Asklegal

Tender | Supply

Lembaga Pertubuhan Peladang


 

 


KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA


KENYATAAN TENDER


Tawaran adalah dipelawa daripada pembekal yang berkelayakan dan berpengalaman serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran bagi bekalan berikut:


BUTIRAN TENDER

Tender LPP(HO) Bil. 01/2018

Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji Dan Mentauliah Komputer Peribadi Secara Sewa Guna (Lease To Use) Selama 3 Tahun Untuk  Lembaga Pertubuhan Peladang.


KOD BIDANG PENDAFTARAN

Berdaftar Dengan Kementerian Kewangan Malaysia Di Bawah

210101 - Hardware (Low End Technology) Supply All Types of Computer Hardware Including PC, Notebook,  Printer, Document , Scanner, Peripherals And Maintenance

Dan   210109  - Hardware And Software Leasing/ Renting


HARGA DOKUMEN

RM 53.00   (Termasuk GST 6%)


TAKLIMAT TAPAK

Tarikh: 13 April 2018 (Jumaat)  Masa: 10.00 Pagi

Tempat: Bilik Mesyuarat Tan Sri Mustafa Jabar, Aras 8, Menara Lembaga Pertubuhan. Peladang, No. 20, Jalan Sultan Salahuddin, 50480 Kuala Lumpur


Tarikh Tutup

4 Mei 2018 (Jumaat).


Pembekal yang berminat DIWAJIBKAN menghadiri taklimat tender seperti tarikh dan alamat di atas. Pembekal yang tidak hadir taklimat tidak akan dipertimbangkan dan semua surat menyurat berkaitan dengannya tidak akan dilayan. Wakil Syarikat TIDAK DIBENARKAN untuk menghadiri taklimat tender dan membeli dokumen. Hanya Pemilik Syarikat / Penama yang dibenarkan menghadiri taklimat tapak dan pengambilan dokumen dengan mengemukakan SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA untuk pengesahan.


Dokumen tender boleh dibeli di alamat berikut pada waktu pejabat jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang mulai 13 April 2018 (Jumaat) hingga 4 Mei 2018 (Jumaat).

 

LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG 
CAWANGAN PEROLEHAN, BAHAGIAN KEWANGAN, ARAS 8B, MENARA LPP, NO. 20, JALAN SULTAN SALAHUDDIN,50480 KUALA LUMPUR. 

(Tel: 03-2610 9600)



Bayaran hendaklah dibuat dengan Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf atas nama LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG. Wang ini tidak akan dikembalikan. 

Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil pembekal dan pembekal yang sah sahaja. Untuk maksud ini pembekal hendaklah membawa SIJIL ASAL PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN DAN SIJIL PENDAFTARAN TARAF BUMIPUTERA (JIKA ADA). Satu Salinan hendaklah diserahkan untuk simpanan Lembaga Pertubuhan Peladang sebelum dibenar membeli dokumen tender. 

Dokumen tender yang telah sempurna hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat berlakri yang mengandungi dokumen Set A (Tawaran Harga) dan Set B (Tawaran Teknikal) serta dicatatkan nombor tender di sudut kiri atas sampul surat tersebut. Dokumen tender tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender di alamat seperti dinyatakan di atas sebelum atau pada tarikh tutup yang dinyatakan di atas jam 12.00 tengah hari. Tawaran yang diterima selepas tarikh dan masa tender ditutup akan ditolak. 

Lembaga Pertubuhan Peladang tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran.
 


Medium f83a7b86 731b 48b4 bc34 240630fe0950