Asklegal

Tender | Supply

Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)


IKLAN TAWARAN

Tawaran adalah dipelawa kepada Pembekal yang berpengalaman dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang yang tersebut di bawah dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi perkara berikut:-


NO. TENDER / JENIS BEKALAN:
MDI/PK/KW/476-TB003/2018
MEMBEKAL DAN MENGHANTAR SATU (1) UNIT KENDERAAN UMUM BAS PENUMPANG UNTUK KEGUNAAN JABATAN, IBU PEJABAT MARDI SERDANG, SELANGOR

BIDANG PENDAFTARAN / HARGA DOKUMEN:

  • Sijil Kementerian Kewangan 
  • Kod Bidang: 110199 – Pembuat
  • Harga: RM50.00/tender (tidak termasuk GST) [*penambahan RM10.00/CD]

Taklimat Tender (Wajib Hadir):
Hanya penama yang dinamakan dalam Sijil MOF sahaja yang boleh menghadiri taklimat tender. Pembekal tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam sijil MOF. Kehadiran wakil tidak akan dipertimbangkan untuk mengadiri taklimat

  • Tarikh: 12 April 2018 
  • Masa: 2.30 petang
  • Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, Blok D4, Program Pengurusan Fizikal & Utiliti (AM02), Pusat Pembangunan Dan Pengurusan Harta, Ibu Pejabat MARDI, Serdang, Selangor
  • Dokumen tender akan dijual selepas sesi taklimat tender
  • Sila bawa cop rasmi syarikat dan salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan (MOF)

Dokumen tender mula dijual dari 12 April 2018 sehingga 25 April 2018 dan boleh dibeli dengan harga di atas dalam bentuk wang tunai / wang pos / bank draf atas nama Ketua Pengarah MARDI (Cek persendirian / syarikat tidak diterima) semasa waktu pejabat antara 8.30 pagi sehingga 4.30 petang di Program Pengurusan Perolehan, Pusat Pengurusan Kewangan, Ibu Pejabat MARDI, Serdang, Selangor (Tel: 03-8953 7118 / 7091) dengan membawa salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan (MOF). Kegagalan berbuat demikian menyebabkan dokumen tender tidak akan dikeluarkan.

Dokumen tender yang telah sempurna diisi dan ditandatangani hendaklah dimasukkan ke dalam sampul bermeterai dan ditulis nombor rujukan tender di penjuru sebelah kiri sampul berkenaan. Dokumen ini hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di Pusat Perngurusan Kewangan, Ibu Pejabat MARDI, 43400 Serdang, Selangor dan dokumen yang diposkan dengan menggunakan alamat di atas hendaklah sampai selewat-lewatnya pada atau sebelum tarikh tutup tender 2 Mei 2018, jam 12.00 tengahari.

MARDI tidak bertanggungjawab di atas kelewatan dokumen tender yang diposkan dan tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran yang dikemukakan.

Iklan tender juga boleh didapati melalui laman web MARDI (http://www.mardi.gov.my), MyGovernment Portal (www.malaysia.gov.my) dan laman web Kementerian Kewangan (http://myprocurement.treasury.gov.my). 


Medium 2bbbd4ac 87e8 4a4a b9f8 5c0ee370d037