Asklegal
Home banner 13ebefc8 9e73 44f5 a62e e83122453402

General

Cop petak parking dengan berdiri di dalamnya - salah ke dari segi undang-undang?

over 6 years ago

456

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


[Artikel asal dalam Bahasa Inggeris. Click here for English version]

 

Pernah tak korang pusing dalam mall, letih pusing tiga-empat tingkat, dan akhirnya nampak parking kosong. Tapi bila korang sampai je, tiba-tiba ada sipolan yang berdiri (atau duduk, atau baring, atau buat handstand, apa-apa la) kat situ untuk cop parking. 


Dengan kuasa Mordor, akan menghukummu. Gambar dari YouTube.

Benda ni bukan orang Malaysia je yang buat, tapi adalah perangai sejagat. Ada sesuatu insiden kat New York, viral cerita seorang lelaki yang baru je nak masuk parking, tiba-tiba ada sorang perempuan berlari untuk cop parking tu, mak dia siap join lagi. Macam apa yang mamat tu cakap, (alih bahasa secara kasar) “Ini parking untuk kereta, bukan parking untuk perempuan lah!” 

Lelaki tu akhirnya mengalah sebab banyak kereta tunggu kat belakang, tapi nasib baiklah ada perempuan lain yang baik hati offer parking dia. Kalau kita pun, mungkin takde masa nak layan. Biarlah bertekak sampai berbuih mulut pun, kalau orang tu tak nak blah nak buat macam mana ye tak.

Tapi korang tau tak… ada undang-undang khas yang ditulis untuk situasi macam ni.

 

Cop petak parking memang satu kesalahan


Tapi kalau main cop tiang takpe. Gambar dari The Vocket.

Cop parking ni bukan je menyusahkan orang lain, tapi boleh membawa bahaya kat diri sendiri. Katakanlah driver tak nampak korang berdiri kat petak tu dan terus masuk, tak ke bahaya? Ada satu kes ekstrim kat KL bila seorang emak suruh anak dia tunggu selama 90 minit untuk cop parking, tengah-tengah panas pulak tu!

Berdiri untuk tempah petak parking memang dinyatakan sebagai satu jenayah di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Bahagian “gangguan dan desakan menyalahi undang-undang” ni menyatakan:

“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”

Seperti apa yang korang boleh baca, undang-undang ni pun terpakai buat orang yang offer nak jaga atau cuci kenderaan korang. Dan oleh kerana undang-undang ni tak menyatakan sebarang tempat tertentu, ia boleh diguna pakai kat tempat awam mahupun premis peribadi (contohnya shopping mall). Di bawah Seksyen 119, biasanya penalti untuk kesalahan ni adalah denda sehingga RM2 ribu atau penjara sehingga 6 bulan. Kesalahan berulang boleh didenda sehingga RM 4 ribu dan/atau penjara 12 bulan.

Sebagai update, pihak PDRM juga mengesahkan maklumat ini di Facebook:

Klik sini untuk membaca pos penuh

 

Jadi apa yang korang boleh buat?


Haha... #taklawakpunAskLegal. Gambar dari The Inquirer.

Biasanya bila benda ni jadi, ada dua perkara yang mungkin korang terfikir nak buat… (tak termasuk bertekak sampai berbuih mulut):

  1. Drive perlahan-lahan ke petak parking untuk takutkan orang yang cop parking tu
  2. Viralkan gambar atau video kat media sosial

Tapi kedua-dua benda ni tak digalakkan sebenarnya, sebab…

Drive perlahan-lahan ke petak untuk takutkan orang tersebut

Perbuatan menghalang orang lain daripada parking mungkin satu jenayah, tapi melanggar orang dengan kereta pun jenayah jugak. Kalaupun korang tak steamroll dorang sekalipun, perbuatan menakut-nakutkan orang lain boleh disabitkan di bawah Kanun Keseksaan (tiada penterjemahan online) Seksyen 503 – kesalahan menakutkan secara jenayah:

“Barang siapa mengugut hendak mendatangkan kepada seseorang apa-apa bencana kepada tubuh, nama baik atau harta... dengan niat hendak menyebabkan kegentaran kepada orang itu… adalah melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah.”
 
Viralkan gambar/video kat media sosial

Zaman sekarang ni, apa-apa benda pun boleh jadi viral. Tapi melainkan korang tau apa yang korang buat, korang mungkin boleh melanggar undang-undang lain. Sebagai contoh, memalukan orang kat media sosial boleh dikira sebagai jenayah. Jadi daripada upload gambar tu kat Facebook, baiklah korang upload kepada pihak berkuasa yang berhampiran, sebabnya…

[BACAAN LANJUT – Mengutuk orang di laman sosial boleh mangakibatkan masa dalam penjara]

 

Korang boleh buat laporan dan buatkan mereka disaman


Gambar dari Astro Awani.

Oleh kerana korang dah tau yang main cop parking ni dikira sebagai jenayah, korang boleh buat laporan ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Mungkin ada antara kita yang tak berapa yakin sama ada pihak berkuasa ni buat kerja ke tak, tapi sekurang-kurangnya kita tunaikan tanggungjawab kita dulu sebagai rakyat. Antara cara untuk buat laporan ke JPJ (dengan gambar/video) adalah:

  1. Hantar Whatsapp ke 011-511 5252
  2. Hantar emel ke aduantrafik@jpj.gov.my
  3. Telefon 03-8886 6412

Pastikan gambar/video tersebut ada tunjuk nombor plet pesalah, termasuklah kesalahan dorang. Korang juga perlu sertakan:

  1. Maklumat peribadi korang (termasuk IC)
  2. Lokasi
  3. Tarikh dan masa
  4. Nombor plet
  5. Keterangan tentang perkara yang berlaku

 

Kalau orang lain kena, korang pun boleh backup dia jugak

Lepas ni, kalau benda ni berlaku kat korang, mungkin korang boleh slow talk dengan siapa-siapa yang cop parking tu pasal undang-undang ni. Sambil dapat parking, sambil mendidik. Tak pun kalau ia terjadi kat orang lain, korang boleh back up dorang tanpa mengira bangsa, agama, atau parti politik apa yang dorang sokong. Barulah muhibbah.

Jadi jangan lupa bookmark artikel ni untuk dipamerkan sekiranya situasi ni berlaku. Tak pun print terus Akta Pengangkutan Jalan Seksyen 50(3) dan bawa bersama korang ke mana saja. :p

Tags:
kanun keseksaan
cop parking
tempah parking
akta pengangkutan jalan
Default avatar


456

Shares

A+

A-