Asklegal

Tender | Renovation

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)


KENYATAAN TAWARAN TENDER 2018

Tender adalah secara terbuka kepada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar, berkelayakan dan berpengalaman untuk menyertai tender bagi kerja berikut:


NO. TENDER:
TENDER LHDNM BIL.13/2018

BUTIR-BUTIR TAWARAN:
KERJA-KERJA PENGUBAHSUAIAN SERTA KERJA BERKAITAN UNTUK HASIL RECOVERY CALL CENTER (HRCC) DI TINGKAT 4, AKADEMI PERCUKAIAN MALAYSIA, KUCHING, LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

PENDAFTARAN KKM:

  • Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
    - Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK): Gred G5, Kategori B, Pengkhususan B28
    - Sijil Perolehan Kerja Kerajaan
  • Pusat Khidmat Kontraktor – Sijil Taraf Bumiputera (STB)

TAKLIMAT (WAJIB):

  • Tarikh: 19 April 2018 (Khamis)
  • Masa: 2.00 petang
  • Tempat: Auditorium Jelutong, Aras 1 Kiri, Akademi Percukaian Malaysia (APM), KUCHING

HARGA DOKUMEN:

  • RM2,968.00 (RM2,800.00 + RM168.00 GST)
  • Dokumen Meja Tender boleh dirujuk mulai 23 April 2018 (Isnin)

TARIKH DAN WAKTU TUTUP:
15 Mei 2018 (Selasa), 12.00 tengahari


TEMPAT JUALAN DAN PENGHANTARAN TAWARAN:
Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Jabatan Logistik Korporat, Bahagian Pengurusan Perolehan, Aras 5, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor

Tarikh dan Masa Jualan:

  • Isnin – Khamis (Kecuali cuti umum): 8.30 pagi – 1.00 tengahari & 2.00 petang – 4.30 petang 
  • Jumaat (Kecuali Cuti Umum): 8.30 pagi – 12.15 tengahari & 2.45 petang – 4.30 petang

i) Dokumen Tender hanya boleh dibeli dengan menggunakan cek bank / cek berpalang / kiriman wang atas nama KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA dan bayaran bagi Dokumen Tender tidak akan dikembalikan.

ii) Syarikat WAJIB MENGHADIRI TAKLIMAT TENDER. Hanya PENAMA DI SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK) SAHAJA yang dibenarkan menghadiri sesi taklimat.

iii) Semasa taklimat tender, petender hendaklah mengemukakan SALINAN SIJIL ASAL & FOTOSTAT (tidak dikembalikan) dokumen-dokumen berikut:-

  • Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
  • Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)
  • Sijil Taraf Bumiputera (STB)

iv) Semasa menghantar Dokumen Tender, petender WAJIB mengemukakan salinan Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (Milik petender / subkontraktor) dalam kod bidang 210105 dan salinan Sijil Certified Installer serta Surat Sokongan dari Principal / Distributor. Kegagalan petender berbuat demikian boleh menyebabkan tender DITOLAK.

v) Dokumen Tender akan dijual kepada petender yang menghadiri taklimat dan masih sah pendaftarannya sahaja.

vi) Kenyataan tawaran ini juga boleh dilihat di laman web rasmi LHDNM: http://www.hasil.gov.my

vii) Dokumen Tawaran Tender yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar mengikut tarikh dan tempat seperti yang tertera di atas. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

viii) Syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut mengenai Tender tersebut, hendaklah menghubungi pegawai-pegawai berikut:

  • Nasutiun bin Mahmood: 03-83138888 samb. 20506
  • Nurul Ayuni binti Mohd Ariff: 03-83138888 samb. 20525
  • Ema Natasha Binti Ramli: 03-83138888 samb. 20526

Medium 4f4ff29a c273 4b1b 899f 8916771d451e