Asklegal

Tender | Services

Majlis Perbandaran Klang


KENYATAAN TAWARAN TENDER

Tawaran adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar di Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) / Kementerian Kewangan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi melaksanakan kerja-kerja seperti berikut:-


TAJUK KERJA:
No. Tender: MPK 400-10/3/7
PEMBEKALAN PEMASANGAN, PENGUJIAN, PENTAULIAHAN KOMPUTER PERIBADI DAN LESEN PERISIAN BERKAITAN UNTUK MAJLIS PERBANDARAN KLANG TAHUN 2018

TARAF TENDER & SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN:

  • BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN (MOF)
  • KOD BIDANG 210101, 210103, 210104, 210105, 210108, 210109
  • BERDAFTAR DENGAN E-TENDER SELANGOR
  • UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR (UPEN)

TAKLIMAT (TARIKH DAN TEMPAT TAKLIMAT):

  • KEHADIRAN ADALAH DIWAJIBKAN
  • TARIKH: 18/04/2018 (RABU)
  • MASA PENDAFTARAN: 9.00 – 9.30 pg
  • MASA TAKLIMAT: 9.30 pg
  • TEMPAT: Mini Auditorium, Pejabat MPK Jalan Tengku Kelana
  • Nota: Dokumen Tender hanya akan dijual kepada kontraktor yang menghadiri taklimat sahaja

TARIKH DAN TEMPAT DOKUMEN DIJUAL:

  • MULAI: 20/04/2018 (JUMAAT)
  • Penjualan secara Online
  • *Sila kemaskini maklumat syarikat dalam laman web http://tender.selangor.gov.my untuk melancarkan proses pembelian dokumen

TARIKH, WAKTU DAN TEMPAT TAWARAN TUTUP:

  • TARIKH TUTUP: 10/05/2018 (KHAMIS)
  • JAM: 12.00 TENGAHARI
  • TEMPAT: Bahagian Ukur Bahan, Tingkat 1, Pejabat MPK Jalan Tengku Kelana (Pusat Sumber), Lot 175, Jalan Tengku Kelana, 41000 Klang, Selangor Darul Ehsan

SYARAT-SYARAT

1. Setiap Dokumen Tender dijual dengan harga RM60.00 secara online. Pembayaran boleh dibuat secara kad kredit dan kad debit.

2. Dokumen meja tawaran dipamerkan mulai 20 APRIL 2018 di laman web http://tender.selangor.gov.my di setiap bahagian iklan yang dipamerkan.

3. Petender perlu perlu terlebih dahulu mendaftar secara on-line di laman sesawang http://tender.selangor.gov.my sebelum pembelian Dokumen Tender dan mengemaskini maklumat pendaftaran UPEN dan MOF. Sekiranya gagal berbuat demikian, Petender adalah tidak layak untuk membeli Dokumen Tender tersebut.

4. Dokumen Tender yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL SURAT BERLAKRI dan dimasukkan ke dalam Peti Tender seperti tertera di atas.

5. Petender yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.

6. Hanya Penama di dalam Sijil Kementerian Kewangan (MOF) yang boleh menghadiri taklimat / lawatan tapak.

7. Petender adalah diwajibkan untuk melaporkan diri dan menghadiri lawatan tapak yang akan diadakan pada 18 APRIL 2018, jam 9.00 – 9.30 pagi, berkumpul di Mini Auditorium, Pejabat MPK Jalan Tengku Kelana. Maklumat lawatan tapak akan dimaklumkan semasa taklimat.

8. Petender yang tidak menghadiri lawatan tapak / taklimat tidak layak untuk menyertai Tender.

9. Petender dikehendaki membawa Sijil Pendaftaran ASAL, Kementerian Kewangan (MOF), kad pengenalan dan Cop Syarikat semasa hari Taklimat.

10. Petender perlu mematuhi syarat-syarat yang mematuhi di dalam Arahan kepada Petender dan Syarat-syarat Membuat Tender di dalam Dokumen Tender sebelum mengemukakan Tender. Jika Dokumen Tender yang dikemukakan didapati syarat-syarat tersebut, Dokumen itu akan ditolak tanpa pertimbangan seterusnya.

11. Dokumen Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan, berbangkit dengan apa jua sebab yang mungkin boleh dikemukakan, akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan.

12. Tarikh tutup penjualan Dokumen Tender adalah pada 9 MEI 2018. Dokumen Tender tidak akan dikeluarkan selepas dari waktu tersebut. Sebarang pertanyaan, sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-3375 8014.


Disediakan oleh:
BAHAGIAN UKUR BAHAN
MAJLIS PERBANDARAN KLANG


Medium dd2e566c 09af 44e6 a9b5 05e006f18655