Asklegal
Home banner 5454df9c 8174 4d06 ad99 0f7caed582bb

General,Traffic

Jika kemalangan dengan kereta polis, automatik salah korang ke?

almost 6 years ago Emma

96

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


[Artikel ini diterjemah dari Bahasa Inggeris. Click here for English version]

Sekiranya sebelum ini korang pernah mengalami kemalangan langgar bumper ketika memandu, korang mungkin tahu prosedur – menilai kerosakan pada kereta, menentukan siapa yang bersalah, bertukar maklumat, dan cuba selesaikannya di balai polis untuk tuntut insurans atau ‘settle tepi’ je.

Tapi macam mana kalau korang tengah drive waktu jammed dan tiba-tiba ada kereta cuba mencelah-celah ke hadapan dan tetiba korang terdengar… satu dentuman yang kuat! Tapi bila korang toleh je kat cermin, rupa-rupanya tu kereta polis?

Ok first sekali, ‘settle tepi’ je lah. Tapi kalau korang nak tahu, cara macam ni tak diiktiraf di sisi undang-undang sama ada dengan kereta polis ataupun kereta biasa. So kalau terjadi macam ni, apa yang perlu korang buat?

 

Mula-mula korang kena buat polis report

Kalau kemalangan tu merupakan langgar biasa di mana hanya kenderaan je yang rosak, first sekali korang kenalah buat laporan polis. Dan seperti biasa lah, korang akan bertukar-tukar maklumat dengan pemandu tersebut (ambil gambar lesen kereta / IC / ID lencana) dan membuat laporan dalam masa 24 jam. Lagi bagus kalau korang pun turut ambil beberapa keping gambar sebagai bukti.

[UNTUK BACAAN LANJUT: If you hit a car from behind, are you automatically wrong?]

Sekiranya korang didapati  bersalah, korang akan dikenakan denda RM300 kerana menyebabkan kemalangan dan tuntutan akan dibuat terhadap insurans korang.

Tapi sekiranya pihak lain yang bersalah, topik ni dah mula jadi menarik…

Bagi kereta polis, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi ada menyatakan pada 2017 bahawa semua kenderaan yang dimiliki oleh pasukan polis TIDAK dilindungi oleh insurans. Sebaliknya, apa yang perlu korang lakukan adalah membuat laporan polis dalam masa 24 jam, dan membuat tuntutan kepada kerajaan untuk pampasan.

"Polis tidak akan membayar apa-apa pampasan atau kos pembaikan kenderaan kepada pihak ketiga jika mereka terbabit dalam kemalangan jalan raya ... Walau bagaimanapun tuntutan boleh dibuat kepada kerajaan bagi kos atau pampasan yang berkaitan ... Setiap kemalangan yang melibatkan kerajaan kenderaan akan dirujuk kepada penasihat undang-undang untuk mengkaji kemungkinan kerajaan membayar kerugian yang ditanggung oleh kemalangan itu. "- Datuk Seri Zahid Hamidi, dipetik dari The SunDaily, diterjemah oleh ASKLEGAL

Ok ini adalah untuk kemalangan-kemalangan kecil, tapi macam mana kalau ia merupakan kemalangan yang serius di mana korang turut mengalami kecederaan?

 

Korang boleh saman kerajaan, bukan pemandu tersebut!

Kalau korang nak tahu, kereta polis adalah tertakluk di bawah kategori "Kenderaan Kerajaan" yang secara ringkasnya merujuk kepada kenderaan yang dibeli oleh kementerian Malaysia untuk kegunaan rasmi. Ini termasuk kereta rasmi Menteri atau kereta royalti termasuklah juga beberapa kenderaan peronda polis yang lain seperti motosikal dan balai polis bergerak, kereta bomba, dan juga ambulans. Walau bagaimanapun, tidak semua ambulans adalah milik kerajaan:

[UNTUK BACAAN LANJUT: 5 things you need to know if you get into an accident with an ambulance]

Jadi katakanlah kereta polis tu dah langar korang dan korang disahkan oleh doctor akan mengalami sakit belakang sepanjang hayat akibat kemalangan tersebut; dan korang pun memutuskan untuk menuntut ganti rugi.

Tapi korang tahu tak yang sebenarnya, korang tak boleh saman pemandu kereta polis tersebut tau. Sebaliknya, tuntutan korang tu adalah terhadap Kerajaan Malaysia.

Tertakluk dalam Seksyen 5 Akta Prosiding Kerajaan 1956 (tiada terjemahan rasmi, terjemahan oleh ASKLEGAL):

Tertakluk kepada Akta ini, Kerajaan bertanggungjawab ke atas apa-apa perbuatan salah dilakukan atau apa-apa kecuaian atau keingkaran yang dilakukan oleh mana-mana pegawai awam mengikut cara yang sama dan setakat yang sama dengan mana seorang prinsipal, sebagai orang persendirian, boleh dikenakan apa-apa perbuatan yang salah dilakukan, atau apa-apa kecuaian atau keingkaran yang dilakukan oleh ejennya, dan bagi maksud seksyen ini dan tanpa menjejaskan keluasannya, mana-mana pegawai awam yang bertindak atau berupa dengan suci hati untuk bertindak menurut kewajipan yang dikenakan oleh undang-undang hendaklah disifatkan sebagai ejen dan bertindak di bawah arahan Kerajaan.

