Asklegal

Tender | Purchase

Perbadanan Aset Keretapi (RAC)


KENYATAAN TAWARAN 01/2018

Tawaran tender ini adalah dipelawa kepada mana-mana syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau individu perseorangan yang berminat menyertai tawaran seperti berikut:


NO. TENDER:
RAC/A/01/2018

TAJUK TENDER:
Penjualan Tanah Milik Perbadanan Aset Keretapi (RAC) Seluas 1,852 Meter Persegi (0.46 ekar) Di Atas Lot 33, Seksyen 86, Bandar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

PENYERTAAN:
Terbuka kepada syarikat yang berdaftar dengan SSM atau individu perseorangan

TARIKH TUTUP TENDER:
7 Mei 2018 (Isnin)


Petender yang berminat  untuk mengambil bahagian DIWAJIBKAN untuk menghadiri taklimat tender serta lawatan tapak mengikut perincian seperti berikut:

  • Tarikh: 17 April 2018 (Selasa)
  • Masa: 3.00 petang
  • Tempat: No. 12, Lorong Titiwangsa 2, Taman Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur
  • Koordinat GPS: Latitude: 3.181097° / Longitude: 101.703734°

Dokumen Tender boleh diperoleh mulai 17 April 2018 (Selasa) di Unit Kewangan, Perbadanan Aset Keretapi, Aras G, Blok C, Jalan TKS, Kajang Sentral Business Park, 43000 Kajang, Selangor Darul EhsanWaktu untuk pembelian Dokumen Tender adalah mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat)Harga senaskah Dokumen Tender adalah RM50.00 dan petender perlu mengemukakan Sijil Lawatan Tapak semasa proses pembelian.

Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan Nombor Tender dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di Unit Kewangan, Perbadanan Aset Keretapi, Aras G, Blok C, Jalan TKS, Kajang Sentral Business Park, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan sebelum jam 12.00 tengahari pada 7 Mei 2018. Sekiranya tarikh tutup jatuh pada Hari Kelepasan Am, maka Sebut Harga akan ditutup pada hari keesokannya pada waktu yang sama. Tawaran yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan walau dengan apa jua sekalipun.


“Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa jua suapan secara rasuah merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009”


Medium b89e4384 ddcf 4fe6 a3fc 49bc55ad2c2b