan masyarakat Orang Asli sendiri. Tambahan pula, semua sekolah, termasuk sekolah asrama mempunyai tanggungjawab untuk menjadi sensitif kepada komuniti yang menerima perkhidmatan mereka dan menjaga dan melindungi kanak-kanak yang dibawah jagaan mereka.

Suruhanjaya mengulangi bahawa hak setiap kanak-kanak kepada pendidikan berdasarkan peluang yang sama rata tanpa diskriminasi mesti dihormati sepenuhnya. Bagi mencapai matlamat ini, termasuk seperti yang digariskan dalam Matlamat Pembangunan Mampan 2030, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Kementerian Pelajaran perlu memastikan bahawa pendidikan mestilah disediakan, boleh diakses dan inklusif untuk semua kanak-kanak dalam memastikan semua kanak-kanak di Malaysia mempunyai peluang yang sama untuk mendapatkan pendidikan sebagai permulaan dalam kehidupan mereka.

-TAMAT-


DATUK DR KHAW LAKE TEE

Pemangku Pengerusi

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

13 Oktober 2015