Asklegal

Tender | Services

Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia (LPPM)


KENYATAAN TENDER

Tender adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang berpengalaman dan masih sah tempoh pendaftarannya untuk perkhidmatan berikut:


NO. TENDER / PERKARA:
TM/TA/2018/004
Perkhidmatan Penghasilan Kreatif Kempen Pengiklanan (Dalam dan Luar Negara) Untuk Tourism Malaysia Bagi Tempoh Sehingga Tahun 2020

KOD BIDANG (WAJIB):

  • 222001 – Media Elektronik (Tidak Termasuk Kerja-Kerja Percetakan);
  • 222002 – Media Cetak (Tidak Termasuk Kerja-Kerja Percetakan);
  • 222005 – Mereka Cipta dan Seni Halus; dan 
  • 222009 – Lain-Lain Media Pengiklanan

TARIKH, MASA & TEMPAT TAKLIMAT:

  • Tarikh: 11 April 2018 (Rabu)
  • Masa: 2.30 petang – 4.00 petang
  • Tempat: Bilik Media, Tourism Malaysia, Tingkat 6, No. 2, Menara 1, Jalan P5/6, Presint 5, 62200 Putrajaya
  • Hanya dua (2) orang wakil syarikat dibenarkan untuk menghadiri taklimat tersebut

Dokumen tender boleh diperoleh di Unit Perolehan, Bahagian Pentadbiran, Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia (LPPM), Tingkat 8 (Pintu B), No. 2, Menara 1, Jalan P5/6, Presint 5, 62200 Putrajaya pada waktu pejabat mulai 11 April 2018 (selepas taklimat).

Dokumen tender boleh dibeli dengan harga RM100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja) satu set (tidak dikembalikan). Bayaran melalui wang tunai / cek / kad kredit / debit tidak akan diterima. Bayaran hanya boleh dibuat dalam bentuk Bank Draf / Kiriman Wang atas nama Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia.

Syarikat yang ingin membeli dokumen tender dikehendaki mengemukakan Sijil Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempoh pendaftarannya untuk semakan berserta satu salinan sijil tersebut untuk simpanan LPPM.

Tawaran tender berlakri hendaklah sampai / dimasukkan ke dalam peti tender di alamat seperti di atas sebelum atau pada 2 Mei 2018 (Rabu), jam 12.00 tengahari. Sila ambil maklum bahawa LPPM tidak terikat dengan tawaran tender terendah atau sebarang tender.


Medium d61a9a5f c093 4ba5 99d2 8653c4495076