Asklegal

Tender | Services

Universiti Malaysia Sarawak


KENYATAAN TENDER

Tender adalah dipelawa kepada Pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) / Perbendaharaan Malaysia Sarawak / Sabah (PMS) berkelayakan dan berpengalaman untuk memasuki tender bagi bekalan berikut:-


BUTIRAN TAWARAN:
UNIMAS/T(8)/2018(1)
Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji dan Menugasmula Peralatan Makmal ke Makmal Jabatan Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaysia Sarawak, Kota Samarahan

SIJIL / BIDANG:

  • KKM / PMS
  • 060501 – Peralatan Makmal Dan Aksesori

TEMPOH JUALAN & HARGA DOKUMEN:

  • 10 April 2018 (Selasa) – 30 April 2018 (Isnin)
  • RM106.00 (termasuk GST)

TARIKH TUTUP & PETI TENDER:

  • 3 Mei 2018 (Khamis), 12.00 tengahari
  • Peti Tender No. 1

1. Dokumen Meja Tender boleh disemak dan Dokumen Tender boleh didapati daripada Unit Perolehan, Pejabat Bendahari, Aras 1, Bangunan CAUH, Universiti Malaysia Sarawak, Kota Samarahan dengan bayaran secara tunai, deraf bank, wang pos / kiriman wang yang dibuat atas nama ‘UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK’.

2. Pembekal dikehendaki menunjukkan SIJIL ASAL KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA / PERBENDAHARAAN MALAYSIA SARAWAK / SABAH yang masih sah tempohnya dan menyerahkan satu salinan (fotostat) sijil-sijil tersebut semasa membeli Dokumen Tender.

3. Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan di dalam sampul dan ditulis di sebelah atas kanan sampul No. Tender dan butiran tawaran dan dialamatkan kepada NAIB CANSELOR, UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK, PEJABAT BENDAHARI (UNIT PEROLEHAN), ARAS 1, BANGUNAN CAUH, JALAN DATUK MOHD MUSA, 94300, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK. Dokumen Tender hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender yang ditetapkan.

4. Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Pihak UNIMAS tidak terikat untuk menerima tawaran Tender yang terendah atau sebarang Tender. Semua kos pengangkutan yang berkaitan dengan pembelian dan penghantaran dokumen tender ini adalah menjadi tanggungjawab Pembekal.


KENYATAAN TENDER INI BOLEH DILAYARI DI LAMAN WEB www.unimas.my


Medium ff7ff19e 9501 40d4 835c 782cd6b5b26f