Maksudnya disini ialah, jika terdapat mana-mana pegawai yang melanggar korang sewaktu mereka sedang bertugas pada masa kemalangan itu, tuntutan akan dibuat kepada majikannya iaitu Kerajaan Malaysia. Tapi sekiranya sewaktu itu mereka bukan dalam tugasan, korang akan menyamannya sebagai individu. Korang boleh baca lebih lanjut disini:

[UNTUK BACAAN LANJUT: If a worker hurts you by accident, do you sue him or his boss?]

Seorang anggota polis sering dianggap sedang bertugas apabila diperlukan untuk bertindak sedemikian; ini bermakna apabila mereka berada dalam sebuah kereta rondaan, mereka tetap akan dianggap bertugas walaupun siren tidak dihidupkan.

Seksyen 19 Akta Polis 1967 - 'Pegawai polis hendaklah disifatkan sebagai bertugas':

Tiap-tiap pegawai polis, pegawai polis tambahan dan konstabel penjaga, bagi maksud Akta ini, hendaklah disifatkan sebagai sentiasa bertugas apabila dikehendaki bertindak sebagai demikian dan hendaklah melaksanakan tugas dan menjalankan kuasa yang diberi kepadanya di bawah mana-mana undang-undang lain di mana-mana tempat dalam Malaysia di mana dia mungkin menjalankan tugas.

Tapi sebelumlah korang merempuh keluar rumah mencari lawyer untuk sue kerajaan untuk kemalangan yang berlaku 15 tahun dahulu...

 

Terdapat had masa untuk korang saman kerajaan (dan sebaliknya)

Di mahkamah sivil Malaysia, ada sesuatu yang dipanggil "tempoh had masa" (limitation period) yang membataskan berapa lama korang perlu menyaman seseorang. Walaupun terdapat pengecualian, biasanya tempoh yang diberikan hanya 6 tahun dari masa kejadian berlaku. Maksudnya disini ialah, jika korang menyaman seseorang selepas 7 tahun kejadian, berkemungkinan besar yang hakim tidak akan melayan tuntutan korang tu.

[UNTUK BACAAN LANJUT: Is there a time limit for you to sue someone in Malaysia?]

Tetapi apabila datang kepada pihak berkuasa kerajaan, mereka mendapat kelebihan yang dikenali sebagai PAPA.

PAPA dalam kes ini tidak merujuk kepada daddy atau ayah ye. Tetapi ianya ialah Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 yang menyatakan bahawa korang hanya mempunyai tempoh 3 tahun untuk membawa kerajaan ke mahkamah.

Seksyen 2(a) Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 (sebahagian):

“...guaman, tindakan, pendakwaan atau prosiding itu tidak boleh diambil atau dimulakan melainkan jika ia dimulakan dalam tiga puluh enam bulan selepas sahaja perbuatan, keabaian atau keingkaran yang diadukan itu atau, dalam hal kecederaan atau kerosakan yang berterusan, dalam masa tiga puluh enam bulan selepas sahaja terhentinya kecederaan atau kerosakan itu;”

Walau bagaimanapun, ini tidak berfungsi bila situasinya terbalik, jadi kerajaan masih mempunyai 6 tahun untuk membawa korang ke mahkamah.

 

Korang akan didenda sekiranya menggangu polis sedang bertugas!

Imej dari Cilisos.my

Seperti yang kita semua tahu, mana-mana kereta yang memandu secara laju dan melanggar kenderaan korang, dia lah yang merupakan pesalahnya! Namun undang-undnag ini tidak boleh diguna pakai sekiranya yang langar itu adalah kereta polis

Gagal memberi jalan - atau lebih teruk, menyebabkan kemalangan - kepada kenderaan polis yang sedang bertugas (dalam konteks apabila mereka menghidupkan siren dan lampu strop) boleh menyebabkan korang dihukuman penjara sehingga dua tahun dan / atau denda sehingga RM10,000 di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan (Tiada terjemahan rasmi):

"Sesiapa secara sukarela menghalang mana-mana kakitangan awam dalam melaksanakan tanggungjawabnya, hendaklah dihukum dengan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai kepada * dua tahun atau dengan denda yang boleh sampai kepada * sepuluh ribu ringgit atau dengan kedua-duanya."

Tak cukup dengan tu, korang juga mungkin menghadapi risiko lesen ditarik atau dibatalkan di bawah Sistem Poin KEJARA Demerit JPJ. Kegagalan untuk "memberi keutamaan kepada ambulans, ahli bomba, polis, adat, atau Jabatan Transaksi Jalan kereta (dengan siren)" akan menjatuhkan anda 8 mata demerit. Untuk rujukan, sistem ini berfungsi pada peringkat 20 titik, dengan penggantungan 6-8 bulan apabila terkumpul 40 mata. Klik di sini untuk FAQ JPJ mengenai sistem, dan di sini untuk senarai kesalahan titik demerit.

Walaupun kemalangan kadang-kadang tidak dapat dielakkan, terutama jika berlaku pengejaran polis; ia sentiasa menjadi idea yang baik untuk mengetahui persekitaran korang semasa memandu dan untuk membuat perjalanan apabila perlu - bukan hanya untuk kenderaan polis tetapi kenderaan kecemasan seperti trak kebakaran dan juga ambulans. Dan korang juga tak berhak untuk menggunakan lorong kecemasan kecuali ada kecemasan!

[UNTUK BACAAN LANJUT: If you illegally drive on the emergency lane and get hit, who’s wrong?]

Tags:
pdrm
jpj
kejara
polis
kemalangan
tuntutan
akta prosiding kerajaan 1956
akta perlindungan pihak berkuasa awam 1948

96

Shares

A+

A-