Tender | Supply
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
KENYATAAN TENDER TERBUKA
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia / Perbendaharaan Malaysia Sabah / Perbendaharaan Malaysia Sarawak serta mempunyai kod bidang pendaftaran yang dibenarkan seperti berikut untuk menyertai tawaran ini:-
III. JENIS TAWARAN:
TENDER MEMBEKAL PERKHIDMATAN “MEDICAL EMERGENCY EVACUATION SERVICES” (MEDEVAC) KE JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN
NO. TAWARAN:
JKNS/T/2018/21
TARIKH PEMBELIAN BORANG:
16 APRIL 2018 (ISNIN)
KOD PENDAFTARAN:
110501 – PESAWAT UDARA
TARIKH TUTUP TAWARAN:
- Tarikh Tutup Tawaran: 07 MEI 2018, jam 12 tengahari
- Tempat Borang Dihantar: Setiausaha Lembaga Perolehan Persekutuan Sabah, Perbendaharaan Malaysia Sabah, Tingkat 2, Rumah Persekutuan, 88592 Kota Kinabalu
Tarikh Iklan Diterbitkan: 09 APRIL 2018 (ISNIN)
Bayaran Dokumen: RM50.00 senaskah (Dalam Bentuk Wang Pos Malaysia atas nama Pengarah Kesihatan Negeri Sabah
NOTA:
Syarikat WAJIB hanya penama yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat sahaja yang boleh menghadiri LAWATAN TAPAK atau TAKLIMAT tender. KEHADIRAN ADALAH WAJIB. Syarikat yang lewat membuat pendaftaran tidak akan dibenarkan mengikuti sesi taklimat dan lawatan tapak.
Tawaran harga hendaklah telah mengambil kiraan fi perkhidmatan bagi perolehan secara elektronik sebanyak 0.4% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum RM4,800 bagi pesanan Kerajaan yang melebihi RM1.2 juta. Fi yang dikenakan ini adalah seperti yang termaktub dalam terma dan syarat bagi Pendaftaran Pembekal di bawah Sistem ePerolehan.
Semua Tawaran Harga hendaklah dikemukakan TANPA KENAAN GST. Sekiranya syarikat sudah berdaftar GST dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), sila kemukakan status dan nombor pendaftaran GST dalam dokumen tender.
Borang-borang tawaran dan butir-butir lanjut boleh didapati pada waktu pejabat dari:
Unit Perolehan
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
Tingkat 3, Rumah Persekutuan,
Jalan Mat Salleh,
88590 KOTA KINABALU
(Tel: 088-265960)
Kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran termurah atau mana-mana tawaran.
PENGARAH KESIHATAN NEGERI SABAH
