Tender | Installation
Lembaga Pertubuhan Peladang
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA
KENYATAAN TENDER
Tawaran adalah dipelawa daripada pembekal yang berkelayakan dan berpengalaman serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran bagi bekalan berikut:
BUTIRAN TENDER
LPP(HQ) Bil. 02/2018
Membina, Memasang, Mengujiguna Dan Membekal Lori Bau 'Cold Truck' Untuk Lembaga Pertubuhan Peladang seperti di bawah:
i. Lori Bau 'Cold Truck' BDM 5,000KG Enam Tayar Jenis Freezer - 1 Unit
ii. Lori Bau 'Cold Truck' BDM 4,800KG Enam Tayar Jenis Chiller - 5 Unit,Freezer - 5 Unit
KOD BIDANG PENDAFTARAN
Berdaftar Dengan Kementerian Kewangan Malaysia Di Bawah Kod Bidang 110104 Lori
HАRGА DOKUMEN
RM 53.00 (Termasuk GST 6%)
TARIKH JUALAN DOKUMEN
10 April 2018 (Selasa)
TARIKH TUTUP
2 MEI 2018 (Rabu)
Dokumen tender boleh dibeli di alamat berikut pada waktu pejabat jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang mulai 10 April 2018 (Selasa) hingga 2 Mei 2018 (Rabu)
LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG
CAWANGAN PEROLEHAN, BAHAGIAN KEWANGAN, ARAS 8B, MENARA LPP, NO. 20, JALAN SULTAN SALAHUDDIN,50480 KUALA LUMPUR.
(Tel: 03-2610 9600)
Bayaran hendaklah dibuat dengan Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf atas nama LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG. Wang ini tidak akan dikembalikan.
Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil pembekal dan pembekal yang sah sahaja. Untuk maksud ini pembekal hendaklah membawa SIJIL ASAL PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN DAN SIJIL PENDAFTARAN TARAF BUMIPUTERA (JIKA ADA). Satu Salinan hendaklah diserahkan untuk simpanan Lembaga Pertubuhan Peladang sebelum dibenar membeli dokumen tender.
Dokumen tender yang telah sempurna hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat berlakri yang mengandungi dokumen Set A (Tawaran Harga) dan Set B (Tawaran Teknikal) serta dicatatkan nombor tender di sudut kiri atas sampul surat tersebut. Dokumen tender tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender di alamat seperti dinyatakan di atas sebelum atau pada tarikh tutup yang dinyatakan di atas jam 12.00 tengah hari. Tawaran yang diterima selepas tarikh dan masa tender ditutup akan ditolak.
Lembaga Pertubuhan Peladang tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran.
