Asklegal

Tender | Construction

Technology Park Malaysia


Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi melaksanakan kerja berikut:


Bil.Jenis Kerja

1 No.Sebutharga:TPM/Q/6/2018

CONSTRUCTION OF REINFORCED CONCRETE PLATFORM ON PART OF LOT PT 13824,AT TECHNOLOGY PARK MALAYSIA, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR 

*Wang kesungguhan adalah sebanyak RM5,000 dalam bentuk Bankers Cheque/ Bank Draft atau Bank Guarantee kepada Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd dan akan dikembalikan


Kelayakan

CIDB 

Gred G3 Kategori CE Pengkhususan CE01 dan/atau CE21


Harga Dokumen

RM106.00 (Termasuk GST)

Tarikh,Masa Dan Tempat Taklimat/Lawatan Tapak

16hb April 2018 (Rabu) 10.30 Pagi 

Tingkat 5, Bangunan Enterprise 4, Technology Park Malaysia, Lebuhraya Puchong - Sg. Besi, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur.


Tarikh Tutup

30hb April 2018 (Isnin) 12:00 tengahari


Dokumen sebutharga boleh dibeli mulai 16hb April 2018 di Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd,Tingkat 5, Bangunan Enterprise 4, Technology Park Malaysia, Lebuhraya Puchong - Sg. Besi, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur.
(Tel: 03-8998 2020).

Bayaran dokumen Tender hendaklah dibuat melalui Wang Pos/Kiriman Wang Pos/Bank Draft dan dibayar kepada Technològy Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd. Bayaran ini tidak dikembalikan.

Dokumen sebut harga akan dikeluarkan dan dijual kepada kontraktor/wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk tujuan ini kontraktor/wakil kontraktor hendaklah mengemukakan Perakuan Pendaftaran ASAL Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB). Satu salinan sijil hendaklah diserahkan pejabat jualan Tender.

Kontraktor adalah diwajibkan untuk menghadiri taklimat/lawatan tapak. Kegagalan menghadiri taklimat/lawatan tapak akan mengakibatkan tawaran tidak dipertimbangkan oleh Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd.

Dokumen sebut harga yang lengkap hendaklah dimasukkan di dalam sampul surat bermeteri bertanda nama sebut harga ke dalam peti Tender di:

TECHNOLOGY PARK MALAYSIA CORPORATION SDN.BHD.

Tingkat 5, Bangunan Enterprise 4, Technology Park Malaysia, Lebuhraya Puchong - Sg. Besi, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur.

Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd tidak terikat untuk, menerima tawaran terendah atau sebarang tawaran.


Medium 9ed1e66a e895 4b03 98b7 2f120370edbf