Asklegal

Tender | Supply

Pusat Perubatan Universiti Malaya



KENYATAAN TAWARAN


BIL .1 PERKARA
Tawaran Bagi Membekal Bekalan Guna Habis Wad Kritikal Rujukan Tawaran : T/1121/4/2018/2021(2)


SYARAT UTAMA
Taraf : TERBUKA 
Bidang : 050301 
Harga Dokumen : RM159.00 


BIL .2 PERKARA
Tawaran Bagi Membekal Bekalan Guna Habis Untuk Pembedahan Jantung Terbuka 
Rujukan Tawaran : T/1121/4/2018/2020(3)


SYARAT UTAMA
Taraf : TERBUKA 
Bidang : 050301 
Harga Dokumen : RM212.00 



BIL .3 PERKARA
Tawaran Bagi Membekal Pelbagai Bekalan Guna Habis Kejururawatan 
Rujukan Tawaran : T/895/4/2018/2021(1)


SYARAT UTAMA
Taraf : TERBUKA 
Bidang : 050301 
Harga Dokumen : RM212.00 


BIL .4 PERKARA
Tawaran Bagi Membekal Bekalan Guna Habis Dialyzer Set 
Rujukan Tawaran : T/102/4/2018/2021(1)


SYARAT UTAMA
Taraf : TERBUKA 
Bidang : 050301 
Harga Dokumen : RM212.00 



SYARAT-SYARAT YANG PERLU DIPATUHI

1. Petender yang hendak menyertai tawaran ini DIWAJIBKAN untuk mendaftar buat kali pertama di dalam sistem iPerolehan PPUM terlebih dahulu dengan nilai pendaftaran sebanyak RM21.20 dalam bentuk Kiriman Wang atau Bank Draf atas nama Pusat Perubatan Universiti Malaya yang tidak akan dikembalikan. Sila ke kaunter Jabatan Perolehan bagi urusan tersebut. . 
2. Dokumen tawaran yang telah dibeli akan dihantar melalui emel petender yang telah didaftarkan di dalam sistem iPerolehan PPUM. 
3. Dokumen tawaran WAJIB dibuat secara atas talian (Online) dan juga satu salinan dihantar secara serahan tangan ke dalam peti tender sebelum tarikh tutup tawaran. Sila rujuk kenyataan surat pelawaan di dalam naskhah meja untuk keterangan lanjut. 
4. Petender adalah DIWAJIBKAN untuk mengemukakan nombor pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi membeli dokumen tawaran ini. 
5. Dokumen tawaran akan dijual mulai hari Selasa, 10 April 2018 dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang di Jabatan Perolehan dengan harga seperti dinyatakan dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang/ Bank Draf atas nama Pusat Perubatan Universiti Malaya yang tidak akan dikembalikan. 
6. Dokumen tawaran yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di Jabatan Perolehan sebelum atau pada hari Khamis, 3 Mei 2018 jam 12.00 tengah hari. Dokumen yang lewat dihantar tidak akan dipertimbangkan. 
7: Contoh dan katalog bagi tawaran yang berkaitan (jika ada) hendaklah diserahkan di kaunter Jabatan Perolehan sebelum atau pada 3 Mei 2018 jam 12.00 tengah hari. Contoh dan katalog yang lewat dihantar tidak akan dipertimbangkan.


Medium 163990fd ecb6 45b8 8ae4 04bd0b31b2b6