Asklegal

Tender | Supply

Universiti Teknologi Mara (UiTM)


KENYATAAN TAWARAN

Tawaran adalah dipelawa daripada kalangan syarikat-syarikat yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA di dalam bidang seperti di bawah yang pendaftarannya masih berkuatkuasa bagi menjalankan Perkhidmatan seperti berikut:-


I. BUTIR-BUTIR TAWARAN:
No. Tender: UiTM/B1/PER/T/B/0218/0004
Cadangan Membekal, Menghantar, Memasang, Mengujilari dan Menyelenggara Perisian VMWare Bagi Kegunaan Pusat Data Universiti dan Pusat Pemulihan Bencana ke Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur, UiTM Shah Alam 

Kod Bidang:

  • 210103
  • 210104

TARIKH DAN MASA:

  • Tarikh / Masa Taklimat: 18/04/2018 (Rabu), jam 10.00 pagi
  • Tarikh / Masa Tutup Tawaran: 15 Mei 2018 (Selasa), jam 12.00 tengahari

II. BUTIR-BUTIR TAWARAN:
No. Tender: UiTM/B1/PER/T/B/0318/0001
Cadangan Membekal Support Pack Storan IBM Storwize V7000 Bagi Kegunaan Pusat Data Universiti dan Pusat Pemulihan Bencana ke Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur, UiTM Shah Alam 

Kod Bidang:
210102

TARIKH DAN MASA:

  • Tarikh / Masa Taklimat: 18/04/2018 (Rabu), jam 11.00 pagi
  • Tarikh / Masa Tutup Tawaran: 15 Mei 2018 (Selasa), jam 12.00 tengahari

III. BUTIR-BUTIR TAWARAN:
No. Tender: UiTM/B1/PER/T/B/0218/0005
Cadangan Membekal, Menghantar, Menaiktaraf, Mengujilari dan Menyelenggara Perkakasan Server  Bagi Kegunaan Pusat Data Universiti dan Pusat Pemulihan Bencana ke Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur, UiTM Shah Alam 

Kod Bidang:

  • 210102
  • 210105

TARIKH DAN MASA:

  • Tarikh / Masa Taklimat: 18/04/2018 (Rabu), jam 12.00 tengahari
  • Tarikh / Masa Tutup Tawaran: 15 Mei 2018 (Selasa), jam 12.00 tengahari

1. Tawaran ini dibuat secara atas talian (online) melalui laman web FineProcurement Plus Universiti (https://myfinancial.uitm.edu.my/) mulai 11/04/2018.

2. Syarikat yang berminat adalah DIWAJIBKAN menghadiri Taklimat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Infostruktur, Tingkat 5, Menara SAAS, UiTM Shah Alam. Hanya Petender yang menghadiri Taklimat sahaja yang akan dibenarkan menyertai lawatan ini. 

3. Hanya penama di Sijil Akuan Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) sahaja yang boleh menghadiri Taklimat Tender. Syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama di dalam sijil yang dinyatakan.

4. Petender dikehendaki membawa SALINAN Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan dan Sijil Taraf Bumiputera (jika ada) semasa menghadiri Taklimat.

5. Tawaran yang lengkap hendaklah dikunci masuk (key-in) ke dalam sistem FineProcurement Plus pada atau sebelum 15 Mei 2018 (Selasa), jam 12.00 tengahari. Tawaran yang tidak dikunci masuk (key-in) sebelum waktu tutup tawaran TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

6. Dokumen sokongan secara manual hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan dimasukkan ke Peti Tender di Pejabat Bendahari, Jabatan Pengurusan Perolehan dan Aset, Unit Panggilan Tender dan Sebutharga UiTM Shah Alam seperti tarikh dan masa dinyatakan. Nombor ID hendaklah ditulis dengan terang dan jelas di bahagian atas sebelah kiri sampul tersebut.

7. Syarikat yang berminat hendaklah berdaftar di sistem FineProcurement Plus dan bayaran sebanyak RM424.00 (termasuk GST) akan dikenakan bagi tempoh pendaftaran selama dua (2) tahun. Bayaran boleh dibuat menggunakan Wang Tunai / Deraf Bank atas nama BENDAHARI UiTM.


Medium 2c07d68a 2cf3 4839 bc07 a565c6cd8c57