Asklegal

Tender | Supply

SIRIM Berhad


SIRIM Berhad
(No. Syarikat 367474-V)
KENYATAAN TAWARAN BIL. 4/2018

1.Tawaran adalah dipelawa daripada pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan Malaysia (GST) dan yang masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi tender berikut :


Butir Butir Tawaran
TS 7/2018 - Supply, Installation, Testing and Commisioning of Sheet-Fed Offset Printing Machine

Kod Bidang : 010301/130101/ 130102 

Harga dokumen : RM106 (Termasuk 6% GST)



Tarikh Dokumen Dijual
Selasa, 10 April 2018 hingga Selasa, 24 April 2018


Tarikh Tender Ditutup
Selasa, 24 April 2018 sebelum jam 12.00 tengah hari



2.Dokumen tender boleh dibeli di Seksyen Perolehan, Tingkat 1, Bangunan 6, SIRIM Berhad, No. 1, Persiaran Dato' Menteri Peti Surat 7035, Seksyen 2, 40700 Shah Alam Selangor Darul Ehsan MALAYSIA dengan mengemukakan bayaran seperti dinyatakan (tidak dikembalikan) di dalam bentuk Wang Tunai, Deraf Bank atau Kiriman Wang di atas nama SIRIM Berhad. 

3.Pembekal dikehendaki mengemukakan Sijil Pendaftaran SIRIM Berhad, sijil Kementerian Kewangan Malaysia dan nombor pendaftaran GST serta salinan (fotostat) sijil-sijil tersebut semasa membeli dokumen tender. 

4. Dokumen tender yang telah lengkap diisi dan ditandakan dengan nombor tender yang berkenaan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat yang dinyatakan di atas. Dokumen tender yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

KENYATAAN INI JUGA TERDAPAT DI LAMAN WEB SIRIM BERHAD DI
www.sirim.my


Medium 4f117962 2018 4faf bc81 dabce317d9dd